ayt bergerak

#Future Novelist & Doctor :D

Secomot Cintamu

                                                             
Cuti semester sudah hampir tiba. Sebaik sahaja peperiksaan yang aku geruni tamat, bolehlah aku merehatkan sekejap urat-urat yang berselirat dek terlalu bersungguh mentelaah pelajaran. Semua siswa lain juga pasti keletihan seperti aku. Petua ibu selalu terngiang-ngiang di telingaku. Pesannya kalau ingin mudah mengingati atau menghafal pelajaran, lakukannya pada awal pagi. Sebelum itu solat sunat tahajjud dulu agar lebih tenang dan mudah segala urusan.

Cuaca yang tidak menentu kini membuat aku cepat penat. Kadang terlalu panas, kadang terlalu dingin seperti di negarat barat. Sudahlah aku ini sering kesejukan melebihi orang lain. Tapak tangan orang lain biasa sahaja habanya, aku pula sejuk seperti ais. Kaki ku laju melangkah masuk ke cafeteria kampus. Tekakku harus segera dibasahkan, kalau kekurangan air nanti siapa susah. Aku mula melabuhkan punggung di sebelah Misha, sahabat yang mula-mula yang aku kenal di kampus ini. Kami sama kursus iaitu Pengurusan Perniagaan. Tanpa membuang masa, aku meneguk air sirap limau kepunyaan Misha. Haa, pasti mengamuk gadis itu nanti.
“Woii, aku sendiri pun belum teguk air tu tau. Nasiblah, kau dah rasmikan. Hmm.” Misha yang buat-buat merajuk sebolehnya ingin menahan tawa dari terburai di hadapan temannya itu.‘Lucu betul Dinie ni. Takkan dia tak perasan kut.’ Fikir Misha.
Aku dengan selambanya membuka nota kecil yang diselitkan di dalam fail ungu. Nota-nota ringkas sebegitu pasti disediakan, sekadar bahan pelajaran singkat sebelum peperiksaan bermula.
“Dinie, cuba kau tengok cermin sekarang. Tak tahan dah aku orang keliling ni terjeling-jeling kat meja kita ni.” Misha sedaya upaya menekup mulutnya daripada terhambur tawa di depan Dinie.
Aku tertoleh-toleh kiri dan kanan di sekeliling kafe. Memang betul, semua orang tengah asyik memandang ke arah aku. Sepantasnya aku raba cermin kecil di dalam tas tangan.
“Ya Allah! Malunya.”  Patutlah rasa semacam je bila hari ni orang pandang aku lepas tu tersengih. Rupa-rupanya ada kesan dakwat marker atas dahi. Dah macam tanda nak pergi berperang pula. Ni mesti marker tu meleleh keluar dan aku pula lupa nak cuci tangan. Kan dah tersapu atas muka yang lawa ni. Alahai, masa darurat macam ni pun boleh lagi nak perasan.
“Misha, aku pergi tandas jap. Nanti, aku jumpa kau kat rumah.” Aku terus beredar dan menuju ke lokasi yang sepatutnya. Ya, tandas.
******
Hujan turun dengan lebat sekali. Aku perhatikan saja hujan yang turun melalui jendela. Memang tabiat aku setiap kali hujan, aku akan lihat dan dengar. Ibaratkan titisan hujan itu menjadi muzik yang enak didengar pada pendengaranku.
“Dinie! Kau nak tak maggie asam laksa? Kalau tak aku boleh buat untuk kau. Tapi, giliran kau pula buat air. Hot chocolate tau.” Laung Misha dari dapur.
Fuh, layan Maggie masa hujan macam ni memang sedap. Nikmat dia, lebih terasa berbanding makan pada waktu siang. Sememangnya aku dengan Misha akan bergilir-gilir membuat sesuatu. Kira saling membantu la. Aku melangkah masuk ke dapur untuk menyediakan minuman kegemaran kami.
Sambil melayan santapan di depan mata, hatiku dipalu resah. Pelbagai permainan minda yang bermain di mindaku. Aku memandang ke arah Misha. Sahabatku ini memang sempurna hidupnya. Walaupun secara fizikal dia tidaklah begitu menarik. Kehidupannya bersama keluarga membuatkan aku ingin merasa kasih sayang juga.
Kalau aku pulang ke rumah cuti ini pun, rasanya tidak berbaloi. Dulu ayah ada taklah aku merasa kesepian yang melampau. Ibu pula. Hmm, balik kerja lewat malam. Jarang sekali aku dapat bersua muka dengannya sehinggalah sekarang. Kemudian, ibu kahwin pula dengan duda anak satu. Rasanya, abang tiri aku itu sudah bekerja. Perihalnya, ibu yang banyak bercerita.
Lama aku menyimpan hasrat ini. Aku harus berani mengutarakan solan ini kepada Misha. Nanti, melepas pula rancangannya itu.
“Uhm, Sha.. Kalau aku kata aku nak ikut kau balik kampung, boleh?”
Misha yang terlebih syok menghirup kuah maggie itu tersedak seketika. Mana taknya, aku.. Dinie Amanda anak pereka fesyen yang terkenal dengan kecantikannya dan kekayaan keluarganya. Nak balik kampung?
“Eh, kau ni serius ke? Kat kampung aku tu bukan ada apa pun. Padi je penuh. Aku takut kau tak selesa je nanti.” Misha mula memberi tumpuan kepada aku. Boleh ke Dinie ni?
“Aku cakap betul-betul  la. Lagipun, kau kan faham keadaan aku. Kalau boleh aku tak nak menghadap ayah tiri aku tu. Bukannya dia jahat, tapi aku tak boleh. Kampung, best apa. Aku tak pernah lagi tau duduk kampung ni. Teruja pula rasa.” Bersungguh-sungguh aku meyakinkan Misha untuk membenarkan aku pulang bersamanya.
Misha memikirkan rayuan Dinie. Macam mana nak jawab ni. Alah, tak apa kut dia balik kampung dengan aku. Sekurang-kurangnya ada jugalah teman aku nanti.
“Ok. Kau boleh ikut.” Misha bersuara. Aku apa lagi. Melonjak gembira la. Lantas ku peluk Misha seeratnya.
“Terima kasih sayangku, intan payung, berlian. Bla,bla,bla.” Habis aku melalut dek terlalu bersemangat.
Misha hanya menggeleng lucu melihat aksi temannya itu. Segembira itu Dinie dibuatnya. Hmm, nanti kita tengok macam mana orang bandar masuk kampung.Hehehe.
******
Pergh! Penat gila. Habis satu badan sengal-sengal. Mana taknya aku dan Misha menaiki bas untuk pulang ke kampungnya di Kelantan. Ambil masa 3 jam la juga. Tapi tak apa. Apa orang bijaksana kata? Jangan tengok dari sudut negatif, ambil pandangan positif dan jadikan ia sebagai pengalaman. Wah, dah pandai aku bermotivasikan diri sekarang.
Hmm, aku tengok Misha ni biasa-biasa je. Tak ada pula aku dengar dia mengeluh sakit urat ke, sakit belakang ke. Heat betul badan kawan aku ni. Kuat! Eh lupa pula, dia kan dah biasa macam ni. Aku ni je yang darat. Yeay! Tak sabarnya nak dengar orang kat sini cakap loghat Kelantan. Entah aku boleh faham ke tidak. Kita tunggu dan lihat.
“Assalamualaikum…… anak kesayangan umi dah balik ni.” Ucap Misha.
Aku tersenyum mendengar setiap butir percakapan teman ku itu.
“Waalaikummussalam Misha.” Ujar perempuan tua yang bertudung litup itu. Siapa lagi kalau bukan mak Misha.
Misha berpelukan dengan uminya. Mungkin ingin melepaskan rindu yang sudah lama bersarang di hati. Tumpah kasih ku buat wanita yang ku rasa bersifat keibuan ini. Mesti best dipeluk mak macam tu. Mummy aku? Hmm, jangan harap lah dapat jumpa kalau bukan hari minggu.
“Eh, itu ke kawan yang Isha cakap?  Comel. Umi suka. Sejuk mata tengok dia.” Ujar Mak Cik Milah dengan loghat Kelantannya.
Apabila aku perasan umi Misha sudah mengerling ke arah mataku. Aku bertapak ke depan tangga rumahnya untuk menyalami wanita itu. Aku dijemput masuk ke dalam rumah sederhana besar milik mereka. Layanan umi Misha pula ku rasakan seperti aku ini anaknya. Sumpah, aku selesa sangat.
Sambil menikmati minum petang yang disediakan  oleh tuan rumah, aku mengamati satu persatu gambar-gambar keluarganya yang tergantung di dinding. Misha pernah beritahu bahawa dia ada dua orang abang. Abang yang sulung ialah usahawan yang berjaya. Abang yang seterusnya pula doktor psikologi.
Ada satu gambar yang amat menarik perhatianku. Lelaki yang berpakaian Melayu lengkap sedang tersenyum mengancam dengan matanya yang …. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana.  Lesung pipit pula menghiasi wajah tampan si jejaka.
Aku menatap gambar itu tanpa sedar bahawa ada sepasang mata yang sedang leka memandangku juga. Aku berpaling ke belakang untuk kembali duduk. Tanpa sengaja, aku terlanggar seseorang di belakangku. Yang pasti, mukanya tersangatlah serabai. Dengan jambang yang tidak terurus, rambut kusut.
Aku sudah menggelabah tahap maksimum dah ni. Mana taknya si comot ni peluk aku erat betul. Suara aku nak menjerit tak terkeluar. Dalam hati aku berdoa sesiapa, tolonglah aku!
“Lepas. Lepaskan saya la. Awak ni kenapa?” Perlahan-lahan aku cuba bersuara walaupun tanganku ini sudah menggigil akibat gementar. Aku rasa nak menangis dah ni. Mamat comot ni boleh pula senyum kat aku. Siap bisik kat telinga aku lagi.
“Abang tak akan biar sayang hilang lagi dari pandangan mata abang.” Romantis gila ayat mamat ni kan. Penangan dia mesti tak boleh nak lupa kejadian ni.
“Fahri Rafie! Apa yang kamu buat kat anak dara orang ni? Astaghfirullahal’azim.” Marah Mak Cik Limah. Syukur juga mamat tu tak sempat buat apa-apa yang lebih membahayakan diriku.
Aku meluru memeluk Mak Cik Limah. Di dadanya aku melepaskan segala takut dengan menangis. Esakan kecil turut berbunyi. Lelaki itu kulihat sudah menghilangkan diri ke biliknya. Aku terdengar dentuman pintu yang kuat dihempas. Mak Cik Limah dan Misha masih cuba menenangkanku.
******
Bunyi kicauan burung di pagi hari memang enak didengar. Aku mengambil keputusan untuk keluar awal-awal pagi lagi berjalan-jalan di sekitar kampung ini. Sambil menghirup udara pagi, aku menangkap beberapa keping gambar dengan Dslr Nikon.
Terlintas di fikiranku apa yang dikatakan Misha malam tadi. Tentang abangnya yang cuba ‘mengoratku’ semalam. Rupa-rupanya lelaki itu mengalami kemurungan dan tekanan selepas kematian tunangnya. Lebih menyedihkan, gadis tersebut dijumpai dengan pakaian yang koyak-rabak. Sampai sekarang, tiada siapa yang tahu siapa yang memperlakukan gadis itu.
Bila difikir-fikirkan memang kesian. Lagipun secomot-comot dia, asalnya tersangatlah kacak. Eh apasal aku ni? Oh tidak. Kau jangan tunjuk perangai ye Dinie Amanda. Behave  yourself!
Aku terus berjalan santai untuk pulang ke rumah Misha. Nanti tak pasal-pasal dia ingat aku lari dari rumah dia sebab abangnya yang bermasalah sikit tu. Ada sebuah pondok di tepi jalan ku lihat. Beberapa buah motosikal juga berderet di situ. Langkah kakiku masih lagi ke depan. Lantas ku terdengar suara-suara sumbang yang cuba bernyanyi lagu Yank yang dipopularkan oleh kumpulan Wali Band. Wekk! Suara diorang… alamak bukan bernyanyi, menjerit adalah. Rosak lagu artis Indonesia tu.
Nampaknya golongan yang aku kutuk tadi tu terdiri daripada orang-orang muda juga lah. Sebaya aku pun ada. Ada juga muka macam gangster kampung dusun. Eeee.. seramnya. Berparut sana, berparut sini.
Oyeahh! Dapat juga aku melepasi pondok using tu. Tapi, kenapa aku rasa macam ada orang ikut aku ni? Derap kaki si misteri itu pula makin dekat dengan aku. Ya Allah, tolonglah jauhkan aku daripada segala marabahaya ini.
“Pewitt.. cik adik manis tu. Tak nak berkenalan dengan abang ke?” kata salah seorang geng gangster tadi.
Aku masih tidak berpaling. Aku takut. Peluh dingin mula merenik di atas dahiku. Yang aku harapkan sekarang, ada superhero yang boleh menyelamatkan aku sekarang. Wah, sekarang dah lebih ni, dia main cuit-cuit kita pula. Aku siku kang mamat ni. Haihhh.. berani ke aku?
Tiga orang lelaki yang tadi hanya mengusik aku dari belakang kini menghalang aku dari depan. Tak ada jalan lain. Aku menendang ketua geng itu. Err,,dah la botak. Geli aku. Apa lagi, aku terus berlari laju. Tengah syok lari tu, aku terlanggar pula seorang hamba Allah ni. Oh panik, panik, panik.
“Abang, abang tolong saya. Ddiorang ni kacau saya tadi.”  Hah menggigil aku minta tolong. Muka dia tak sempat pula aku tengok.
“Hoi! Kau ni tak ada kerja ke hah! Asyik nak kacau anak gadis kampung ni je. Baik kau berambus sebelum aku panggil polis.” Marah betul orang yang nak tolong aku ni.
Nampaknya geng tu nampak terkedu. Sempat jugalah dia warning aku.
“Ooo.. kau nak jadi hero ya? Aku tak takut la dengan kau Fahri! Tak apa. Hari ni kau selamat sayang. Hahaha.” Gah ku. Nak termuntah derr. Euwww.elak lelaki berkepala botak itu diakhiri dengan flying kiss ke ar
“Dah, aku hantar kau balik. Takut terserempak dengan malaun lain pula nanti.” Nada tegasnya membuat aku terkesima. Rupa-rupanya dia yang dihantar Tuhan untuk menolongku.
Aku masih lagi berdiri kaku, walhal dia sudah berjalan ke hadapan, meninggalkan aku yang terkial-kial sendirian.
“Yang kau tercegat kat situ kenapa? Nak tunggu hero datang gendong kau?” perli Fahri.
Cewahh, sedap betul ayat kau ek comot. Ingatkan kau ni baik tolong aku tadi. Ni nak marah-marah pula. Aku tak nak cakap dengan kau balik rumah Misha nanti. Huh!
*******
“Dinie, kau janganlah ambil hati dengan apa yang abang aku cakap kat kau tu. Alah, dia tu tak reti nak bergurau dengan orang. Lagipun aku tau, dia perli kau pun.. dalam hati mana tau ada bunga.” Ujar Misha.
“Aku bukan apa. Aku.. sentap jugalah dia cakap macam tu. Dia ingat aku ni miang sangat ke nak kena kacau dengan gangster tadi. Eeee! Geram aku tau tak.” Segala rasa marah aku luahkan kepada Misha.
Misha sudah menggaru kepalanya yang tak gatal. Aduh… abang aku ni saja je nak cari masalah. Kan minah ni dah merajuk. Kalau merajuk tak nak cakap dengan dia aku faham lagi. Ni, sampai merajuk tak nak turun makan pula. Kalau sakit, siapa susah?
Misha menyapa abangnya yang sedang menyantap makan malam. Wah, khusyuk betul. Tak pandang kiri kanan dah.
“Abang… Misha nak abang pujuk balik kawan Misha tu. Kalau tak, Misha balik KL esok. Tak ada kompromi. Titik.” Mudah-mudahan ugutan aku berjaya. Bukan aku tak tahu abang Fahri ni hati dia lembut sebenarnya.
“Abang tak nak. Kalau Misha nak balik, haa ajak kawan Misha tu sekali.” Kata Fahri dengan tenang. Langsung tidak mempedulikan ugutan adiknya itu. Keras betul hati Fahri Rafie ni sekarang ya.
Misha mengeluh hampa. Apa nak buat. Hati abangnya sama keras dengan sahabatnya itu. Bagi kahwin baru tahu. Misha terus beredar dari pandangan abangnya.
Fahri termenung seketika. Bukannya dia tak ambil berat tentang gadis yang dia tiba-tiba suka. Tapi, bimbang kalau gadis itu tak selesa pula untuk tinggal lama di sini. Kes hari tu pun tak selesai lagi. Entah apa yang aku fikirkan sampai usha dia. Ah, bodoh!
*******
Bau masakan yang lazat begitu menyengat hidungku. Yumm yummm. Masakan kampung memang tak boleh lawan dengan masakan Bandar. Mesti resepi turun temurun ni.
“Eh, ada nota la.”
Aku membaca nota ringkas itu. Nampaknya tinggal aku seorang la dalam rumah ni. Hmmm.. Kenapa lah Misha tak kejutkan aku. Kalau tak boleh aku ikut dia pergi pecan dengan mak dia. Tapi.. mamat comot tu ikut sekali tak? Aaahh.. tak payah susahkan kepala nak fikirkan dia. Buat tak tahu je.
Tudung saji ku buka setelah selesai membaca isi nota itu. Lauk yang disediakan Mak Cik Limah, aku nikmati dengan syukurnya. Sedap woo dapat makan free. Hehe, sesekali apa salahnya.
Selesai makan, aku mengambil novel Coke & Sundae II di dalam rak bacaan milik Misha. Hantu novel jugak minah ni. Ingatkan tak layan cerita cinta, jiwang-jiwang bagai ni. Bolehlah kalau nak baca sekejap novel tu sebelum Mak Cik Limah dengan Misha balik. Lagu juga turut dipasang untuk lebih syok melayan cerita ini.
Sedar tak sedar dah petang rupanya. Aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wuduk. Solat asar dah nak habis waktu .
Hatiku mula berlagu resah. Mana taknya, Mak Cik Limah dan Misha sampai sekarang tak balik lagi. Mamat comot tu pun tak nampak lagi batang hidungnya. Puas aku menelefon Misha, tapi tak diangkatnya. Hari dah makin gelap. Takkan aku nak keluar cari diorang kut. Bahaya tu. Trauma hari tu pun masih segar dalam ingatan.
Sekejap aku bangun, sekejap duduk. Macam-macam yang aku fikirkan. Diorang kena culik lah. Haduhhh..  Pening kepala fikirkannya.
Tak lama kemudian, kedengaran bunyi ketukan pintu. Kenapa diorang tak terus masuk? Takkan tak bawa kunci kut. Tanpa mencurigai apa-apa, aku terus meluru membuka pintu. Kalau lambat, nanti apa pula kata Mak Cik Limah.
“Misha sampai hati kau ek tinggal aku sendirian kat ….” Tidak sempat aku menghabiskan ayat, gangster kepala botak yang sama menolak aku ke dalam rumah. Pintu juga dikunci dari dalam. Mak aihh.. apa hal pula ni.
“Hahaha, kan aku dah warning kau hari tu. Walau macam mana pun aku tetap dapat kau. Cuma tunggu masa dan hari yang sesuai saja sayaang.” Gelak jahat lelaki itu membuat aku ketakutan. Haa sudah…
“Kau jangan dekat, baik kau keluar sebelum aku.. aku.. err..” Tergagap-gagap aku menengkingnya.
“Kau apa? Tak payah la kau nak lari dari aku. Sebelum ni, mangsa aku tak ada yang berjaya lari lagi tau.” Semakin galak ketawa lelaki itu.
“Apa maksud kau?”
“Huhh.. aku ni penjenayah tahu tak. Tapi nasib aku baik, orang kampung tak dapat nak jejak siapa yang perkosa anak-anak gadis kat sini. Termasuklah pakwe kau, Fahri. Aku yang bunuh tunang dia dulu. Kau nak tahu sebab apa? Fahri dah masukkan aku dalam penjara selama 3 bulan. Akhirnya dendam aku terbalas juga. Dah biul dia sekarang lepas Nasha mati.” Rahsia kini bukan rahsia lagi.
Aku mendengar dengan jelas sekali apa yang diucapkan oleh si botak itu. Kini nyawa aku tinggal di hujung tanduk. Ya Allah.. Macam mana ni. Aku tak nak mati di tangan malaun ini.
Aku terduduk bila tangan besar si botak itu mencengkam lengan kurus ini. Aku tidak tahu apa yang bakal terjadi lagi. Kolam mataku pula sudah penuh dengan air mata. Sungguh,, aku takut sangat. Waktu yang genting macam ni, aku berdoa agar diriku tidak menjadi mangsa manusia rakus seperti si botak ini.
Pintu rumah dirempuh kasar. Aku tidak dapat melihat dengan jelas siapakah dia. Aku tidak berdaya lagi. Habis bengkak muka aku yang ditampar-tampar oleh si botak itu. Nak menjerit pun tak boleh.
“Rupanya kau yang bunuh Nasha!  Aku memang dah lama perhatikan kau.” Fahri bersuara. Ditumbuknya si botak itu habis-habisan. Haa.. amek kau. Berdarah sana-sini dah aku tengok. Meringkuk dalam penjara lagi la kau botak.
Penghulu kampung sudah membawa Mansor a.k.a botak itu ke balai polis. Tak cukup dengan belasah Fahri, aku sempat menangkap beberapa warga kampung yang turut menambah pukulan terhadap malaun itu.
Aku mendekati Fahri yang terduduk di tangga rumah. Pasti dia terkilan sangat. Mak Cik Limah dan Misha memerhatikan aku mendekati anak terunanya.
“Awak, saya nak berterima kasih sebab dah dua kali awak selamatkan saya.” Perlahan saja suara aku. Entah dia dengar ataupun tidak. Maklumlah bibirku pecah dan darah masih melekat.
Aku tengok dia masih diam. Tapi ada perubahan pada wajahnya. Rambut dah gunting. Muka dah tak berjambang lagi. Comel. Aku terpana melihat wajahnya itu. Nampak diri ini tidak diperlukan, aku bangun untuk member Fahri masa. Menenangkan dirinya yang tengah kusut.
“Kahwin dengan saya.” Lamar Fahri. Orang kata perkara baik kena buat cepat betul tak. Lagipun umi dengan Misha pun setuju aku dengan Dinie. Balik rumah lewat pun sebab pergi bincang tentang hal ni kat rumah Pak Long. Alih-alih, dapat kejutan pula bila balik sini.
“Apa?” soal aku. Terkejut gila. Dia tengah lamar aku. Sekarang?”
Tangan Fahri masih memegang tanganku. Hangat tangannya mampu mengurangkan kesejukan tanganku. Damainya.
“Tapi, awak tak suka saya. Macam mana awak nak kahwin dengan saya?”
Aku lihat pertama kali dia mempamerkan senyuman manisnya itu. Lesung pipit comel timbul juga. Ni yang buat aku tak tahan. Caiiiiirrr tau.  Biasanya asyik nak cari gaduh je dengan aku. Mulut dia… perghh! Berbisa.
“Saya dah lama suka awak. Cuma saya tak pasti, awak nak ke terima saya. Saya ni kan pernah ada masalah jiwa. Saya takut, awak cop saya ni gila. Membahayakan ke.” Jujur dia memberitahuku. Matanya juga aku dapt lihat keikhlasan itu.
“Saya …. Terima awak Fahrie. Saya harap awak dapat jaga dan sayang saya macam awak sayang arwah tunang awak.”
“Pasti sayang. Kau yang aku tunggu selama ini setelah aku berjaya lupakan Nasha.” Ujar Fahri dengan senangnya. Dia menyambung lagi. “Umi! Orang nak kahwin malam ni juga!” Laung Fahri kepada ibunya.
Aku tertawa bahagia. Terima kasih Ya Allah. Tak lupa juga kepada Misha dan Mak Cik Limah yang menyokong aku untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment