Malam ini terasa sunyi sepi
bagi Aiesya Aryana. Sudah jemu dia memikirkan alasan untuk menolak pelawaan
ayahnya agar tidak didaftarkan ke
sekolah berasrama. Maklumlah, dia sekarang akan menjadi pelajar sekolah
menengah. Semakin difikirkan tentang hal itu, akan menyebabkan kepalanya
berdenyut-denyut.Otaknya bagaikan memberi arahan untuk tidak memerah otak lagi. Berbagai-bagai pujukan
yang harus ‘ditelan’ dengan pahit dan juga manis daripada keluarganya. “Haihh,
seramnya kalau aku masuk asrama nanti. Kena bangun pagi-pagi. Yang paling
teruk, entah-entah ada kakak senior yang jenis kaki buli dan sebilik pula
dengan aku.Huhuh, ya Allah tabahkanlah hatiku ini”. Aiesya bermonolog sendiri.
Puan Aina memerhatikan sahaja permata hatinya Aiesya, yang termenung di beranda. ‘Puteriku,
percayalah akan ada kegembiraan yang tidak dapat dilupaimu setelah berada di sekolah
itu nanti’. Ujar Puan Aina dengan perlahan. Sebak juga jika harus berpisah
dengan puteri bongsunya itu, namun demi masa depan Aiesya, dia rela.
“Aiesya, duduk sekejap. Ayah
ada benda nak bincang dengan kamu”. Langkah Aiesya terhenti ketika dia sudah
selesai bersarapan dengan keluarganya. Sungguh tegang wajah tua ayahnya.
Terselit rasa gusar di hati. ‘Alamak! Mesti ayah nak bincang pasal sekolah .Aku
nak mengelak macam mana lagi ni. ‘ Masak’ aku hari ni kena dengar ayah bebel
hal sekolah lagi, lagi dan lagi.Haiyya!!!’.Namun kata-kata itu hanya terluah
dalam hati. Aiesya hanya menurut kata lalu duduk bertentangan dengan ayahnya.Bermulalah
sesi memaksa 'aku' ke sekolah berasrama lagi.
“Kini aku Aiesya Aryana,
sudah rasmi menjadi budak hostel SMK Dato’ Ahmad Maher. Tugas aku sekarang,
wajib dapat keputusan yang cemerlang setiap kali exam. Lagipun kesian ibu kalau
dia tahu aku tengah sedih tahap gaban rindu dekat dia. “ Maher!! Here I come”.
Ujar Aiesya bersungguh-sungguh. Masih terngiang-ngiang ucapan ayahnya yang begitu
tegas. “Ayah baru dapat surat tadi. Dan kamu akan bersekolah di sebuah sekolah
elit yang berasrama. Ayah tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Buka sekolah
nanti kita ke sana”. Encik Haziq bangun setelah selesai berbicara. Dari ekor
matanya dapat dilihat Aiesya sedang menahan sendu, manakala matanya pula sudah limpah
dengan air jernih yang semakin deras gugur. Puan Aina yang melihat perbincangan
suami dan anaknya itu segera mendekati Aiesya lalu membisikkan sesuatu kepadanya.
“Aiesya kena kuat. Janji dengan ibu yang Aiesya akan buat ibu bangga ya nak”.
Didakap erat ‘harta’ yang sangat berharga baginya agar dapat menyalurkan sedikit semangat.
Minggu orientasi sudah
berakhir. Ramai juga kawan-kawan baru yang sangat peramah malah sekepala
dengannya yang ditemui. Semua pengawas pula, sangat ceria dan sabar menyambut kedatangan pelajar form 1 yang pelbagai
ragam dan kerenah ini. “Aiesya, lepas ni kau teman aku pergi library kejap ok.
Ada buku yang aku nak sangat pinjam. Boleh?”.
Pinta Tia sebelum menyambung santapan nasi lemaknya. Bekal tersebut yang
akan dibawanya jika ingin berjimat cermat. “Oh okey, bagus jugak tu sebab aku pun
memang nak pergi sana lepas ni”. Tia
mengangguk gembira seperti burung belatuk sahaja lagaknya, maklumlah kalau bab
bab pergi ‘tempat ulat buku’ ni tak ada seorang pun yang rajin berkunjung
kecuali bila exam dah nak dekat. Sampai penuh sesak library Maher ni.
“Eh guys, korang tak rasa ke
subjek yang kita belajar sekarang ni makin susah. Even Maths yang dulu jadi
‘buah hati’ aku pun, sekarang aku dah fed up tau”. Luah Adleen dengan perasaan
sebal. Mukanya pula sudah masam mencuka. Rakan-rakan yang lain ketawa
terbahak-bahak dengan gaya percakapan Adleen. Lagaknya seperti merajuk dengan
kekasih hati. “Macam ni lah, nak tak kalau kita buat ‘study group’. Kita buat
bila tak ada aktiviti sekolah. Ok?”. Cadangan Sahira membuatkan Aiesya dan yang
lain segera bersetuju.
‘Dah sebulan aku dekat
hostel ni.Rupa-rupanya tak adalah teruk sangat pun. Banyak sangat yang aku
dapat belajar. Semoga perangai aku akan menjadi lebih matang dan pencapaian aku
dalam akademik tak menghampakan’. “Yeah! Fighting Aiesya!” Ujar Aiesya dengan
penuh semangat.
Tepat pukul 12 tengah hari,
semua guru keluar bermesyuarat di bilik mesyuarat.Semua pelajar hanya
dibenarkan berada di kelas masing-masing. Tak dibenarkan merayau di mana-mana
tempat. Pengawas pula berkawal dalam setiap kelas. Oleh kerana Puan Pengetua
mengadakan mesyuarat tergempar semua guru hilang dari pandangan mata pelajar.
Namun diganti dengan PP yang setia bertugas. “Saya nak semua pelajar tidak membuat bising dan
melakukan aktiviti yang berfaedah sebelum para guru selesai bermesyuarat. Kalau
ada yang cuba mengingkar arahan saya, saya tak akan teragak-agak untuk
menyerahkan nama awak pada guru disiplin. Faham?!”. Pelajar kelas 1 Al- Razi
tertunduk dengan arahan pengawas tersebut. ‘Alahai, boleh kosong jiwa aku ni kalau
senyap tak bercakap langsung. Kan tak pasal-pasal pulak aku nyanyi lagu ‘Kosong’ dekat sini.
Huishh!! garangnya dia ni. Tapi kan
nasib baiklah muka PP ni ada iras-iras macam Aeril Zafriel. Si pelakon yang
memang super cute tu. Hehehe ’. Aiesya hanya membebel dan mumuji akan kekacakan pengawas itu di dalam hatinya. Emir Izz
Rayyan, iaitu ketua pengawas yang sangat terkenal dengan sikap tegasnya dalam hal
disiplin. Tapi disebabkan wajahnya yang menjadi tarikan, pelajar perempuan yang
terlibat dalam kes disiplin kecil hanya diam daripada bertikam lidah dengan
lelaki idaman Malaya itu.
Aiesya berjalan menuju ke
tempat ampaian asrama sambil membawa raga pakaiannya. Dari jauh kelihatan
pakaian yang digantungnya pagi tadi telah……. “Aaaaaaaaaa!!!!! Pakaian aku! Macam
mana boleh terbang terbang lepas tu ‘mandi’ lumpur pula ni. Haihh! Nasib kaulah baju. Aku mandikan kau dengan air sabun cap Downy
ni, kau pergi gatal main dengan lumpur pula”. Habis pakaian yang dijemurnya kotor.
Jawabnya, pakaian sukanlah yang harus dipakai esok ke sekolah.
Seperti biasa kelas 1
Al-Razi akan mula membuka gerai pasar malam yang riuh rendah bunyinya.
Kebetulan pula ketua kelas dan
penolongnya pergi ke kem yang dianjurkan untuk semua ketua tingkatan dan
penolong kelas. “Aiesya, cuba kau tengok Elli tu.Tahu la dia tu anak orang kaya,
tapi perlu ke nak menunjuk handphone Blackberry
dia tu.Eeee!! Menyampah pulak aku tengok minah sombong campur gedik tu”.
“Huishh! Dah la, pedulikan je dia.Lebih baik kita buat latihan
Sains ni, boleh juga memantapkan penguasaan ilmu kita”. Tia hanya mengangguk
malas mendengar sahabatnya itu. Kemudian, kelihatan ramai pengawas sedang
menuju ke kelas. Di tangan beberapa pengawas juga terdapat plastik besar
berwarna hitam. “Baiklah murid-murid, hari ni kelas kalian akan dibuat sport-check mengejut. Kami mendapat
laporan, ada diantara kamu yang membawa
barang terlarang di sekolah. Bagi yang ada membawanya, sila segera mengaku
sebab PP ni semua sudah arif benar tentang benda-benda yang awak sedang
sembunyikan tu. So, saya harap jangan ada yang menyalahkan pihak kami selepas
ini”. Tegas dan lantang sekali Cikgu Maizura selaku guru disiplin yang paling
garang itu berkata-kata. Semua pelajar hanya diam tidak berkutik. Ada yang
menggelabah dan ada yang cool sahaja mendengar butir bicara guru itu. Pengawas
pula sudah mula memeriksa seluruh bahagian kelas. Barang-barang yang ditemui
begitu banyak disembunyi seperti novel, komik, gelang dan handphone. Barang – barang yang berada di bawah meja habis
diselongkar bimbang tersembunyi di situ juga. “Kak!! Tolonglah jangan ambil handphone saya ni kak. Saya tak sengaja membawanya
ke sekolah. Saya merayu kak. Huhuhu”. Rayuan Elli bagaikan angin lalu sahaja
pada pendengaran Edinie, pengawas yang
menjumpai barang tersebut. Ini kerana sudah ramai yang memberi alasan sebegitu
tapi hakikatnya ingin menunjuk-nunjukkan kemegahan diri. Raungan Elli semakin
kuat kedengaran. Ramai yang tidak menyangka akan Elli yang bertindak nekad,
menyepahkan buku-buku yang pada mulanya elok tersusun di atas mejanya. Seram
pula jika diperhatikan aksinya itu. ‘ Nasib baik aku tak buat kesalahan
disiplin. Fuhhh selamat’. Gumam Aiesya.
Aiesya sedang tekun belajar
bersama rakan-rakannya di ‘student center’.
Tempat yang agak selesa untuk mentelaah. “ Wehh!! Korang ni tak semak ke otak
tu asyik menghadap buku Sejarah saja. Kalau
aku baca sikit lagi kan, otak aku ni boleh terputus wire tau. Mahunya aku termuntah hijau kat sini nanti. Keluar habis
semua yang aku hafal dalam bentuk cecair hijau. Hadoii!!”. Bebel Tia.
“Bhahaha!! Kalau otak kau tu dah terputus wire
dan termuntah hijau la kan, aku rasa kau
bukan manusia dah tapi ‘Incredible Hulk’ versi perempuan”. Bidas
Sahira sambil tertawa. Usik mengusik
mula menghiasi keadaan tegang mereka
ketika belajar. Aiesya turut tertawa melihat ragam kawan-kawannya itu.
Sambil melayani kerenah mereka, Aiesya terpandang akan wajah Damian, senior
form 3 yang sentiasa cool. Malah menjadi idolanya kerana Damian selalu
memenangi mana-mana pertandingan melukis yang dianjurkan. Lukisan yang
dihasilkan selalu menarik perhatiannya. Dan terhakis sudah rasa jemu untuk
terus merenungnya bagaikan terdapat sesuatu yang istimewa pada setiap lukisan
itu. Perasaan yang hadir itu tidak lebih daripada seorang junior kepada senior
sahaja. Akan tetapi, mata redup lelaki itu sering dicuri pandang jika
berkesempatan. Malah tiada sesiapapun yang berjaya ‘menghidu’ perbuatannya
setakat ini.
“Korang! Aku ada berita
gembira untuk warga aspuri ni. Esok,
kita boleh keluar outing lama sikit
tau. Haa, nanti taklah terkejar-kejar nak balik sini. Fuhh, gembiranya”. Ujar
Sahira yang terlalu excited dengan
berita yang baru disampaikannya itu .
“Kalau dah macam tu, apa kata kita pergi jogging
esok nak? Lagipun dah lama kan kita tak bersenam sambil menikmati pemandangan
taman ni”. Cadang Tia. “Ok jugak tu. Siapa yang nak ikut, bangun awal esok”.
Perbincangan di dalam bilik prep itu segera selesai kerana semua setuju dengan
usul Tia untuk beriadah.
Aktiviti jogging betul- betul memuaskan hati. Aiesya, Tia, Sahira dan Adleen menikmati udara
pagi yang begitu nyaman sekali sambil melakukan beberapa senaman ringan.
Kelihatan beberapa budak lelaki yang lebih tua daripada mereka, sedang rancak
berbual di penjuru tiang. “Eh, tu bukan Damian ke Aiesya? Wah comel pulak aku
tengok dia pakai sempoi macam tu. Alahaii, nasib baik kuat lagi iman aku ni
haa. Kalau tak, boleh pengsan aku dekat sini”. Terdengar sahaja nama Damian
yang disebutkan, Aiesya melihat ke arah yang dimaksudkan Tia. “Ha’ah aku pun
perasan jugak tadi. Tak sangka pulak dia pun melepak kat sini”. Kini Damian
pula yang menjadi tumpuan Aiesya dan rakan-rakannya.
“Fuhh, penat gila aku.
Alang-alang dah jogging ni,
mintak-mintak lah turun berat badan sekilo dua ke. Hahah”. Tia galak berceloteh
dengan lucu sekali. “Oh ya!! Aiesya petiklah gitar kau tu untuk kitorang. Aku
suka sangat nak dengar suara kau tu.Semalam kau dah janji dengan aku masa kat
bilik muzik kan?. So aku nak kau tunaikan sekarang. Hehehe”. Aiesya tersenyum mendengar kata-kata Adleen.
“Ye laa, aku tak lupa kot. Kejap aku nak mainkan lagu tu. Korang dengar je ok.
Lepas tu baru komen”. “Okeyh!”.Serentak Tia, Sahira dan Adleen menjawab dengan
begitu teruja.
{‘Mungkin kita pernah rasa
tentang cinta’ }
{‘Yang takdirnya bukan untuk
kita’ }
{‘Mungkin ini adalah cara
meluah cinta’}
{ ‘Tanpa berkata atau berpandang mata’ }
{‘Mungkin aku mencintaimu’ }
Selesai bernyanyi, mereka terus balik ke hostel
memandangkan badan sudah penat beriadah.
“Latihan kawad kaki bagi
Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis dan Kadet Juruterbang Muda pada hari ini
berjalan seperti biasa.Semua ahli diwajibkan hadir. Terima kasih”. Pengumuman
sewaktu masa rehat itu tidak berapa dihiraukan Aiesya. Yang penting. perut
harus diisi dahulu baru mindanya boleh berfikir dan badan boleh bergerak
cergas. Aiesya segera melantak nasi lemak yang begitu menusuk hidungnya. Perutnya
dari tadi sudah memainkan macam-macam lagu. Dah jadi lagu 1 Malaysia lah jugak.
Wahh, jauhnya aku melalut. “Hoii!! Kau ni kalau melantak tak ingat dunia eh”.
Sergah Tia. “Isyhh! Kau ni spoil mood
aku betullah. Janganlah buat aku terkejut macam tu. Kalau aku ni ada
penyakit latah, tak ke malunya aku
nanti”. “ Hishh! Ya lah, sorry ok intan payung. Tadi kan ada
pengumuman, ada latihan kawad kaki petang ni. Kau kena join sekali tau, sebab aku dengar abang senior tu dah mengamuk sakan sebab ahli yang hadir semakin
kurang. Dan dia nak cari semua ahli hari ni, nak ‘basuh’ biar bagi jelas sikit cara pemikiran tu”. Berjela-jela
Tia memberikan penerangan. “Ahh! Malas
aku nak layan senior tu. Kalau dah ajar budak-budak cara kasar macam tu, siapa
yang tahan hah! Aku dah serik dengar dia
cakap aku kawad macam robot statik.
Dalam hati aku hari tu, aku dah sumpah seranah kat dia. Tapi nasib baik lah
boleh kawal lagi marah aku ni sebelum meletus
atas muka dia. Kalau tak, aku dah lama silatkan dia. Huh!”. Diluah kan saja apa yang tersimpan di dalam
hati selama ini. Dan Tia lah yang menjadi mangsa untuk mendengarnya. “Woopss!
Okey-okey. Kau relakslah. Kau kan masih baru lagi dalam kawad kaki ni. Kalau
kau rajin datang latihan, confirm
punya boleh buat abang tu terbeliak biji mata dia masa
tengok kau kawad. Heheh”. Ujar Tia untuk memujuk Aiesya agar datang latihan
petang nanti. “Hmm, tengoklah dulu kalau hati aku ni lembut ke tak. Apa-apa
pun, terima kasih sebab dah bagitahu aku”. Senyuman manis dilemparkan untuk Tia.
“Tak ada hal lah kawan”. Mereka mencalit ibu jari dengan gembira.
Atas saranan Tia, Aiesya gagahkan
juga hatinya untuk datang berkawad pada petang itu. “Saya nak sesiapa yang tak
pernah datang kawad ataupun yang jarang-jarang datang tu, berkumpul sebelah
sini”. Arah Farid. Aiesya segera bergerak ke arah kumpulan lain. “Tunggu!! Awak
ni budak yang saya tegur hari tu kan. Apa dah nama.. err Aiesya kan? Saya nak
minta maaf sebab dah terlalu kasar tegur awak hari tu. Saya tengah stress
sebenarnya. So, maaf saya diterima?”. Tercengang Aiesya mendengar perkataan
‘maaf’ yang sukar sekali diungkapkan oleh sesetengah senior . Tanpa berlengah,
dianggukan sahaja kepalanya.
Semakin hari, semakin banyak
yang dilalui oleh Aiesya. Saat dia jatuh, akan ada sahabat yang setia
menghulurkan bantuan. Bersekolah di sekolah asrama tidaklah seteruk mana. Malah
banyak mengajar dirinya tentang berdikari.
“Aiesya, kau cari apa tu?”
Soal Tia yang dari tadi melihat Aiesya ke hulu ke hilir mencari sesuatu. “Ahh,
aku tengah cari jam aku yang warna merah
tu. Dah la tu jam kesayangan aku. Tak apa lah,
mesti ada kat mana-mana ni. Tia! Jom pergi kantin. Aku teringin nak
makan wafer ’la pulak sekarang ni.”
Tia membontoti langkah Aiesya ke kantin. Dalam perjalanan menuju ke sana,
seorang budak lelaki datang menghampiri mereka lalu memberikan nota kecil berserta
seutas jam tangan berwarna merah. “Eh Tia, siap ada nota lagi untuk aku.
Syukurlah dia pulangkan jam tangan aku ni”. Aiesya segera membuka isi nota tersebut lalu
membacanya perlahan.
'Assalamualaikum w.b.t… Saudari, saya telah menjumpai jam tangan
saudari di perpustakaan kelmarin. Lain kali berrhati-hatilah ya. Sekian'.
Aiesya termenung seketika.
Siapakah pemuda yang baik hati memulangkan jam
tangannya. Tidak pula diselitkan nama dalam nota ini. ‘Ahh! Mungkin dia ni pemalu ataupun tak nak heboh
sangat kut’. Fikir Aiesya.
Waktu petang terasa sungguh
nyaman dengan angin yang menyapa lembut di pipi. Aiesya tidak melepaskan
peluang untuk membaca novel baharunya di
bawah pokok yang rendang. ‘Syoknya! Baca novel time berangin macam ni’. Aiesya bermonolog sendiri sambil menguntum
senyum di bibir manisnya. ‘Eh, tangan siapa pula yang merayap atas bahu aku ni.
Haih! Potong stim betul’.Gumam Aiesya. Lalu… “Haa!!!”. Sergah Tia lalu ketawa
terbahak-bahak. Aiesya sudah menggeleng
melihat perbuatan temannya yang nakal itu. “Oii minah!! Aku tak terkejut pun kau sergah macam tu.
Lagipun dah biasa sangat kau buat aku macam tu”. Sempat dijelirkan lidahnya
kepada Tia. “Hahah, iyalah tu. Tapi kan, selalu sangat ke aku sergah kau macam
tu? Tak ingat pula aku. Heheh”. Aiesya terus menyambung bacaannya yang
terbantut tadi. “Weii Aiesya!! Kita main bandminton nak tak? Esok Sahira dengan Adleen pun turun main juga.
Kau main juga ok?” Aiesya pantas berpaling ke arah Tia lalu mula tersenyum.
Sudah faham benar Tia dengan sikap Aiesya yang satu itu. Kalau pasal main
badminton, dialah yang terlebih suka.
Permainan badminton sangat
menggembirakan hati empat sahabat itu. Mereka bermain tanpa rasa janggal. Selesai bermain, mereka berehat di tempat
yang agak teduh. “Korang, kita kan dah nak cuti pertengahan tahun ni. Pejam
celik, pejam celik, kita dah jadi sahabat sehati sejiwa lah katakan. Aku rasa
gembira sangat berkawan dengan kalian. Korang la sahabat aku dunia akhirat”. Aiesya
memeluk rakan-rakannya dengan begitu erat. Sungguh dia begitu selesa sekali
berada di asrama ini. Walaupun kadang-kadang agak memenatkan. “Ha’ah aku pun.
Semoga persahabatan kita ni kekal selama-lamanya. Amin”. Serentak yang lain
mengaminkan doa Sahira itu. ‘Ibu!! Tunggu Aiesya pulang tau!!’.Teriak Aiesya
dalam hati.
Kini sudah tiba masa untuk
bercuti. Walaupun hanya untuk dua minggu sahaja. Pondok menunggu kelihatan
begitu penuh dengan pelajar-pelajar yang tidak sabar untuk pulang ke rumah
masing-masing. Pintu pagar asrama juga sesak dengan kereta ibu bapa yang ingin
mengambil anak-anak mereka. “Aiesya!!” Laung Tia. “Jangan lupa call aku kalau dah sampai rumah ok. Aku
pergi dulu. Parents aku dah sampai. Daa”. Aiesya menghantar Tia dengan
pandangan mata. “Aiesya, jom balik sayang. Ayah dah tunggu dalam kereta tu”. Aiesya
membuntuti langkah ibunya ke kereta. Masuk sahaja di dalam kereta, Encik Haziq
sudah mengukir senyuman yang paling ceria khusus buat Aiesya Aryana. Siapa lagi
kalau bukan puteri kesayangannya itu. Aiesya rancak berceloteh tentang
pengalamannya tinggal di asrama. Ibu dengan ayahnya pula tidak kering gusi
mendengar ceritanya.
A.S.R.A.M.A. Perkataan itu
yang sering bermain di fikiran Aiesya. Dan tempat itu jugalah yang telah
mendewasakannya. ‘Asramaku, kau rumah keduaku. Kau menyimpan semua kenangan
pahit manis aku bersama sahabatku. ‘Ya! Damian, kau yang telah menyuntik
semangat untuk aku. Selagi kau ada, tidak mungkin aku akan jatuh’. Aiesya hanyut
mengenangkan Damiannya. ‘Buka sekolah nanti, pasti akan menjadi hari baru untuk
aku, Aiesya Aryana’. Aiesya bertekad dalam hatinya untuk menjadi seorang yang
lebih baik dari sekarang. “Peristiwa yang berlaku sepanjang aku tinggal di asrama,
akan tersimpan kemas dalam kotak memoriku. Kerana aku ingin selalu
mengingatinya”. Bisik Aiesya.
No comments:
Post a Comment