Tersuka Dia atau Dia?
“Arween, awak ni saya perhatikan kuat bebenor termenung kalau saya tengah memberi penerangan. Apa masalah awak sebenarnya ni? Dahla nota saya, satu pun tak tercatit dalam kertas tu. Haihh, pening la saya dengan awak ni.” Suara cikgu Suzana cukup kuat pada pendengaranku.
“Arween, awak ni saya perhatikan kuat bebenor termenung kalau saya tengah memberi penerangan. Apa masalah awak sebenarnya ni? Dahla nota saya, satu pun tak tercatit dalam kertas tu. Haihh, pening la saya dengan awak ni.” Suara cikgu Suzana cukup kuat pada pendengaranku.
Parah, parah. Jangan la cikgu denda aku. Kalau tak
malu aku dengan semua orang. Mana nak letak muka aku yang sememangnya tak tahan
dengan wajah-wajah sinis yang memandang aku bagai melakukan kesalahan yang
teramat besar dan …. lembab.
Arween hanya mampu berdoa tika ini. Wajahnya pula
rela ditundukkan daripada melihat mata garang cikgu itu.
“Sebagai ‘hadiah’atas perhatian awak ni, saya nak
awak lakukan…..
“Arween Arissa!!” Lantang sungguh suara itu
memanggil namanya.
Arween yang sememangnya diulit mimpi buruk tadi
tersedar kembali tetapi jatuh bagaikan bantal busuk di tepi katilnya. Uihh,
sakit doe belakang badan. Nasib, nasib.
Ibu Arween bergegas naik ke bilik anak daranya itu
setelah beberapa kali dipanggil tidak menyahut jua. Nak harapkan anaknya itu
bangun sendiri? Hmm, alamatnya tunggu matahari terpacak betul-betul atas kepala
tu, baru reti nak cari makanan.
Pintu bilik dikuak selebarnya. “Astaghfirullahalazim
Arween. Kamu ni tak sedar ke yang kamu tu dah betul-betul lewat ke sekolah ni.
Haishh, budak ni kan. Itu lah semalam ibu dah cakap jangan berjaga lewat
sangat. Sibuk sangat tengok cerita Korea tu sampai habis kan. Haa, inilah
padahnya.” Panjang sungguh leteran Ibu Arween.
Arween menadah telinganya sahaja. Dengar jelah
alunan muzik ibunya itu. Dengar-dengar jugak, tapi Arween lebih pandai mengelak
dengan mencapai tualanya untuk mandi dengan sepantas mungkin. Kantupnya masih
bersisa. Dicurahkan air sejuk di atas kepalanya.
*******
Sampai sahaja di sekolah, pintu pagar hampir
ditutup. Nasib baiklah pengawas tu baik hati lagi nak bagi aku masuk. Syukur.
Dengan pantas aku menuju ke kelas tingkatan 6 bawah. Aku pandang ke bawah. Tali
kasut pula sudah terlepas dari ikatannya. Bahaya ni. Arween berkira-kira untuk mengikat
semula atau tidak tali kasutnya itu.
Dengan tidak semena- mena, jatuh tersungkur pula
dia. Apalah nasib. Tadi, dah jatuh katil, ni jatuh kat sekolah pulak.
“Eh, awak tak apa-apa ke?” Seorang pelajar senior 6
atas menegurnya.
“Bhahahah!! Lawak betullah kau jatuh tadi. Aku tau
ni kau mesti tengah berangan kan sambil berlari. Hahaha.” Selar Farrish dengan
sinisnya. Maklumlah anak orang kaya kan. Tahu sakat orang je kerjanya.
Cis acaner boleh jatuh pulak ni. Terasa darah merah
menyerbu mukanya. Berdesing telinganya saat menedengarkan kata-kata mamat
berlagak itu. Ingin sahaja dikarate lelaki tersebut sekarang juga.
Arween bangun dengan payahnya. Sakit di kakinya
tidaklah sesakit mana kalau nak dibandingkan dengan hatinya yang sudah
menggelegak panas ini.
Tiba-tiba ramai pelajar yang melihat adegan free
ini. Dahlah tu bukan nak tolong. Tolong ketawa adalah. Huwaa!! Ibu, Arween malu
sesangat ni.
Air mata yang awalnya tidak ingin dititiskan hanya
kerana mamat perasan bagus itu tidak dapat dikawal juga akhirnya. Bercucuran
air mataku keluar dari kolam mata. Pelajar yang tadinya riuh bersorakan aku,
sudah mula reda dan bersurai.
Farrish yang perasan bagus tu pun tiba-tiba kematian
suara. Aku berlalu dari situ dengan hati yang pilu. Mau taknya! Malu tahap gaban
woo jatuh macam .. uhmm.. macam.. ahh! Apa-apa jelah.
Farrish melihat gadis yang paling suka diajak
bergaduh sudah berlalu pergi meninggalkannya. Terkaku sungguh Farrish dengan
linangan air mata yang pertama kali Arween tangiskan. Bersalahkah aku? Jahat ke
apa yang aku buat tadi? Selama ni, aku kenakan dia, tak ada pula nak menangis
hiba. Haihh pening-pening.
“Weii Farrish, tak baik ah kau ketawakan dia macam
tu. Kan dah menangis anak orang kau buli. Hmm.. kau tanggung la sendiri kalau
kau rasa bersalah kenakan dia eh. Aku tak nak masuk campur.” Ujar Rayyan selaku
kawan baik Farrish. Rayyan awal-awal lagi mengangkat tangan tidak mahu
mencampuri urusan perang sahabat kamcengnya itu.
*******
Waktu pembelajaran terasa sangat lambat berlalu.
Sungguh Arween tidak mempunyai mood untuk menumpukan perhatiannya dalam kelas.
Dia hanya membuat nota untu dipelajari kembali apabila pulang ke rumah nanti.
Asal berat sangat mata aku ni. Hadoiiyaaii. Tak
boleh, tak boleh!! Jangan terlena Arween kalau kau tak nak cikgu Mariah Tanya
kau soalan Sejarah dunia ni. Dahla apa yang diterangkan guru itu langsung tidak
dapat dicernakan dengan baik.
Gatal pula mata aku ni nak tengok keluar kelas.
Melalui tingkap aja la. Mata Arween kemudiannya bertembung dengan mata Farrish.
Sungguh di luar jangkaan. Biasanya lelaki meluat itu akan membuat muka toyanya
depan aku. Tapi kali ini dia hanya memalingkan mukanya dan berlalu secepatnya.
Pelik bin ajaib mamat ni. Kalau sehari memang tak sah sakitkan hati aku. Ni
lain pulak. Arween bermonolog sendiri.
Waktu terus merangkak ke depan. Sedang aku leka
bermain dengan pen di tangan, waktu pembelajaran telah tamat. Setelah
mengucapkan ucapan terima kasih kepada guru, Arween bergegas keluar dari kelas.
Langit mulai mendung. Awan hitam mula berarak untuk
menghujani kawasan ini pada bila-bila masa sahaja.
Alamak macam mana ni! Aku dahlah balik jalan kaki.
Tak ke haru balik sekolah jalan kaki dalam hujan. Terus dihayunkan langkahnya
ke pondok menunggu yang disediakan pihak
sekolah.
Tidak lama kemudian. Guruh mula berdentam dentum.
Perasaan takut menjalar di hatinya. Sudah lah aku ni takut bunyi-bunyi kuat
macam tu. Macam mana ni. Huhu, nak balik rumah! Hujan mula turun membasahi
bumi.
Sebuah kereta mewah iaitu Skyline merah berhenti
tepat di hadapan Arween. Eh, bukankah ni kereta mamat tu, Farrish? Yang anak
kacukan omputih tu? Asal dia berhenti pulak kat sini. Nak kata mari ambil awek,
aku seorang je kut yang ada kat sini.
Tingkap kereta dibuka sedikit. “Awak! Naiklah kereta
saya, hujan ni makin lebat rasanya. Saya hantarkan awak balik rumah. Lagipun
bahaya awak tunggu sini sorang-sorang. Nanti selsema pun ya.” Pelawa Farrish
dengan prihatinnya.
Arween berfikir sejenak. Ada betulnya kata-kata
Farrish. Dahla dekat kawasan ni orang Indon dengan Bangla selalu lalu lepas
balik kerja petang. Arween menerima pelawaan Farrish dengan berat hati untuk
menumpangnya. Sekarang ni musuh dah tolong musuh ni.
Berdua-duaan dengan Farrish membuatnya rasa kekok.
Hanya Dj radio yang galak berceloteh. Aku hanya mendiamkan diri sambil memeluk
tubuh. Sejuk sangat.
Farrish menjeling gadis di sebelahnya itu. Macam
sejuk sangat aja. Oh! Kan dah terkena tempias hujan tadi. Tiba di traffic
lights, Farrish membuka jaketnya lalu dihulurkan kepada Arween.
“Gunalah. Saya tahu awak sejuk. Saya akan
perlahankan air cons ni sikit.” Ujar Farrish dengan tenang.
Arween melihat Farrish seperti manusia yang lain
dari yang sebelumnya. Asal dengan mamat ni? Salah makan ubat ke apa? Tetiba je
baik dengan aku. Mahu tak mahu, Arween menyambut huluran lelaki itu.
******
Selepas solat Isyak, Arween merebahkan sekujur
tubuhnya di atas katil empuk bersaiz kingnya. Terasa ringan mindanya untuk
berfikir jernih.
Farrish Minhat….. Lelaki yang perasan bagus, aku
rasa. Tetapi hakikatnya lelaki itu lah yang menjadi idaman semua gadis.
Wajahnya yang nampak matang tidak nampak seperti seorang pelajar. Hidungnya
pula mancung menambahkan lagi kehenseman si jejaka.
“Hishh!! Apasal aku ni. Buat tabiat ke apa? Puji-puji dia pula. Tak boleh jadi ni.”
Arween memarahi dirinya.
Elleh mengaku je lah Cik Arween, yang kau tu pun
suka kan bila dia sakat kau hari-hari. Mulut memang kata tak. Tapi hati ko? Ada
kau tanya? Mengaku je Arween yang kau tu
pun syok kat mamat tu. Kedengaran suara lain yang menyampuk juga.
Fikiran Arween menerawang jauh. Farrish dah hantar
aku balik dengan selamatnya. Apa aku nak balas ah? Ehmm…..
Sorotan mata Arween berhenti tepat di sofa merahnya.
Sehelai jaket hitam masih elok terletak di situ. Idea entah dari mana, muncul
sebagai penyelesai masalah.
“Aku dah tahu nak balas camner.” Hehe.. Senyum mula
mekar di wajahnya.
*******
Farrish berjalan di koridor sekolah. Hatinya tidak
senang sekali dengan apa yang didengarnya tempoh hari.
“Rish, kau rasa kan .. Arween tu comel tak? Aku rasa
happy je bila berbual dengan dia. Yalah, aku kan Pengerusi Kelab Catur, dia
pula Pembantu aku. So, time ada perjumpaan je, aku rasa excited nak jumpa dia.
Hahah, ni ke orang tua-tua kata .. terkena panahan asmara?” Luah Rayyan. Hanya
Farrish teman yang paling dekat dan selesa diajak menceritakan isi hati.
Farrish cuba mengusir perbualannya dengan Rayyan
yang lalu. Sedang dia ingin menenangkan diri, datang Diana yang selamba badak
memeluk lengannya. Haiihh,, mentang-mentang lah Diana ini anak kawan mama
Farrish yang tersayang.
“Hish! Minah ni, sekali aku straight to the point
kang, tak pasal –pasal mengadu kat mama yang aku jahat dengan dia.” Gumam
Farrish. Farrish menepis lembut tangannya.
“Hmm, Diana. U nak apa ni? Kalau nak suruh I teman U
pergi shopping? Sorry, I tak ada mood hari ni. So leave me please.” Kata
Farrish dengan tegas.
Diana yang terlebih control cun tu apa lagi. Buat –buat
merajuk lah. Tarik muncung sedepa muncung itiklah. Taktik sempati dan ugutan.
“U ni kenapa dengan I sekarang? Dulu tak macam ni
pun. Ke U ada perempuan lain? Huh!” Marah Diana. Sakit sungguh hatinya melihat
Farrish yang enggan melayaninya seperti dahulu. Mesti ada yang tak beres ni.
Aku mesti siasat puncanya. Fikir Diana.
“Diana, U jangan kusutkan kepala I boleh tak? Kita
bincang hal ni lain kali ok?” Ujar Farrish dengan malasnya.
Diana pula sudah panas hatinya melihat Farrish
sebegitu. Dia terus berlalu dengan perasaan sebal di hati. Kalau betullah
disebabkan perempuan lain Farrish jadi macam tu… Aku tak akan biarkan dia
rampas Farrish. Siap kau! Nasib baiklah mummy sudah merencanakan plan yang
sempurna untuk aku. Manjadi tunang pada usia yang muda kepada Farrish
sememangnya impian Diana dari kecil lagi. Impiannya bertambah cerah saat mama
Farrish bersetuju untuk menjadikannya menantu.
****
Seluruh kelas tingkatan 6 atas dan 6 bawah sudah
kecoh akan persiapan mereka ke dinner akhir tahun memandangkan penghujung tahun
semakin hampir.
Teringat ucapan Pengetua mengenai tema majlis itu.
Red and white. Gabungan warna yang cukup sempurna. Warna merah sememangnya
menjadi kegemaranku. Jadi tidak hairanlah banyak pakaian harian Arween berwarna
merah semuanya.
Persembahan pula terbuka kepada sesiapa sahaja yang
berminat tidak kiralah menyanyi ke, berlakon ke, semuanya dibenarkan. Haa!
Sporting betul Pengetua sekolah Arween kan? Ini lah part yang best sekali kalau
hujung tahun. Maklumlah sekolah ni kan antara sekolah elit yang tersenarai
dalam sekolah yang berkaliber dan high-class gitu.
Arween mula untuk fokus membaca novel kegemarannya
iaitu Twilight di dalam perpustakaan. Ramai pelajar yang jenis ulat buku
sepertinya datang menelaah pelajaran dan menghabiskan masa di sini.
Beberapa minit telah berlalu. Suasana yang tenang
dan dingin membuatkannnya menguap tanpa dia sedari. Matanya kian memberat
memandangkan malam tadi dia sibuk berskype dengan Amanda, temannya sewaktu di
Australia dahulu. Masa berlalu dengan pantas sekali sehingga jarum jam
menunjukkan pukul 1 pagi baru dia terlelap.
Kelihatan beberapa pelajar sudah beransur pulang ke
kelas masing-masing. Aku terus melihat jam di tangan. Sudah waktunya dia
bergegas ke kelas. Arween berjalan menuju ke rak bacaan untuk meletakkan
kembali novel yang dibacanya itu di tempat asalnya.
Saat dia ingin berlalu
pergi, terdengar suara seperti orang berbincang dengan perlahan.
Arween mendengar butir bicara mereka dengan
berhati-hati agar tidak kantoi. Kemudian, ditekup mulutnya kerana tidak percaya
akan apa yang didengarnya itu. Secepatnya, Arween membuka langkah untuk kembali
ke kelas semula.
*******
“Assalamualaikum mama!!” Ucap Arween buat ibu
tercinta.
Ibu Arween menjawab salam sambil membalas pelukan
anaknya.
“So, anak mama ada apa-apa yang nak cerita dekat
mama ke? Biasanya laju jer mulut Arween cerita kat mama kalau hal kat sekolah.
Hari ni tak ada apa-apa pula ke?” Laju sahaja bibir Puan Anisah mengomel.
Arween hanya tersengih apabila ibunya memerlinya
sebegitu rupa. Apa-apa pun, ibu lah yang paling best diajak berbual
memandangkan ayah dan abangnya sibuk di pejabat setiap hari.
“Ibu, sebenarnya kan.. Hmmmm.. Malam esok Arween ada
dinner akhir tahun la bu. Sebenarnya Arween memang tak nak pergi tapi kesian
pula kat Nana, sebab Arween dah terjanji dengan dia.” Pujuk Arween sambil
tangannya ligat memicit bahu ibunya. Heheh.. taktik mencairkan hati Puan Anisah
yang garang tapi dalam hati hati ada ais.
Puan Anisah menggeleng sahaja melihatkan pertolongan terlebih rajin anak daranya ini. Kalau hari-hari biasa? Huh, jangan harap la dapat merasa picitan Arween Arissa ini.
“Okey, ibu kasi Arween pergi tapi biar abang yang
hantar dan ambil sekali. Ibu bagi chance kat Arween ni pun sebab Arween dah
terlanjur berjanji dengan Nana. Kalau tak, tak adanya ibu bagi green light buat
kamu.” Ujar Puan Anisah yang sedang asyik membelek majalah fesyen muslimah
terkini.
Arween melompat gembira di belakang ibunya. Hatinya
senang sekali dapat berkumpul dengan semua rakan-rakan sekelasnya. Tapi masih
ada satu masalah. Hmm.. mama boleh tolong ke tak ek? Kan tak pasal-pasal
ditarik balik permit pergi dinner.
“Ehemm, ibu…” meleret panggilan Arween terhadap
ibunya. Senyumnya pulak ditarik lebar. Mata pula? Haa, dikerdip-kerdipkan bagai
kucing betina yang comel.Huihui terlebih pula aku! Kata Arween dalam hati.
“Hah! Nak apa lagi ni?”
“Eheheh,, masalah baju pula ibu. Tema dia Red and
White. Arween tak tau sangat la pasal memilih baju yang sesuai ni ibu. Ibu
tolong Arween boleh tak? Pleaseeee..”
Puan Anisah berkira-kira dalam hatinya. Dilihat
Arween dari atas ke bawah. Tiba-tiba cahaya idea terbit di benaknya. Nasib baik
baju itu masih tergantung dalam almari pakaiannya. Harap-harap Arween muat
pakai baju tu. Fikir Puan Anisah.
“Jom! Ikut ibu naik bilik ibu jap. Ibu rasa ada satu
pakaian yang sesuai untuk puteri ibu ni.”
Ditarik tangan anaknya memanjat tangga menuju ke
biliknya. Lalu, dibuka seluasnya pintu almari yang menempatkan baju-baju mewah
yang cantik tapi masih menutup aurat tau.
Tangannya ligat mencari pakaian tersebut. Kemudaian
dicapai gaun labuh berlengan panjang rekaan temannya yang kini berada di Paris.
Hatinya berbunga kembang saat
Arween mencuba gaun itu.
Itulah gaun yang dipakai ketika bersama dengan
suaminya meraikan anniversary waktu muda-muda dulu. Sungguh matanya masih
melekat pada gaun merah putih yang tersarung di badan puterinya.
“Wow!! Cantiknya gaun ni ibu. Arween suka sangat.
Terima kasih. Saaaayang ibu. Mmmuahh!!” Sebuah kucupan sayang dihadiahkan buat
Puan Anisah yang berbaik hati memberi gaun yang cukup indah kepadanya. Bukan
Arween tidak tahu bahawa gaun itu ialah gaun yang cukup berarti buat ibunya.
******
Kini sudah tiba malam yang ditunggu- tunggu buat
Arween Arissa. Ditilik wajahnya di cermin besar. Ibunya betul-betul
membuatkannya berasa seperti seorang puteri yang bakal ke majlis tari menari
diraja. Alah.. macam dongeng Cinderella tu. Hehehe.
Dengan solekan nipis yang ibu hiaskan di wajahnya
sudah cukup baik. Senyum bahagia mula menghiasi bibirnya. Terasa di
awang-awangan sebentar saat bermimpikan putera idaman yang melamar dirinya.
Hahah.. mengarut betul Arween ni kan? Telefon Blackberrynya menjerit minta
diangkat. Dilihat pada gerangan si pemanggil menunjukkan Nana.
“Hello Nana, kenapa kau call aku? Aku dah nak
berangkat ni.”
“Oo okey. Aku tunggu kau kat pintu utama tau. Kita
masuk sekali. Btw, siapa yang hantar kau nanti. Heheh.”
“Hahah, tanya jugak kau soalan tu ek? Abang aku yang hantar. Dahlah aku dah nak
gerak ni. Jumpa kat sana. Daaa”. Arween
tersengih mengingatkan soalan cepumas Nana. Bukan dia tidak tahu Nana menyukai
abangnya dalam diam.
Arween bergegas masuk ke kereta abangnya setelah
menyalami kedua-dua orang tuanya itu. Takut terlambat, marah pula si Nana tu
menunggu bagai pohon kayu tak berbuah. Huahua.
Sedar tak sedar, Arween telah tiba di Hotel Palace.
Matanya pula sudah mengenal pasti kedudukan Nana. Jadi, no hal punya nak masuk.
Hilang sebentar rasa gugupnya.
“Arween, nak balik nanti call abang. Kalau Arween
balik dengan orang lain.. abang nak merajuk. Tak nak cakap selama sebulan.
Hmm!” Pesan Asyraf dengan tegas.
“Heheh, yelah-yelah. Abang ni kan, tegas sangat. Nak
Arween cari kan girlfriend? Haa, calon dah ada tau. Tuu, yang pakai gaun putih
selendang merah.” Tunjuk Arween kepada Nana yang berdiri berdekatan dengan
pokok bunga mawar.
Asyraf apa lagi, dicubit tangan adiknya itu. Malu
tapi mahu pula dia diusik kalau berkaitan dengan gadis kecil comel seperti
Nana. Macam mana tak jatuh cinta wei kalau kadang-kadang Asyraf balik kerja je, terpandangkan wajah Nana yang
sibuk menelaah pelajaran di ruang tamu. Sepasang matanya memang tidak pandai
menipu orang kalau bab perasaaan ni. Pasti akan mudah terrbongkar.
Kereta Asyraf meluncur laju setelah memastikan
adiknya memasuki hotel tersebut bersama temannya.
******
Arween dan Nana ,mengambil tempat di sudut dewan. Dia
ingin menanyakan Nana apakah betul apa yang didengarinya itu.
“Arween, apasal kau tarik aku kat sini pula. Macam
ada mission impossible la pula. Dengan gaya perisik kau ni.” Nana berceloteh.
“Aku sebenarnya kan nak tanya kau betul ke yang
Farrish tu dah bertunang? Dengan Diana pula tu. Bukan ke Farrish tu anggap
Diana macam adik sendiri je?”
“Entahlah Ween, aku pun baru dapat gossip tu sebab
terdengar perbualan orang dalam tandas hari tu. Mungkin betul kut. Sebabnya,,
bukan ke mama Farrish dengan mummy Diana tu kawan baik. So, sah-sahlah diorang
nak jodohkan mereka untuk mengeratkan
silaturrahim. Hmmm.” Ujar Nana meluahkan apa yang bermain di fikirannya sejak
terdengar gossip itu.
Hati Arween sakit. Ya Allah apakah rasa yang sedang
bermain di jiwaku ini? Rasa tidak bersemangat pula ingin meraikan majlis ini.
Tapi… takkan sebab mendengarkan gossip panas tu hilang habis semangatnya? Ibu
kan sudah mendandannya dengan selendang putih bermanik-manik merah yang elok
terlilit di kepalanya. Tidak akan ku rosakkan usaha ibu itu. Huh! Fikir Arween.
Majlis berjalan dengan lancar sekali.Ramai pelajar
yang bersedia untuk memberikan persembahan sebagai santapan para tetamu yang
hadir. Mata Arween terpandangkan Farrish yang memakai tuxedo yang cukup macho
di mata Arween. Bila teringatkan si dia sudah menjadi milik orang lain,
dialihkan pandangannya ke tempat lain. Sayu betul hati ini. Huhuhu.
Melihatkan Arween yang duduk termenung, hatinya
dipagut rasa ingin tahu apakah yang bermain di kotak fikiran gadis jelita itu.
“Hai Arween. Jauh termenung. Ingatkan orang tercinta
ke?” Usik Rayyan yang telah mengambil tempat di sebelahnya.
“Hahah, tak ada apa-apalah. Saya seronok tengok
semua persembahan kelas awak.” Segaris
senyuman dihadiahkan buat lelaki yang baik melayaninya. Bukan seperti
Farrish, yang sibuk mengerjakan dirinya di sekolah. Ingat Arween ni barang
mainan ke apa? Sebal pula bila difikirkan apa yang telah Farrish lakukan dulu.
Tetapi, pelik. Entah kenapa sudah seminggu dirinya tidak lagi menerima kata-kata dan senyuman sinis lelaki itu.
Arween meminta diri untuk ke tandas sebentar.
Lama-lama boleh sesak nafasnya asyik berbual, berhenti dengan Rayyan.
******
“Farrish, I tak tahulah apa yang merasuk U bertindak
berjauhan dengan I. U taukan yang I sayang sangat kat U sampai tak boleh nak
berenggang walaupun seminit. Tapi, U asyik layan I kasar je sekarang. Kenapa?”
Luah Diana dengan lagak yang terlebih merayu. Macamlah Farrish tu suami sah
dia.
Farrish yang sudah tidak tahan dengan keadaan itu
meninggalkan Diana di tepi kolam renang. Tangan yang memaut lengannya ditepis
kasar. Rasanya tahap kesabaran Farrish sudah habis melayan kerenah Dian yang
bermacam-macam.
Diana menghentakkan kakinya dan menangis di situ.
Peduli apa dia. Saat itu juga matanya melihat sekeping gambar seorang
perempuan. Sebelum Diana menarik Farrish tadi gambar itu tiada di sini.
Mungkinkah dialah gadis itu? Fikir Diana yang bercelaru.
Idea jahat mula tumbuh di otaknya. Tidak disangka
gadis yang pendiam dan ulat buku itu juga yang dipilih Farrish. Tak
setaraf betul dengan Farrish Minhat.
*******
Arween bingung. Tadi dia diberitahu Rayyan ingin
bertemunya di kolam renang ini. Sudah tiba dia di sini, bayang Rayyan juga
tidak kelihatan.
“Adoyyaiii, manalah Rayyan ni. Tadi kata nak jumpa?
Mana pula dia ni.” Arween masih berkira-kira ingin pulang semula ke dewan
ataupun tetap menunggu di kolam renang ini. Mata Arween masih meliar mencari
kelibat Rayyan.
“Sebab kaulah, Farrish jauhi aku! Sekarang kau
rasalah sebab menjadi virus antara aku dengan Farrish.” Hilai tawa jahat mula
bersuara.
Belum sempat dirinya berpaling ke belakang, dirinya
telah ditolak dengan kasar ke dalam kolam renang. Tangannya terkapai-kapai mencari ruang bernafas. Sudah
banyak ditelan air rasanya. Arween sudah tidak mampu melonjak, kakinya kebas.
Ya Allah, selamatkanlah aku. Arween berdoa di dalam hati.
Arween dapat merasakan dirinya ditarik ke atas.
Tetapi dia tidak berdaya untuk membuka mata.
*****
Mata Arween dibuka dengan perlahan. Seluruh ruangan
terasa putih. Kepalanya pula masih pening.
Dikerling lelaki yang tidur di sofa sana. Titis
hangat mula membasahi wajah mulus Arween. Masih tersimpan kemas ayat yang
dilemparkan kepadanya sebelum dia ditolak.
‘Kenapa Diana menyalahkan aku atas kerenggangannya
dengan Farrish. Aku sudah lama tidak bertekak atau bersemuka dengan Farrish.’
Sudah puas Arween mencari punca dirinya dibenci Diana. Tapi…
“Eh, Arween dah bangun? Baguslah, nanti saya panggilkan ibu awak dulu
ya. Dia risau sangat pasal awak sebab awak kan ada sakit darah rendah.” Baru
sahaja Rayyan ingin keluar, tetapi pertanyaannya membuat Rayyan terpaku.
“Kenapa awak ambil berat pasal saya? Saya tahu mesti
awak yang selamatkan saya daripada lemas semalam kan?” Soal Arween mencari
kepastian.
Tidak lama selepas itu, muncul Farrish dengan sekotak
coklat Cadburry kegemaran Arween. Tanpa segan silu, Farrish menyatakan
perasaannya kepada Arween.
Rayyan pula menangis sedih. Dalam hati je laa,
takkan nak tunjuk depan Arween kan?
Hmm.. ‘Lebih baik aku beredar, lagipun pasti Arween telah mengunci hatinya
untuk Farrish seorang. Tahniah, Farrish. Kau memang layak.’ Fikir Rayyan. Tidak
mahu pula merosakkan mood bahagia kawannya itu.
Arween masih keliru. Farrish meluahkan perasaannya
kepada aku? Dia kan benci dengan aku. Apasal pula? Habis tu macam mana dengan
Diana. Bukankah diorang dah bertunang? Macam –mcam persoalan yang berlegar di
benaknya.
Melihatkan Rayyan sudah berjalan mendekati pintu
keluar. Terus dia bangun dengan segala daya yang tersisa untuk mencegah sebelum
terlambat.
“Kita semua kena bincang. Arween dah buat keputusan.
Dan Farrish dengan Rayyan mesti dengar apa yang Arween nak cakapkan ni.” Ujar
Arween dengan tenang.
“Arween mengaku yang Farrish memang ada dalam hati
Arween. Dan Rayyan pula, Arween langsung tak berbual sangat melainkan hal persatuan
sahaja.” Berhenti sebentar nafas Arween sebelum melanjutkan kata-katanya.
Farrish sudah tahu kalau dia yang akan dipilih
Arween memandangkan Nana pernah memberitahunya bahawa Arween akan bercerita
perihal dirinya hampir setiap malam. Jadi, hatinya tidak perlu takut untuk
mendengarkan keputusan Arween itu.
Rayyan pula sudah tidak tentu arah. Sebolehnya dia
tidak mahu mendengar kata-kata keramat itu dari mulut Arween. Sememangnya, dia
sendiri sudah menduga dengan layanan Arween terhadapnya. Pandangannya terpaku
di lantai saja. Cuba untuk berlagak tenang.
“Arween dah tersuka dengan awak!” Ujar Arween sambil
jari telunjuknya ditujukan kepada si dia.
*******
Aiskirim Sundae McDonald dinikmati dengan berselera
sekali. Memandangkan cuaca hari ini sangat panas, diajaknya teman tapi mesra
itu ke taman memandangkan baru diketahui bahawa rumah mereka hanya berjarak
selang tiga rumah sahaja.
“Awak, kenapa awak pilih saya? Saya masih tak faham.
Setiap kali saya tanya awak, mesti awak mengelak. So, hari ni saya akan pastikan
bahawa saya akan dapat juga jawapan tu.”
Arween tidak dapat menahan tawanya. Dikerling wajah
cemberut pemuda di sebelahnya ini.
“Penting sangat kah untuk kekanda ketahui kenapa
kekanda yang menjadi pilihan beta?” Soal Arween ala-ala puteri diraja. Hahah,
berangan kuat betul Arween ni.
Melihatkan tiada jawapan yang disambut oleh si dia,
membuatkan sekali lagi Arween membuka bicara.
“Okaylah-okaylah. Merajuk pula dia. Saya pilih awak
sebab awak ni last-last minit tunjuk perasaan malu tapi mahu awak tu kat saya.
Saya sebenarnya tak layan awak sebab lidah saya kelu untuk berbual dengan awak.
Dan yang paling penting, saya akan cakap merapu tau. Heheh. Dah, semuanya saya
dah cakap kan? Tamat. Tu je untuk awak tahu Rayyan Rifqi.” Ditarik nafas lega
setelah menceritakan perihal itu.
“Saya harap sangat awaklah jodoh saya kelak. Saya
faham kita tengah belajar sebab tu saya nak kita belajar sambil mencintai
dengan cara berkawan tapi mendoakan kebahagiaan pasangan. Okay tak cadangan
saya?” Soal Rayyan bersemangat.
Arween hanya mengangguk gembira mempunyai teman tapi
mesra yang memahami situasi seperti ini. Inilah calon yang sesuai dibuat suami.Hehehe
“ InsyaAllah, saya akan sentiasa menyayangi awak dan
tidak akan lalai menjalankan tugas saya sebagai seorang yang masih bergelar
pelajar. Jika sudah tertulis… awaklah jodoh saya, Rayyan Rifqi. Aminn.” Doa Arween dengan penuh kesungguhan.
wahhh... 8.5/10 .. I like it Isya... good job! please do write more.. with your writing.. I can feel u nearer.. blog yg cantik jugak.. :)
ReplyDelete