BE MINE!! ^_^
“Morning papa!!”, sergah Nelli dari
belakang.
Tidak semena-mena tersedak Dato’
Haridz yang sedang makan akibat kenakalan puteri kesayangannya itu.
“Nelli tak baik buat kat papa macam
tu”.tegur Datin Suraya.
“Heheh, sorry papa, mama.Nelli janji
tak buat lagi, promise!”.
Sesungguhnya Dato’ Haridz dan Datin
Suraya sudah faham benar akan perangai anak bongsunya itu.
“Nelli, kamu berangkat dengan papa ke
sekolah ok.”
“Hmm?, papa tak ada meeting ke?”.
“Aneh, tiba-tiba je papa ni nak hantar aku
pergi sekolah,bukankah selalunya terkejar-
kejar masa.Maklumlah ahli korporat
yang berjaya kan”.Fikir Nelli.
“Ah, kebetulan papa tak busy hari ni,so
tak salahkan kalau papa nak hantar buah hati papa ni ke sekolah hari ni?”.
“Oooo, Nelli lagi suka kalau papa yang
hantar.Tiap- tiap hari pun tak apa.Heheh”.
Nelli cuba bergurau senda dengan
papanya, maklumlah hari ini baru dia berpeluang untuk berbicara dengan papanya.
“Haa, sudah sudah lah tu, ni kalau
asyik bercakap je dari tadi alamatnya lewat lah kamu ke sekolah Nelli”. Spontan
Nelli memandang jam tangan Swatchnya.
“Alamak!! Nelli dah lambat ni”.
Segera Nelli menyalami tangan ibunya
sebelum berangkat ke sekolah.
“Haihh, Nelli Nelli kamu ni kan selalu
je kelam kabut tau”.
“Heheh,relakslah ma, nanti kalau Nelli dah
kahwin, insyaallah perangai kelam kabut ni dah tak ada dah”. Sempat lagi Nelli
berloyar buruk dengan mamanya.
“Thanks pa sebab hantar Nelli hari
ni”.Ucap Nelli setelah tiba di perkarangan sekolah.
“So k dear,ok lah cepat masuk kelas
nanti kena denda pulak anak manja papa ni”.
“ Hishh papa ni, Nelli tak manja pun
ok”. Eh aku ni tak manja ke? . Haha, ok mungkin sikit.Bisik hatinya.
Setibanya di kelas 5 Sains 2, aku mengambil
tempat di sebelah Lisya, kawan baikku.Seperti biasa kalau guru belum datang,
mulalah pelajar-pelajar 5 Sains 2 membuka gerai pasar malam.Ewah-ewah,diorang
kalau buat bising, kalah dengan pak cik mak cik yang berteriak beri diskaun
tau.
“ Fuhh bosannya,” keluh Nelli.
“Eh, Sya aku nak pinjam nota Sejarah kau boleh
tak?, sebab aku tak sempat nak catat la hari tu”.
“Oh, nota tu nanti rehat aku bagi kat kau ok”.
Nelli mengangguk setuju.
Cikgu Safiah kemudian masuk dengan
seorang pelajar lelaki. ‘Hmm, murid baru kut.Gila!! Hensemnya mamat ni.Alahai
dah la muka cute macam drummer CN Blue tu.Sah! Aku tak boleh nak tidur malam ni’.Nelli
berkata-kata dalam hati memuji pelajar tersebut.
Pelajar perempuan pula sudah mula
berbisik-bisik ingin mengetahui tentang jejaka tampan di hadapan mereka.
“Baiklah class, kenalkan ni pelajar
baru kita.Sila perkenalkan diri kamu dahulu”.Ujar cikgu Safiah kepada murid
itu.
“Saya Zariel Hakimi dan saya harap kalian
dapat menerima saya di sini.” Selesai memperkenalkan diri, Zariel melangkah ke
tempat yang telah tersedia.
Kringg!!! Sekarang masa untuk pulang
ke rumah.
“ Hisyy patut tak aku tegur Zariel.Nak
ke tak nak eh?.Tapi nanti kalau aku tegur then dia dingin dengan aku macam
mana”.Nelli berkira-kira dalam hati sama ada ingin menegur ataupun tidak.
“Ah, lain kali je lah”. Nelli
menangguhkan dulu hasratnya untuk berkenalan dengan Zariel a.k.a Minhyuk si
jejaka Korea.
Selepas makan malam, Nelli terus naik
ke biliknya untuk membuat kerja sekolah.
“Yess!! Dah siap pun kerja ni”.
Nelli bersorak keriangan kerana dapat
menjawab semua soalan dengan yakin sekali.
“Hmm, dah lama aku tak petik gitar
ni.Entah-entah dah tak ingat kat mana nak letak jari.”Nelli bermonolog sendiri.
Terus diambil gitar kesayangannya itu
untuk dimainkan.Nelli memetik lagu kenangan hidupku nyanyian Geisha yang sangat
sesuai dengan mood jiwangnya malam ini.Walaupun Nelli berjiwa Kpop tetapi
ketika mood jiwangnya datang, lagu jiwang-
jiwang sebegini lah yang menjadi
peneman hati.
‘Jika ku hadir untuk disakiti, biarlah
ku pergi, jauh dan sendiri.’
Nelli menyanyikan bait-bait lagu
tersebut dengan penuh perasaan.Fikirannya melayang terhadap Zariel
Hakimi.Lelaki yang berjaya menggetarkan perasaannya saat mata mereka bertembung
di dalam kelas tadi.Seperti terkena renjatan elektrik apabila Nelli melihat
mata redupnya.Apakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?.Nelli akhirnya
terlelap dengan perasaan yang dia sendiri kurang pasti.
Nelli berjalan menuju ke kelas sambil
membaca buku Kimianya.Di tangannya juga terdapat kertas kerja yang harus
diserahkan kepada guru memandangkan tarikh akhir menghantarnya adalah hari
ini.Tiba-tiba..Bukk!!!.
Kerana terlalu asyik membaca, tanpa
sengaja Nelli telah terlanggar seseorang.Habis berterabur kertas
kerjanya.Dengan segera dia mendongak untuk melihat siapa yang dilanggarnya.
“Hoii!!, kau ni mata letak kat mana
ah!?” jerkah Zariel.
Habis basah bajunya yang terkena air
minuman yang dibeli di kantin sebentar tadi.Tersentak Nelli apabila ditengking
sebegitu.Dia cuba untuk meminta maaf tetapi mulutnya bagaikan terkunci apabila
Zariel terus- menerus memarahinya.
Terasa titisan hangat mula mengalir
dari tubir matanya.Nelli hanya tunduk menahan sindiran yang dilemparkan
kepadanya.Zariel mula dihimpit rasa bersalah melihatkan manik jernih yang cuba
disembunyikan oleh gadis di hadapannya ini.
Sungguh Nelli tidak kuat lagi untuk
mendengar, lalu dia berlari ke arah bilik air yang berdekatan.
Di situ dia
menangis semahu-mahunya.Baru pertama kali ini dia dimarahi di depan warga
Maher.Bagaimanakah dia dapat menghadapi mereka semua selepas ini.
Zariel berasa gelisah.Serba tak kena
jadinya.Sungguh dia tidak berniat untuk memalukan gadis yang bernama Nelli itu.Kebetulan
pada masa itu dia sedang kesal terhadap Kirana, merangkap sepupunya.
Mana taknya, Kirana memaksa Zariel
untuk menemaninya ke birthday party yang dibuat oleh temannya. Zariel kurang
selesa untuk ke parti seperti itu.Lebih-lebih lagi, dia tidak mahu membazir
masa dengan sewenang-wenangnya.
Itu lah yang membuatkan Zariel
menghamburkan kemarahannya kepada orang lain.Dan orang itu ialah gadis yang
disukainya dalam diam.
“Sya kau pergi mana? Tiba- tiba je
menghilang”.Tanya Amir selaku ketua kelas.
“Oh, aku pergi teman Nelli ambil surat
kebenaran pulang”.
“Laa kenapa pulak? Dia sakit ke? Aku
rasa dia elok je tadi”.
“Entahlah Amir, aku pun tak tahu
kenapa”.
Zariel terkedu mendengar perbualan
mereka.Pasti Nelli sangat malu sekarang hingga membuatkan dia mahu pulang.
“Ah!! Ini semua salah aku”. Zariel tiba-tiba menghentak
mejanya. “Kenapalah aku bangang sangat marahkan dia sampai macam tu sekali. Betapa
bodohnya aku. Arghh!!”. Zariel terus menerus menyalahkan dirinya.
Dua hari kemudian,5 Sains 2
dikhabarkan dengan berita mengejut tentang perpindahan Nellisa Insyirah Dato’
Haridz.Semua tertanya-tanya akan hal tersebut.Apabila ditanya kepada Elisya,
sahabat baik Nelli, jawapannya juga menghampakan iaitu dia sama sekali tidak
mengetahui apa-apa tentang hal ini.
Hal ini jelas menguatkan lagi rasa
bersalah Zariel Hakimi Dato’ Irfan terhadap gadis tersebut.
5 tahun sudah berlalu.Namun rasa
bersalah terhadap gadis yang telah meragut separuh jiwanya tidak pernah luntur.
Dia sudah bertekad untuk tidak mencintai gadis lain selain pengarang
jantungnya, Nellisa Insyirah.
Kini, Syarikat Mega Holding kepunyaan
Dato’ Irfan akan diserahkan kepada Zariel yang baru menamatkan pengajiannya di
London. Zariel lah satu-satunya harapan Dato’ Irfan untuk meneruskan perniagaan keluarga mereka.Syarikat
tersebut sangat terkenal sebagai empayar bisnes yang banyak menerima tender
serta hasil kerja yang berkualiti.
Zariel Hakimi tiba di pejabat ayahnya,
lalu melangkah keluar dari perut kereta Porsche Carrera Gt kesayangannya dengan
penuh gaya menuju ke dalam Syarikat Mega Holding. Wajah Zariel mampu mencairkan
semua gadis yang melihatnya.Semua pekerja perempuan terpana apabila melihat
Zariel yang sedang menuju ke bilik Dato’. Sunyi sepi sebentar syarikat tersebut
dengan kehadiran Zariel Hakimi iaitu bakal peneraju Syarikat Mega Holding yang
seterusnya.
Tokk!! Tokk!!. Pintu diketuk dari
luar.
“Masuk”,ujar Dato’ Irfan.
Zariel mengambil tempat di hadapan
ayahnya.Dato’ Irfan memulakan bicara.
“Riel, papa rasa dah sampai masanya
papa serahkan syarikat kita ni pada kamu.Lagipun papa nak temankan mama kamu tu pulak”.
Ucapan Dato’ Irfan mengundang tawa di
hati Zariel.
“Yang kamu ketawa ni, kenapa?. Papa
tengah serius ni”.
Dengan tawa yang masih bersisa, Zariel
membalas.
“Papa, kalau ya pun nak bermanja
dengan mama tak perlulah nak cover ayat
‘temankan mama’ tu. Haa! Cakap je dengan Riel yang papa tu sebenarnya nak
bermanja-manja dengan mama. Kan senang”.
Dato’ Irfan hanya tersengih mendengar kata-kata Zariel.
“Pandai juga anak aku ni meneka rupanya ya”.ujar
Dato’ Irfan dalam hati.
‘Memang aku rindu ingin menghabiskan
masa dengan Qhalisya, sudah terlalu lama aku hidup dengan kerja hingga terlupa
akan dirinya’.Bisik hati kecil Dato’ Irfan.
Zariel yang melihat air muka ayahnya terus
menukar topik perbualan.
“ Oh ya pa, siapa yang akan bantu
Zariel untuk memahami selok-belok syarikat kita ni?”.
“Yang tu Riel jangan bimbang.Papa dah
arahkan P.A. papa untuk bantu Riel dalam hal syarikat ni”. Zariel mengangguk
faham akan kata-kata ayahnya.
“Lisa, masuk bilik saya sekarang”.
Dato’ Irfan memanggil P.A. nya melalui
interkom. Nellisa tiba dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir manisnya.
“Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu
Dato’?”.
“Lisa, kenalkan ini anak saya Zariel
Hakimi”. Ujar Dato’.
Lisa kaku melihat orang yang
dimaksudkan Dato’.
‘Tidak ku sangka akan bertemu kau lagi
Zariel Hakimi’.bisik hati Nelli.
Zariel bagaikan tidak percaya melihat
gadis yang berdiri di hadapannya kini.Doanya telah termakbul agar dapat bertemu
semula dengan gadis yang telah lama dicarinya.
“Saya Nellisa Insyirah dan sayalah
yang akan membimbing Encik Zariel mengenai
apa- apa yang encik ingin tahu tentang syarikat ni”.
Nelli cuba berlagak santai walhal
perasaannya sedang bergolak sekarang saat bertentang mata dengan Zariel. Sama seperti di zaman sekolah dahulu.
“Baiklah, papa keluar dulu Riel. Oh ya
Lisa, tolong tunjuk ajar anak saya ni ya. Hanya awak harapan saya”. Ujar Dato’
Irfan penuh mengharap.
“ Insyaallah Dato,’ saya akan membantu
Encik Zariel setakat yang mampu”. Balas Nelli.
“Thanks. By the way Riel, kamu jangan
pulak nak usik Lisa ni ya. Lisa ni pekerja kesayangan papa tau”. Kata Dato’
Irfan memberi peringatan.
“Yang tu Riel tak janji pa”.Ujar
Zariel sambil tersenyum melirik kepada Nellisa.
Melihat senyuman menggoda Zariel
membuat Nellisa menjadi tak keruan. Dapat dilihat dari ekor matanya yang Zariel
sedang mentertawakannya.
“Ada-ada aja lah kamu ni Riel. Tak
apalah, papa keluar dulu”.Dato’ Irfan keluar meninggalkan mereka berdua.
Sekarang tinggal Zariel dan Nellisa di
dalam ruangan Dato’ Irfan.Kedua-dua membisu tanpa sebarang kata. Nellisa hanya
tunduk memandang lantai manakala Zariel
sedang menatap wajahnya yang terselindung itu.
“Aii Cik Nellisa, hensem sangat ke
lantai yang awak asyik duk pandang tu?. Daripada awak termenung tengok lantai
tu baik awak tatap muka saya ni haa”.
Niatnya hanya ingin mengusik Nellisa
yang jelas kekok dengan situasi mereka. Jelas kelihatan pipi Nelli merona
merah. Spontan dia mendongak melihat wajah bosnya itu.
“Hishh mamat ni!! Tadi suruh aku hadap
muka dia, sekarang main kenyit-kenyit mata pulak”. Bentak Nelli dalam hati.
“Ehem!! Encik Zariel ni sakit mata
ya?. Saya rasa baik encik letak Eyemo dekat mata tu.Biar penyakit mata encik
tak merebak kat orang lain”. Dengan selamba Nelli melepaskan kata-katanya. ‘Wahh
, nampaknya dia nak main loyar buruk dengan aku.Takpe..Kita tengok siapa yang
menang Nellisa Insyirah’. Bisik hati Zariel.
“Eh, tak adalah. Saya ni sihat tau.Tak
ada penyakit berbahaya pun lagi.Lagipun, kalau awak lah orang yang pertama
berjangkit dengan penyakit mata saya ni.. lagi saya suka. Boleh kenyit-kenyit
mata bersama. Tak gitu?” Ujar Zariel sambil menghadiahkan senyuman yang cukup
manis jika nak dibandingkan dengan gula melaka untuk pengubat hatinya.
Terbeliak mata Nelli mendengar
kata-kata bosnya. ‘Hisyy!! Bos aku ni betul ke tak betul ni? Ada hati nak suruh
aku main kenyit-kenyit mata dengan dia.Uwekkk!! Tak hingin laa Bos’. Namun
ucapan itu hanya terluah di dalam hati.
“Tak apa la Bos. Saya keluar dulu. Lagipun
kalau saya duk melayan Encik Zariel yang entah apa-apa cakapnya, baik saya
pergi buat kerja saya yang melambak lagi kat luar tu. Segera Nelli bangun dan
menuju ke pintu.
“Nellisa Insyirah, kau telah membawa separuh
jiwaku dahulu dan kini engkau kembali lagi.Tidak akan ku lepaskan kau lagi
wahai pujaan hatiku”.Zariel bermonolog sendiri.
“ Nelli, kamu ni bila nak kahwin?. Mama
dengan papa bukannya makin muda. Nak tunggu kamu cari calon suami? Alamatnya
kempunan la mama nak dapat cucu”. Ujar Datin Suraya.
“Uhukk!!!!”. Habis tersembur makanan
yang baru hendak ditelan oleh Nelli. Datin Suraya segera memberikan air kepada
anaknya itu.
“Hisyy, kamu ni.. mama baru cakap
pasal menantu dengan cucu dah tersedak”.
“Kalau ya pun mama nak cakap pasal
suami tu Nelli boleh tahan lagi, ni mama cakap pasal cucu, maunya Nelli ni tak
tersembur makanan ni”.Balas Nelli dengan nada yang sedikit memerli.
“Hmm, mama dah buat keputusan. Kamu
dah mama jodohkan dengan anak kawan mama. Orangnya baik, sopan pulak tu. Kali
ni.. kamu jangan nak kecewakan mama ya Nellisa”.Terus mati selera Nelli untuk
menjamu juadah yang ada. Laju saja kakinya dihayunkan ke kamar. Nelli terlelap
dengan linangan air matanya.
*******
“ Bang, hari tu saya terjumpa dengan
kawan lama saya, Suraya. Lepas tu , kitorang cakap la pasal menantu ni. Rupa-rupanya
anak dia yang perempuan tu still available la Bang.Budaknya saya tengok.. ok. Cantik,
ayu dan sejuk mata memandang. Saya dah risik anak dia untuk Zariel”. Terang
Datin Suraya.
“Awak tak bincangkan hal ni dengan
Zariel dulu ke?” Tanya Dato Irfan.
“Hmm.. kalau nak tunggu Zariel yang cari?
Jawabnya lambat lah saya dapat timang
cucu ni Bang”. Faham benar Dato’ Irfan dengan isterinya yang tidak sabar untuk
menimang cucu. Mana taknya, kawan-kawan mereka semua sudah bercucu-cicit. Kadang-kadang
terdetik di hati ni hendak mendukung cucu sendiri.
“Zariel, mama nak cakap sikit dengan
kamu”.
“Apa dia ma?” Tanya Zariel dengan penuh
musykil melihat wajah serius mamanya itu.
“Mama dah tetapkan perkahwinan Zariel
dengan anak kawan mama. Diorang pun dah setuju”. Ujar Datin Qhalisya dengan
tenang.
Bagaikan dihiris belati tajam di hati
Zariel. Dia berasa sangat terkejut dengan berita yang disampaikan oleh mamanya.
“What!!.Eh mama ni mesti main-main je
kan?”
Namun, Datin Qhalisya hanya menggeleng
tanpa sebarang kata.
“Ma, Riel tak kenal pun dengan siapa
bakal isteri Riel.Macam mana mama boleh senang-senang pergi merisik anak
diorang”. Zariel mendengus perlahan.
“Mama tak kira Riel. Mama harap kamu
tolong jangan hampakan mama. Tolonglah dengar kata mama ni. Mama hanya ada kamu
seorang je Riel”.
Halus sahaja luahan Datin Qhalisya
pada pendengaran Zariel.Tak mungkin dia mampu menolak keinginan mamanya yang
begitu mengharap.
“Ahh!!! Kusutnya fikiran ni. Bukankah hati aku
sudah dimiliki oleh gadis yang bernama Nellisa Insyirah sahaja”.Jerit Zariel di
dalam hati.
******
“Aku terima nikahnya Nellisa Insyirah
Binti Irfan dengan mas kahwinnya tiga puluh tujuh, tiga puluh lima sen tunai”.
Dengan sekali lafaz sahaja Nellisa
Insyirah telah bergelar seorang isteri yang sah kepada suami yang belum
dikenalinya.Air matanya jatuh berguguran saat kalimah tersebut diucapkan.
Kata-kata itu lah yang ditunggu- tunggu oleh setiap wanita di dunia ini apabila
ikatan suci sudah terjalin.
“Eh, bukan tadi aku sebut Nellisa
Insyirah ke? Tak mungkin Nellisa aku”. Bisik hati kecil Zariel.
Sekarang tiba upacara pembatalan air
sembahyang. Zariel mendekati perempuan
yang halal baginya itu untuk menyarungkan cincin pernikahan mereka.Zariel dapat
merasakan kegelisahan isterinya itu kerana saat Zariel memegang tangannya, ia
sangat dingin seperti ais.Nellisa mendongak untuk melihat suaminya.
“Awak?”
Hanya itu yang terluah saat mata mereka
bertembung.Jelas kedua-duanya terkejut dan tidak menyangka akan hal ini.
“Zariel.. Nelli. Sekarang kamu berdua
dah sah jadi suami isteri.Papa harap kamu dapat memelihara ikatan yang suci ini
hingga ke akhir hayat kamu berdua”.Tenang Dato’ Haridz berbicara.
“Dan harapan mama, cepat-cepatlah kamu berdua
dapatkan kami ni cucu ya. Kan Bang?” Kata-kata Datin Suraya telah mengundang
tawa semua orang.
“Zariel kalau malam ni pun on je
ma.Tapi tak tahulah kalau orang tu”.
Nellisa yang jelas malu dengan bicara
suaminya segera menghadiahkan satu cubitan di pinggang Zariel.
“Aduhh!! Tangan ketam betullah isteri
abang ni ya”.
Zariel menyeringai saat dicubit Nelli. Semua
sudah tertawa melihat pasangan bahagia ini. Semua mata tertumpu kepada Nellisa.
Dadanya berdegup kencang manakala pipinya pula sudah merona merah.
“Sudah- sudah lah tu. Kesian mama
tengok Nelli tu. Malu lah dia kalau Riel asyik usik dia macam tu”. Bela Datin
Qhalisya.
Selesai makan malam, Zariel mengajak
isterinya ke gazebo berdekatan dengan kolam ikan.
“Nelli, abang tak tahu macam mana nak
mula.Tapi first sekali, abang nak minta maaf sebab marah-marah kat Nelli masa
kat sekolah dulu tu. Abang betul-betul tak sengaja. Dan yang sebenarnya abang
dah jatuh cinta dengan Nelli sejak zaman sekolah lagi. Tapi abang menidakkan perasaan itu
kerana takut terganggu dengan pelajaran abang”.Panjang lebar Zariel menerangkan
penjelasannya.
Nellisa yang mendengar begitu terharu
akan pengakuan suaminya. Sedang Zariel menyambung bicaranya, Nellisa meletakkan
jari di bibir suaminya.
“Abang, Nelli percaya pada abang. Nelli
dah boleh nampak dengan kesungguhan abang memberi penjelasan yang berjela-jela
tu”.
Tersenyum Zariel dengan tindakan
isteri yang disayanginya itu.
“Dan Nelli nak abang tahu yang.. Nelli
pun sayang abang. Saranghaeyo my love.
tamat...
best (y) ... ^^
ReplyDelete