ayt bergerak

#Future Novelist & Doctor :D

Hanya Di Awan Biru



      Hari ni ialah hari terakhir pelajar-pelajar Tingkatan 5 menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Kelihatan mereka berpusu-pusu keluar dari dewan peperiksaan. Terasa bebas segala bebanan yang ditanggung untuk menghadapi semua ujian itu. Sekarang, hanya perlu memanjatkan doa agar mendapat keputusan yang baik. Seseungguhnya hasil setelah berusaha itu pasti baik. Aku berjalan menuju ke tempat letak motor di belakang sekolah. Keadaan yang panas membahang itu memaksa Adelia untuksegera pulang ke rumah.


Rayyan mencari-cari kelibat dua sahabat baiknya, Sofya dan Adelia. Sudah puas dicarinya mereka berdua tapi tak jumpa-jumpa. ‘Laju betul diorang ni lesap’. Fikir Rayyan.

“Ian!!” Panggil Sofya.

Rayyan yang mendengar suara itu terus berpusing ke belakang. ‘Syukurlah Sofya belum pulang lagi. Sekarang ni perlu cari Adelia pulak’.

“Uhmm..Fya, ada nampak Lia tak? Dari tadi lagi Ian cari dia.”Tanya Rayyan.

“Eh.. tak ada plak. Fya ingatkan dia ada dengan Ian tadi. Mungkin dah balik dulu kut.” Jawab Sofya dengan lembut.

Rayyan kecewa. Baru sahaja ingin disampaikan perkara penting buat dua sahabat ini. Kalau sorang tak ada,, sorang ada.. tak sempurna lah nanti rancangan yang telah siap diaturkannya semalam. Rayyan mengeluh panjang.

Sofya sudah berkerut-kerut dahinya melihat riak kecewa di wajah Rayyan. ‘Nampaknya ada perkara penting sangat sampai Rayyan kena jumpa Adelia’. Fikir Sofya. Sofya cuba mencari kelibat Adelia di sekitar sekolah. Lalu dilihatnya sebuah skuter merah jambu sedang menghala ke mari.

“Ian! Tu dia Adelia kita.”

Rayyan kembali ceria mendengarkan kata Sofya. Nampaknya rancangan yang tadinya telah berkubur begitu sahaja dapat digali kembali untuk diteruskan. 

Adelia memberhentikan skuternya berdekatan dengan pagar sekolah. Lalu berjalan menemui Sofya dan Efi. Hanya Adelia yang memanggil Afeef Rayyan dengan panggilan tersebut.

“Hai korang!!” Sapa Adelia kepada rakan-rakannya.

“Hye. Memandangkan hari ni kita dah habis exam, jom pergi makan? Haa.. Aku belanja korang hari ni.” Ujar Rayyan sambil tersenyum lebar.

Adelia dan Sofya berpandangan. Lalu terus mengangguk setuju dengan cadangan Rayyan. ‘Orang kata rezeki ni jangan ditolak, Musuh jangan dicari.’ Betul tak?  Hehehe. Adelia terlalu teruja sampai ingin keluar bersama sampai ‘Cik Pinky’ dilupanya. Haihh.. macam mana ni? Nak keluar dengan dorang tapi skuter ni nak campak mana?

“Semua dah setuju kan? Jom. Korang pergi dengan aku.” Ujar Rayyan lalu membuka langkah untuk ke kereta yang telah disediakan dengan pemandu ayahnya. Sofya pula mengikut langkah Rayyan.

“Eh tunggu dulu!!” Jerit Adelia.

Sofya dan Rayyan berhenti serentak lalu menghadap Adelia. ‘Janganlah cakap kau tak boleh ikut Adelia. Aku ada surprise untuk kau ni.’ Rayyan berdoa dalam hati.

“Haa.. apa halnya?” Tanya Rayyan.

“Korang ni.. Skuter aku nak letak kat mana. Nak bawa masuk dalam pagar sekolah mana boleh.” Ujar Adelia dengan suara yang sedih.
Sofya memaut bahu Adelia. Dia tahu Adelia mahu mengikut mereka. Dan kalau nak ditinggalkan skuter merah jambu itu memang tak mungkin kerana skuter itu hadiah pemberian ayah Adelia. Rayyan berfikir segera.

“Macam nilah. Aku akan suruh driver  untuk hantar skuter kat rumah kau. Lagipun, nanti aku akan suruh orang tu cakap kat ayah Ad yang kita pergi makan. Ok?”

Sofya dan Adelia senyum gembira. Lalu mereka membuntuti langkah Rayyan.
*****
Akhirnya mereka tiba di tempat yang dimaksudkan Rayyan. Rayyan pula memulakan langkah pertama dengan membuka pintu restoran buat sahabat-sahabat  perempuannya yang sangat istimewa. ‘ Heheh .. berlakon macam kat filem-filem sikit. Baru ada feel nak bagi surprise kat diorang’. Bisik hati Rayyan.

Sofya dan Adelia kehairanan. Kalau setakat nak belanja makan tak perlu la sampai layan istimewa macam nak layan kekasih kut. Haihh.. aneh0aneh aje laa Rayyan ni.

Seketika kemudian, seorang pelayan datang membawa sebuah kek yang kelihatan sungguh enak di meja mereka. Manakala, tetamu yang lain juga turut menyanyikan lagu ‘ Happy Birthday’ buat mereka. Sofya dan Adelia tercengang. Mereka tidak dapat memproses dengan betul apakah tindakan yang sedang dilakukan Rayyan. Jammed sekejap otak mereka berdua.

“Eh korang! Apasal ni? Takkan dah lupa kut birthday sendiri. Hahah”.
Sofya dan Adelia menepuk dahi mereka serentak.

“Alamak!! Ha’ah lah.. Adoiyyaii .. Hehe Ni semua exam puya pasal la. Kau plak tiba-tiba je bagi kejutan”. Ujar Adelia.

“Betul tu. Tapi.. apa-apa pun .. thanks eh sebab kau sanggup sambut birthday kitorang”. Sebak mula menguasai diri Sofya. Mudah betul dia terharu dengan hal-hal yang sensitif.

Rayyan senyum melebar sampai ke telinga. Dia berasa sangat bahagia kerana dapat menceriakan teman-temannya itu.

“Ye laa.. Sama-sama. Btw, aku ada hadiah nak bagi kat korang. Jap ek”.
Rayyan menghulurkan sekotak coklat kepada Adelia. Manakala, untuk Sofya sejambak mawar merah.

Sesungguhnya, Rayyan sudah kenal sangat dengan mereka berdua. Apa yang mereka suka, apa yang mereka tak suka.

Setelah selesai menjamu hidangan yang disediakan, Rayyan segera  menghantar mereka berdua pulang ke rumah. Anak-anak gadis ini harus segera dihantar supaya tidak terlalu kurang sopan kerana terlalu lama keluar.
*****
Sementara menunggu keputusan SPM keluar.. Adelia, Sofya dan Rayyan masing-masing melakukan aktiviti berfaedah seperti membantu keluarga, dan juga berniaga.

Akhir-akhir ini, Adelia menerima banyak tempahan kek cawan. Memang tak cukup tangan dibuatnya. Terkejar sana, tekejar sini. Kadang-kadang bahan yang diperlukan pun terlupa dibeli. Tapi.. semangat Adelia yang cinta akan kek cawan itulah yang membuatkan dia masih bertahan sampai sekarang. 

Walaupun keluarganya itu cukup kaya, namun hobinya yang satu itu tetap diusahakan kerana ingin belajar cara mengumpul duit sendiri.

“Dhira sayang, mama nak tanya ni. Uhmm .. kalau kamu dapat sambung belajar ke luar negara, kamu nak?” Tanya Puan Zahra.

Adelia senyap seketika. Dia harus mengerah otaknya untuk berfikir segera mungkin. Kalau ikutkan, sistem pembelajaran luar Negara memang lebih berkualiti, tapi tak sanggup lah nak pisah dengan mama ku sayang ni. Adoyaii, macam mana ni?

“Mama.. Dhira kalau boleh nak study kat sini je. Dekat sikit dengan keluarga. Tapi, Dhira tau.. mama dengan papa mesti nak Dhira belajar jauh-jauh kan?” 

Adelia  tunduk memandang kek cawannya dengan rasa sebak yang mencengkam kuat di dada.

Al maklum lah .. Adelia Nadhira anak kepada Puan Zahra dan Encik Adam ni memang agak manja sikit. Heheh,, sikit ke? Time nak pergi kem masuk hutan pun mama yang pujuk habis-habisan biar tetap pergi. Mama kata, Adelia ni mesti bergaul dengan kalau nak berjaya. Taklah macam kera sumbang kan.

“Mama dengan papa bukan apa Dhira. Kami cuma nakkan kamu mendapat pendidikan yang sangat bagus. Tapi kalau kamu sendiri pun tak rela nak pergi, mama dah tak boleh nak paksa kamu macam zaman kamu budak-budak tu lagi.”

Dua beranak ini ketawa berdekah-dekah. Teringat pelbagai kisah Adelia yang sangat melucukan kalau tak nak sesuatu melakukan sesuatu perkara itu. Kadang-kadang sampai bengkak mata sebab nangis lama sangat. Huhu.

Tiba-tiba.. kedengaran hon kereta menjerit di luar rumah mereka. Adelia segera mengangkat kaki untuk melihat gerangan yang datang berkunjung.

“Eh.. korang rupanya. Kenapa tiba-tiba datang rumah aku tak cakap awal-awal? Jemputlah masuk rumah dulu.” Kata Adelia mengundang rakan-rakannya.

“Tak apa lah Ad, kitorang singgah sekejap aje ni. Ada hal lain pulak nak settlekan lepas ni.” Balas Rayyan.

“Ha’ah.. Sebenarnya kitorang dah dapat surat tawaran sambung belajar kat overseas tadi. Tu yang nak tau kalau-kalau Ad pun dapat jugak.”

Adelia tak segera memberi tindak balas. Kalau Efi dan Sofya dah dapat surat tawaran mereka maknanya aku tak tergolong la dalam calon yang akan ke luar negara. YahoooO!!! Hahah.. akhirnya .

“Uhmm.. aku tak ada dapat apa-apa surat tawaran overseas tu lagi. Mungkin tak ada rezeki aku kut. Btw, tahniah eh!! Aku doakan korang akan balik ke tanah air dengan selamat dan berjaya.” Ucap Adelia sambil tersenyum gembira buat dua orang sahabatnya.

Sofya dan Rayyan mengucapkan terima kasih atas ucapan Adelia itu. Kemudian mereka mula meminta diri kerana urusan lain yang sedang menunggunya.

Dear diary,
Hmm.. Esok Efi dah nak berangkat daa. Tiba-tiba plak aku rasa macam tak nak kasi dia pergi. Aku rasa macam aku akan kehilangan dia untuk jangka masa yang lama. Uhh~ Adakah hatinya akan bertemu dengan hati yang lain nun di sana. Tak terbayang kalau dia pulang nanti dengan kekasih hati dan aku pula yang menunggunya bagaikan pungguk rindukan bulan.
Ya Allah.. Sesungguhnya kau cekalkanlah hatiku.. Andai dia bukan imamku, bantu aku untuk ikhlas menerimanya.. Lindungilah perjalanan dia di sana..

Adelia menutup diari kecilnya lalu disimpan di bawah bantal. Hanya doa yang mampu dititipkan agar lelaki itu selamat pergi dan pulang ke tanah air. Hati remaja memang mudah bergelora. Sekiranya diturutkan nafsu.. boleh haru jadinya.

Berkat kesabaran dan keredhaan pasti menunjukkan jalan. ‘Walau aku bukan ditakdirkan untuknya, yang pasti hubungan persahabatan kami tidak akan pernah roboh begitu saja.’ Bisik hati kecil Adelia.

3 tahun sudah berlalu..

Sudah lama diri ini tidak keluar menghibur hati. Al maklumlah .. Makan tak kenyang, tidur tak bermimpi.. Hikhik..

Adelia mengambil peluang pada hari ini untuk membeli sedikit barang keperluan di salah satu mall  yang terdekat. Dia mencuci mata melihat pelbagai jenis baju yang ditayangkan dengan harga yang cukup mencekik darah.

Alahaii.. orang perempuan sekarang lebih memilih untuk membeli pakaian-pakaian yang berjenama dan mahal. Wang ringgit dileburkan dengan senang hati. Tetapi seorang Adelia Nadhira sudah dididik untuk tidak mengikut nafsu dan amalan syaitan.

Pesanan ibu mula terngiang-ngiang di telinganya.. ‘Perempuan yang bersederhana itulah yang lebih limited edition berbanding perempuan yang menjual rupa parasnya. Oleh sebab itu, berpakaian yang sopan dan enak dipandang sudah memadai.

Adelia terus melangkah sekadar memuaskan hati melihat barang-barang yang indah dipromosikan. Setelah penat berjalan, dia mengambil tempat duduk berdekatan dengan bahagian keperluan bayi.

Tiba-tiba sahaja riang hatinya melihat baju-baju bayi yang comel itu. Sudah lah dia ini mudah mesra dengan bayi. Terutama dengan bayi yang pipinya montel. Memang takkan mudah terlepas daripada pandangan Adelia kut.
Adelia terus menilik kelengkapan bayi itu. Dia hanyut dalam khayalannya sendiri. Andai anaknya itu nanti perempuan pasti dipakaikan gaun merah jambu. 
‘Hahah mimpi la kau Adelia! Kahwin pun belum dah terfikir nak ada anak. Hadoiyaii.’ Fikir Adelia.

Mata Adelia meliar melihat barangan lain. Akhirnya tertancap pula kepada seorang wanita hamil yang ralit memilih baju bayi. Entah kenapa hati Adelia bagaikan ditarik untuk menegur wanita tersebut.

Adelia mendekati wanita itu. Kemudian dia berpaling ke arah Adelia. Kedua-duanya terkedu tidak berkelip tidak terkata.

“Aaaa!!! Sofya.. Kau balik tak bagitahu aku eh. Macam ni laa kawan.” Usik Adelia setelah merungkai pelukannya dengan Sofya.

“Weii!! Kau jangan cakap camtu. Aku sebenarnya dah 3 hari balik Malaysia. Aku memang nak call kau tapi fon aku dah hilang. Tu yang abis hilang contacts lama.” Balas Sofya.

Sungguh tak disangka dia bakal bertemu dengan Adelia di pusat membeli belah ini. Banyak yang berubah. Wajah Adelia kini tampak lebih cantik dengan sedikit make-up. Cukup natural.

“Oh ya!! Kau ni dah bunting tak cakap kat aku kan. Hishyy.. banyak betullah yang aku tau pasal kau sekarang ek. Tak apa, jom kita story-mory dekat café sana.” Ujar Adelia. Senyumannya tak lekang sejak bertemu dengan Sofya.

Sofya mengangguk setuju. Pertanyaan Adelia itu harus dijawab satu persatu. Tambahan pula, pinggangnya mudah benar lenguh dek berdiri terlalu lama. Kalau nak bercerita dengan Adelia pasti jenuh mulut berbicara.

“Eh tunggu jap. Aku nak pergi panggil suami aku dulu. Then, kita pergi sekali ok.” Ujar Sofya lembut.

“Ahh.. Ok lah. Siapa lah gerangan bertuah yang dapat kau Diana Sofya. Hahaha.. Teringin jugak aku nak kenal.” Usik Adelia.

Sofya tersipu malu diusik Adelia. Dia terus berjalan menghampiri rak kasut kanak-kanak dan membisikkan sesuatu kepada seorang lelaki. ‘Haa!! Tu mestilah suami dia kan? Entah-entah aku kenal kut suami Sofya. Manalah tau.. kut-kut member kat sekolah dulu ke.’ Fikir Adelia. Berkerut-kerut dahinya memikirkan suami misteri Sofya ini.

Sofya kemudiannya berjalan beriringan dengan suaminya itu. Adelia tidak dapat mengenal pasti siapakah lelaki tersebut. ‘ Tapi.. Asal muka dia ni macam muka Efi ek? Pelanduk dua serupa ke? Takkan laa…’
****
Adelia menahan perasaan sayu di hatinya. Selepas bertemu dengan suami Sofya nyata mampu menggegarkan otaknya yang tiba-tiba beku dikurung dalam peti ais. Perkara yang paling dia takuti telah berlaku. Afeef Rayyan sudah menjadi suami orang bahkan bakal menjadi bapak budak. Oh no~!!!!

Penantian aku selama ni sia-sia. Rupa-rupanya mereka dah berkahwin sewaktu tahun kedua belajar di UK. Sampai hati diorang tak kasi tahu aku. Kononnya, nak bagi surprise bila balik Malaysia.

“Astaghfirullahal’azim.” Adelia mengucap panjang apabila perasaan marah dan dengki mula menyelinap masuk dalam dirinya. Dia berusaha mengusir perasaan itu. Biarlah sahabat baiknya itu mengecap gembira, asalkan jangan pula dirosakkan kebahagiaan itu semata-mata pentingkan diri sendiri.
****
“Lia yakin ke nak pergi dengan keputusan drastik macam ni? Dah habis fikir?” Tanya Puan Zahra.

Belum pernah lagi anak daranya ini berminat untuk menyambung pengajian di luar negara. Atau.. ada apa-apa kut? 

“Ibu tak yah lah bimbang. Lagipun, Lia dah fikirkan masak-masak dah.” Balas Adelia dengan tenang agar ibunya tidak begitu risau.

Flight  ke Sydney, Australia akan berangkat sebentar lagi. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman dengan ibu dan ayahnya, Adelia menunggu di tempat duduk yang telah disediakan.

Pemergiannya diminta agar dirahsiakan daripada Rayyan dan Sofya. Tidak mahu nanti sebak dirinya hendak meninggalkan mereka setelah sekian lama tidak bersua. 

Adelia memilih untuk merantau di negara orang. Sempat juga dia membawa Dslr Nikon yang dihadiahkan oleh ayahnya. Photography ialah salah satu hobi kesukaannya. Setiap kali bercuti pasti Nikon itu yang turut dibawa.

“Ya Allah.. dengan aku membawa hati ini jauh darinya, aku harap dapat membuang rasa sayang ini sambil merantau nanti. Jauhkanlah aku dari akal jahat yang ingin membina rasa benci. Pinjamkanlah aku ketenangan dan kedamaian.” Doa Adelia.

Jika kita tidak ditakdirkan dengan seseorang yang kita inginkan, pasti diganti dengan seseorang yang lebih baik darinya. Walaupun mengambil masa, tapi hadapilah ia dengan senyuman tanpa mengusutkan fikiran kita.

Adelia mula terbang di awan biru. Sungguh indah pemandangan kepulan putih dari sorotan matanya.  Fikiran Adelia mula menerawang jauh..hingga terlelap lalu hanyut dibuai mimpi sendiri.

2 comments:

  1. ya allah .. sedihnya ending dia .. tak sanggup nak habiskan .. tapi, habis baca jugak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah .. tapi skang ni pon tgh dlm proses nk bwt sambungannya.. :) tgg next chapter ek .. btw thanks sbb bca .. hehe

      Delete