ayt bergerak

#Future Novelist & Doctor :D

Hanya Di Awan Biru II



Rentak muzik yang rancak dimainkan bagaikan berjaya menghasut anak-anak adam dan hawa ini agar terkinja-kinja menari bebas bersama. Sungguh tidak selesa rasanya parti seperti ini buat aku yang sememangnya tidak tahan dengan bunyi-bunyi yang cukup membingitkan itu.

Dari awal lagi aku sudah tertipu dengan Kate, iaitu kawan yang tidak seharusnya digelar kawan. Manusia yang bertopengkan syaitan.

“Ad, you must join us. Come on babes.. don’t show me that bored face again,” ujar Kate sambil berpelukan dengan kekasihnya yang entah keberapa. 

Dah la tu, terang lagi bersuluh membuat hubungan sebegitu walhal kekasihnya yang lain turut melihat adegan tersebut. Sudah menjadi trend kali ya?

Adelia bangun dari sofa yang menempatkannya dan beberapa pasangan yang agak mabuk. Grr!! Sumpah doe!! Bau arak campur  pulak dengan asap rokok yang semakin galak melemparkan bau sengitnya itu seperti menjerut rongga pernafasannya. Loya ditekak juga semakin kuat dirasai.

Alunan muzik semakin kuat menggila. Oleh itu, Adelia terpaksa mengeluarkan suaranya sama tinggi dengan bunyi muzik tersebut untuk berbicara dengan Kate.

“Kate! I think I can’t make it anymore. You know I can’t stand it right with all this smoke. I’m gonna get home now. See ya!!,” laung Adelia yang menyelit di antara tetamu-tetamu yang berkampung di rumah Kate.

Belum sempat Kate ingin menghalang Adelia, dia sudah lesap sepantas kilat. Kate tidak bediam diri. Dia berusaha menjejaki Adelia dengan menghubungi teman lelakinya yang sudah bersedia seandainya keadaan di luar kawalan. 

Senyumnya yang menyimpan 1001 rahsia itu sukar ditafsirkan oleh sesiapa pun. Muka yang sebenarnya polos itu tidaklah seperti yang disangkakan.
Adelia laju mengatur langkah keluar dari villa milik keluarga Kate. Tidak semena-mena tangannya ditarik dari belakang. Melihatkan wajah lelaki Inggeris yang pernah menjadi buah hati Kate membuatkan diri Adelia dihujani dengan pelbagai persoalan.

“Kate, ask me to get you back. She will explained to you more after we get in.” Adelia menurut sahaja kata-kata lelaki itu. Lalu berjalan masuk ke dalam villa itu semula.

Mata Adelia meliar ke seluruh ruang untuk mencari gadis cantik, tinggi lampai itu. Ternyata Kate terlebih dahulu menegurnya.

“Ad.. please stay here until the party’s over. Uhmm, why don’t you stay at my room first. Once I’m done, I’ll get you home. Okay?” Kate memohon dengan riak yang mampu mengubah keputusan Adelia.

Adelia berasa berat hati untuk bersetuju dengan idea Kate itu tetapi jam sudah menunjukkan larut malam. Hendak pulang pun belum pasti masih ada teksi yang mencari penumpang di sekitar kawasan ini.
*****
Rancangan Kate terlalu sempurna hingga tidak sabar untuk dia laksanakan. Segala arahan telah diberikan kepada Steven, bekas teman lelakinya itu. Fikirannya mula membayangkan bagaimanakah hari esok yang bakal dihadapi oleh seorang Adelia.

Pintu bilik Kate dibuka perlahan. Kelihatan sekujur tubuh sedang terlena di atas katil mewah yang cukup memukau. Aroma yang dipasang untuk sentiasa menyegarkan bau bilik masih tegar berkhidmat.

Belum pernah Steven melihat mahkota wanita yang bertudung litup ini. Bahkan hendak memandangnya pun tidak terlalu mengujakan. Terdapat daya tarikan yang tidak ada pada gadis lain seperti Adelia.

Perlahan-lahan Steven bergerak menuju ke arah wanita yang lena diulit mimpi itu. Dirinya bagaikan melekat untul terus menguraikan helaian rambut Adelia.
Kelopak mata Adelia bergerak-gerak. Terasa ada sesuatu yang merayap di bahagian kepalanya. Ditahan sakit kepalanya yang bukan kepalang itu untuk membuka mata. Saat itu lah.. dirinya terkejut lalu spontan mengeluarkan suara meminta tolong. Sungguh hina perbuatan lelaki itu.

Manik-manik mutiara menitis tanpa dipaksa. Mulut Adelia ditutup kemas sehingga lemah untuk menjerit. Pandangannya menjadi kabur. Barang-barang di kamar itu bagaikan berpusing tidak berhenti.

Hilai ketawa lelaki bangsat itu terngiang-ngiang di telinga Adelia. Selepas itu.. hanyut sudah dirinya dengan tangisan sendu yang tidak dapat didengari dek sakit kepala yang mencengkam urat-urat di kepala.

“Aah,” terjerit kecil Adelia.Tersedarnya dia dari bayangan gelap yang saban hari menghantui dirinya itu.

“Astaghfirullahal’azim,” mengucap panjang Adelia untuk menenagkan jiwanya yang tidak terkawal itu. Peluh kecil mula merenik di dahi.
Dia telah mengambil flight untuk pulang semula ke tanah air tercinta setelah hampir 4 tahun merantau di sana. Kepulangannya juga sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya.

Pramugari yang bertugas mula bersuara memberitahu bahawa flight ini akan mendarat sebentar sahaja lagi. Para penumpang juga diminta bersedia.
*****
 Perjalanan dalam teksi yang dinaikinya terasa bergerak perlahan sekali bagai kura-kura yang belajar merangkak. Tetapi sebenarnya tidak. Mata pula usah dikata, sangat berat untuk dicelik.

Hendak memejamkan mata memang diidamkan sejak berada di atas kapal terbang lagi. Haihh.. apakan daya, kotak fikirannya masih belum dapat menerima kejutan demi kejutan yang dihadiahkan oleh Kate. Peristiwa hitam itu kembali menerjah laman fikirannya.

“Ad, I invite you to my party is because I want you to feel the joyful moment here,” ujar Kate sambil ketawa sinis. “By the way, have fun darling,” halus sungguh butir bicara Kate yang dibisikkan kepada dirinya ang separuh sedar.

Denyut di kepala masih menguji kesabarannya. Ikutkan hati ingin sahaja ditarik keluar sakit yang bergendang-gendut di kepala. Bak kepalanya ini sedang dijadikan drum  yang gila dimainkan oleh pemain rock saja. Aiyyakk!!  xD
*****
Pejam celik..pejam celik.. Sampai sudah teksi yang dikatakan kura-kura ini membawanya ke rumah ibu dan bapa tersayang. Pak cik teksi pula membantunya mengeluarkan beg pakaian merah jambunya yang agak berat itu. Selesai memberi upah orang tua itu, terus Adelia berjalan masuk ke dalam banglo mewah keluarganya.

Pintu utama dikunci rapi. Terbit pula idea bernas Adelia untuk memberi kejutan. Kakinya dihayunkan menuju ke pintu belakang. Dilihat ibunya sedang ralit menonton Running Man sambil mengupas bawang. ‘Ya Allah!! Mak aku pon boleh minat dengan cerita korea? Biar betik? Haihh.. nasib laa ada mak yang berjiwa remaja. Hahaha.’

Adelia berjengket perlahan-lahan. Tawa ibunya masih bersisa kerana lucu melihat rancangan reality tv itu tapi tetap kedengaran kuat dan ganas. Malah ibunya juga sempat menghentak-hentak meja lalu berkata sesuatu kepada Haha, iaitu salah seorang pelakon yang terlibat dalam rancangan tersebut. Ketawa ibu pula semakin menjadi-jadi.

“Mak!!!” Jerit Adelia sambil tangannya sudah mendarat di atas bahu ibunya.

“Oii!! Ambik kau Haha masuk longkang makan bawang,” latah Puan Zahra dengan begitu kaget sekali.

Adelia sudah ketawa terbahak-bahak mendengarkan latah ibunya itu. Puan Zahra menarik muka masam. Sempat juga tangan ketamnya mencubit pinggang anak dara kesayangan itu.

“Haa, elok sangatlah perangai anak gadis seorang ni. Balik tak bagitahu langsung. Kalau tak, ibu boleh masak lauk sedap-sedap untuk kamu,” kata Puan Zahra dengan nada yang agak kecewa.

“Alaaa ibu.  Janganlah merajuk, Ad saja je nak kasi surprise. Hmm, lagipun ibu tu haa, ralit bebenor Ad tengok asyik duk menghadap mamat-mamat mata sepet tu. Tu yang sampai terkejut sakan la plak. Heheh,” balas Adelia memujuk ibunya yang pastinya terasa hati tidak memberitahu dahulu akan kepulanangan anakanda tercinta ini. Huihui.

“Huuh.. tak adanya ibu dah tua-tua gini nak merajuk dengan budak tak cukup matang macam kamu. Dah pergi naik atas siap cepat. Kejap lagi kita pergi dinner dengan papa.”

 “Ibu tak nak dengar ada alasan. Jadi, sekarang kaunter pertanyaan Puan Zahra telah ditutup buat sementara waktu ya. Harap maklum dan segera menurut perintah,” tambah Puan Zahra dengan nada tegas persis ibu tiri yang garang nak mampos!

‘Aiyoyoyo.. baik aku siap cepat. Tak guna nak berdebat dengan ibu pasal hal ni.’ Bisik hati Adelia.
******
Bilik besar dan luas ini masih sama sewaktu ditinggalkannya 4 tahun lepas. Warna merah jambu membuatkan hatinya mudah sejuk dan menenangkan sekali.  Adelia mendekati birai katilnya lalu menghenyakkan tubuh ke atas tilam empuk itu. Sedari tadi dia terlalu asyik memerhati ruangan bilik yang indah dihiasi dengan lampu yang bergemerlapan.

Matanya pula tertancap pada bantal gemuk merah jambu. “Ada lagi tak barang tu agaknya? Atau ibu ada kemas pastu jumpa tak benda alah tu? Hadoiyyaii,” gumam Adelia.

Pelbagai andaian yang bermain di benaknya. Bagi mengusir rasa tidak enak itu pergi, terus diselaknya bantal tersebut. Syukurlah diari kecil itu masih terletak elok di tempatnya.

Adelia kembali mengatur nafasnya. Diimbas semula apa yang dibicarakan oleh ibu dan ayahnya sewaktu makan malam di salah satu restoran yang cukup terkenal dengan masakan tradisional seberang. Restoran yang dihiasi dengan lampu kelip-kelip ditambah pula persekitarannya di tepi sungai.  Senada dengan itu juga, bunyi air pancut turut menyejukkan halwa telinga setiap pengunjung yang ada.

Kata-kata ayahnya dicerna kembali.

“Ad, papa ada sesuatu nak hadiahkan kat kamu. Tunggu kejap ya,” ujar Encik Adam lalu memberi  sebuah kotak kecil yang diikat riben merah.

“Hadiah apa ni papa?” Soal Adelia.  Teruja pula ingin membuka kotak itu. Lagaknya macam budak 5 tahun dapat hadiah hari jadi pula. Hahah.

Riben merah laju dirungkai. Lalu membuka kotak kecil itu dengan perasaan yang ingin tahu. Jari Adelia mengangkat hadiah tersebut. Ianya segugus kunci. Hairan Adelia dibuatnya. Nak kata kunci kereta tak mungkin lah banyak macam ni. Kunci apa la ni agaknya.Hmmm?

“Haa, tau tak kunci apa tu?” Soal Encik Adam. Senyum lebarnya tak pernah lupus.

Adelia menggeleng tidak tahu. Berkerut-kerut dia memikirkan kunci apakah itu.

“Tu kunci kedai kek cawan kamu. Papa hadiahkan sebab kamu  memang nak sangat buka kedai sendiri bukan. Lagipun kek cawan kan dah jadi kembar kamu. Tak gitu mamanya?” Tergelak Puan Zahra mendengar usikan suaminya.

Adelia pula sudah melonjak senang mendengar kata-kata ayahnya itu. Rezeki dah dapat, bolehlah perlahan-lahan buat bisnes kan? Hehehe..
*******
Heykal merenung kepulan awan di atas langit biru sana. Siapa sangka dirinya bakal terbang ke Malaysia  semata-mata untuk meluahkan cinta kepada gadis Melayu yang bernama Adelia Nadhira.

Jejaka kacukan Inggeris-Melayu ini bukanlah tidak laku. Malah berderet gadis-gadis muda dan seksi yang ingin berdampingan dengannya. Hati Heykal seolah-olah tawar dan beku dengan gadis jenis sebegitu. Adelia lah gadis yang telah memecahkan dinding ais yang menyeliputi hatinya. Kekayaan yang dimilikinya sedikit pun tidak dipandang oleh gadis impiannya.

Telefon bimbit Heykal menjerit minta diangkat menandakan ada panggilan masuk. Segera dirabanya poket seluar untuk menjawab panggilan tersebut.

“Bos, saya dah dapat dekat mana gadis itu berada. Sekejap lagi saya akan kirim alamat lengkapnya.” Ujar orang suruhan Heykal.

“Ok, thanks. Bagus kerja kau. Kalau Tuan tanya aku pergi mana cakap kau tak tahu. Faham?” selar Heykal dengan tegas.

Orang suruhannya mengiayakan saja arahan bos mudanya itu. Al maklumlah orang kalau dah mabuk bercinta, naga depan mata pun tak dihiraukannya. Eh eh, melalut lebih plak aku ni. Hikhik.
**** 

Kedai Adelia telah dirasmikan beberapa hari lalu, kelihatan ramai pencinta cupcakes dan muffin mula berminat untuk singgah di kedainya. Melihatkan jualan yang saban hari meningkat membuatkan hatinya melonjak senang.

Tak kira yang tua atau yang muda juga turut mengisi perut yang kosong di kedainya. Kedai yang dihias dengan warna biru lembut dan susunan lukisan mampu memukau setiap pelanggan yang datang.

Kedengaran bunyi loceng di pintu menandakan ada pelanggan yang masuk. Kelihatan seorang budak perempuan yang comel berlari anak menuju ke tempat cupcakes dan muffin.

“Wahh!! Comelnya kek ni. Erika nak yang ni lah,” kata budak perempuan itu sambil melihat deretan cupcakes.

Pada masa itu juga, seorang lelaki berpakaian sempoi datang lalu mendukung budak itu.

“Maafkan anak saudara saya cik. Laju betul dia hilang, tak sempat saya nak cari,” ujar lelaki itu sambil tersenyum menawan. Lesung pipit timbul di kedua-dua belah pipi lelaki tersebut.

“Kacak jugak. Alahaii, kalau lah aku ni coklat.. mesti cair siap boleh buat air hot coklat lagi,” Fikir Adelia.

“Eh, tak pe. Lagipun anak sedara awak ni tak buat apa-apa pun. Cuma tadi saya dengar dia nak kek cawan.”

“Uncle, Erika nak tu. Nampak sedap sangat. Erika nak beli untuk papa jugak la. Mesti papa suka. Lagipun papa selalu kerja jadi mesti tak makan kan uncle?” petah sungguh budak itu berbicara. Tapi masih comel keletahnya.
Lelaki itu mengangguk. Lalu dipesannya 6 biji muffin untuk dibawa pulang. 

Sebelum beredar, Erika sempat membisikkan Adelia sesuatu.
Terang-terang Adelia terkejut beruk. Pandai pulak budak ni berayat. Masih segar di telinganya, bahawa Erika memujinya cantik lalu menanyakannya jika sudi untuk menjadi mama kepadanya.
*****
Bunyi air pancut betul-betuk mencuci otak Rayyan. Bunyi tersebut bagaikan melodi yang riang bernyanyi. Teringat pula kenangannya bersama arwah Sofya, isteri tercinta yang meninggal selepas melahirkan seorang puteri.

Kadangkala, bermain persoalan di minda. Kenapa Adelia pergi ke luar Negara setelah pertemuannya di tempat barang keperluan bayi. Macam ada yang tak kena.

Kaca mata ditanggalkan. Rayyan memicit-micit kepalanya. Terasa tenang sekali berada di rumah. Sorotan mata pula dijamu dengan kehijauan taman.

“Papa!!” sergah Erika dari belakang.
Rayyan terkejut lalu menggeletek pinggang anaknya itu. Gurau senda yang benar-benar mencuit hati.

“Papa,, Erika nak makan cupcakes dekat satu kedai yang sedap ni. Papa temankan ok. Kita makan kat sana. Mesti papa suka punya,” pinta anak kecil itu.

“Hmm, papa penat la sayang. Tapi,, ok lah kita pergi. Lagipun, sedap jugak rasa cupcakes yang Erika beli hari tu. Kenyang papa,” Ujar Rayyan sambil mengusap kepala anaknya.

Si kecil Erika melonjak gembira. Terus dipeluk dan dicium papanya berulang-ulang. Ucapan terima kasih juga tak dilupakan.
****
Suasana pagi begitu menyamankan. Kedai Adelia dibuka lebih awal dari biasa memandangkan dirinya terlalu bersemangat untuk mula bekerja. Sang suria pula sudah tegak berdiri di celah-celah kepulan awan.

Adelia menghenyakkan punggungnya di atas kereusi sambil mencari idea untuk mengubah resepi cupcakesnya agar lebih mantap. Bunyi loceng pula tak semena-mena menyentak fikiran Adelia.

“Hai kakak!” Jerit anak kecil itu di muka pintu.

“Eh hai comel. Datang seorang je ke?” Tanya Adelia sambil mencubit pipi budak tembam itu.

“Tak lah. Erika datang dengan papa. Kakak nak tau tak papa saya kacak tau. Saya suka je kalau kakak jadi mak saya. Saya tak kisah. Nanti boleh kakak buatkan saya kek hari-hari. Yummy umm.. lazatnya.”

Adelia tergelak mendengar celoteh anak kecil itu. Saat itu jugalah Adelia terpandangkan susuk tubuh lelaki yang dikenalinya.

“Tak mungkin,” gumam Adelia.
******
“Kenapa pergi Australia tak cakap dengan Rayyan dengan Sofya. Kitorang cuba call tapi mama Ad cakap, Ad dah tukar number. Kenapa ni? Kalau ada masalah kita bincang ok?” Ujar Rayyan. Perasaannya sukar digambarkan tika ini. Hendak kata gembira, tak. Geram pun ada.

Adelia pula hanya menggeleng. Dirasakan cerita lampau itu tak perlu untuk dibahaskan semula. Biarlah ia berkubur sama dengan impiannya dulu.

“Sofya dah meninggal. Sewaktu,, dia lahirkan puteri kami, Erika.” Rayyan membuka bicara kerna terlalu lama membisu.
Adelia tersentak dari lamunannya. Lalu matanya dihalakan kepada Rayyan. 

Mencari kepastian yang tidak dapat diterimanya. “Patutlah Erika macam dahagakan kasih sayang ibu. Kesiannya.” Bisik hati kecil Adelia.

“Adelia?” panggil seorang jejaka.

Adelia memandang ke arah pintu. “Heykal? Awak buat apa kat sini.”

“Saya datang sebab nak perjuangkan cinta saya. Dulu awak ada cakap kan, yang saya mesi kejar cinta saya. Dan sekarang.. saya dah buktikannya.” Lancar sekali bicara Heykal. Kenalannya sewaktu di Australia dulu.

Rayyan pula sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ada perasaan aneh yang menjalar hatinya. Sakit sangat melihat jejaka tersebut bagaikan putera yang ingin melamar puterinya.

Adelia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Renungan Rayyan menjerut lehernya untuk dilihat. Heykal pula… uhh. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.

Sunyi sepi pula di dalam kedainya ini. Dapat dilihat dari ekor mata Adelia yang dua jejaka ini bagaikan berhubung dalam konteks mata. Dalam jelingan ada isyarat. Dalam isyarat ada amaran. Haiyyaaa.. Berat pula nak tengok diorang ni macam ni.

Dirinya serasa seperti dihimpit katil-katil yang empuk hingga tidak dapat memilih. “Mama!! Apa yang mesti Adelia buat ni?” Jerit Adelia. Tapi dalam hati je laa.

“Err, Heykal.. Saya,, saya,, Uhmm”.Tergagap-gagap Adelia bersuara.
Heykal pula sudah memainkan peranannya. Dia berjalan mendekati Adelia lalu memberikan bunga kertas origami yang dibuatnya sendiri. Adelia pernah mencabarnya untuk membuat bunga tersebut jika ingin berjumpanya. Kalau tidak… Hump! Jangan harap laa..

“Awak ingat lagi?” Tanya Adelia. Terasa sangat dirinya dihargai.

Rayyan pula sudah berbulu matanya hendak melihat adegan ini. Panas pula hatinya kali ini. Agaknya kalau diukur dengan thermometer boleh pecah merkurinya.

“Lia, saya sayangkan awak. Sayang saya melebihi dari seorang kawan. Lagipun dulu saya berharap awak yang akan menemani saya ke UK bukannya Sofya. Dua-dua saya sayang tapi awak lain. Tolong jangan bersama dengan mamat ni. Please,”  Rintih Rayyan.

Adelia  sudah tergamam. Maknanya selama ini cintanya tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tu semua dah terlambat untuk mengakuinya.

Tangan Adelia menyambut tangan bakal imamnya. Rasanya keputusan ini sudah tepat yang seharusnya dia ambil.

“Maafkan saya,” Ucap Adelia sambil berpaling dari lelaki yang ditujunya.
*****

“Tak sangka betul abang. Yang akhirnya terbuka jugak hati Lia dengan abang ya. Abang bersyukur sangat. Maknanya selama ni usaha abang tak sia-sia.”
Adelia menggulum senyum. Kepalanya sengaja dilentokkan di bahu suami yang sah lagi tersayang. Manja pula Adelia malam-malam seperti ini.

Angin malam yang bertiup begitu menyegat tulang-tulangnya. Tapi… pelukan suami pastinya membantu untuk mengurangkan rasa itu.

“Abang, Lia nak ucap terima kasih sebab selamatkan Lia dari jadi mangsa Kate kat parti dia hari itu. Lia malu sangat sebab tu Lia balik Malaysia tak bagitahu sesiapa. Sedih sangat sampai Lia dah tak boleh nak fikir. 
Alhamdulillah, Lia tak jadi mangsa rakus teman lelaki Kate tu.” Luah Adelia. Kesalnya kepada Kate tinggi menggunung.

“Sudahlah Lia. Lagipun abang dengar Kate tu dah makin teruk. Biarkanlah dia. Biar Allah saja yang membalas perbuatannya tu.” Dikucupnya dahi isteri penyejuk hati itu.

“Iyalah Tengku Heykal Adrian yang comel,” Gurau Adelia sambil mencubit manja pipi suaminya. Heykal pula sudah mengaduh sakit dek jemari isterinya yang ligat bermain di pipi.

Bahagia hidupnya tidak tahu bagaimana harus digambarkan. Betullah apa yang dijanjikan Allah. Hilang seorang tak bermakna kesepian selamanya. Tapi diberikan seseorang yang lagi baik untuk dijadikan pasangan buat hambanya. 



Hanya Di Awan Biru



      Hari ni ialah hari terakhir pelajar-pelajar Tingkatan 5 menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Kelihatan mereka berpusu-pusu keluar dari dewan peperiksaan. Terasa bebas segala bebanan yang ditanggung untuk menghadapi semua ujian itu. Sekarang, hanya perlu memanjatkan doa agar mendapat keputusan yang baik. Seseungguhnya hasil setelah berusaha itu pasti baik. Aku berjalan menuju ke tempat letak motor di belakang sekolah. Keadaan yang panas membahang itu memaksa Adelia untuksegera pulang ke rumah.


Rayyan mencari-cari kelibat dua sahabat baiknya, Sofya dan Adelia. Sudah puas dicarinya mereka berdua tapi tak jumpa-jumpa. ‘Laju betul diorang ni lesap’. Fikir Rayyan.

“Ian!!” Panggil Sofya.

Rayyan yang mendengar suara itu terus berpusing ke belakang. ‘Syukurlah Sofya belum pulang lagi. Sekarang ni perlu cari Adelia pulak’.

“Uhmm..Fya, ada nampak Lia tak? Dari tadi lagi Ian cari dia.”Tanya Rayyan.

“Eh.. tak ada plak. Fya ingatkan dia ada dengan Ian tadi. Mungkin dah balik dulu kut.” Jawab Sofya dengan lembut.

Rayyan kecewa. Baru sahaja ingin disampaikan perkara penting buat dua sahabat ini. Kalau sorang tak ada,, sorang ada.. tak sempurna lah nanti rancangan yang telah siap diaturkannya semalam. Rayyan mengeluh panjang.

Sofya sudah berkerut-kerut dahinya melihat riak kecewa di wajah Rayyan. ‘Nampaknya ada perkara penting sangat sampai Rayyan kena jumpa Adelia’. Fikir Sofya. Sofya cuba mencari kelibat Adelia di sekitar sekolah. Lalu dilihatnya sebuah skuter merah jambu sedang menghala ke mari.

“Ian! Tu dia Adelia kita.”

Rayyan kembali ceria mendengarkan kata Sofya. Nampaknya rancangan yang tadinya telah berkubur begitu sahaja dapat digali kembali untuk diteruskan. 

Adelia memberhentikan skuternya berdekatan dengan pagar sekolah. Lalu berjalan menemui Sofya dan Efi. Hanya Adelia yang memanggil Afeef Rayyan dengan panggilan tersebut.

“Hai korang!!” Sapa Adelia kepada rakan-rakannya.

“Hye. Memandangkan hari ni kita dah habis exam, jom pergi makan? Haa.. Aku belanja korang hari ni.” Ujar Rayyan sambil tersenyum lebar.

Adelia dan Sofya berpandangan. Lalu terus mengangguk setuju dengan cadangan Rayyan. ‘Orang kata rezeki ni jangan ditolak, Musuh jangan dicari.’ Betul tak?  Hehehe. Adelia terlalu teruja sampai ingin keluar bersama sampai ‘Cik Pinky’ dilupanya. Haihh.. macam mana ni? Nak keluar dengan dorang tapi skuter ni nak campak mana?

“Semua dah setuju kan? Jom. Korang pergi dengan aku.” Ujar Rayyan lalu membuka langkah untuk ke kereta yang telah disediakan dengan pemandu ayahnya. Sofya pula mengikut langkah Rayyan.

“Eh tunggu dulu!!” Jerit Adelia.

Sofya dan Rayyan berhenti serentak lalu menghadap Adelia. ‘Janganlah cakap kau tak boleh ikut Adelia. Aku ada surprise untuk kau ni.’ Rayyan berdoa dalam hati.

“Haa.. apa halnya?” Tanya Rayyan.

“Korang ni.. Skuter aku nak letak kat mana. Nak bawa masuk dalam pagar sekolah mana boleh.” Ujar Adelia dengan suara yang sedih.
Sofya memaut bahu Adelia. Dia tahu Adelia mahu mengikut mereka. Dan kalau nak ditinggalkan skuter merah jambu itu memang tak mungkin kerana skuter itu hadiah pemberian ayah Adelia. Rayyan berfikir segera.

“Macam nilah. Aku akan suruh driver  untuk hantar skuter kat rumah kau. Lagipun, nanti aku akan suruh orang tu cakap kat ayah Ad yang kita pergi makan. Ok?”

Sofya dan Adelia senyum gembira. Lalu mereka membuntuti langkah Rayyan.
*****
Akhirnya mereka tiba di tempat yang dimaksudkan Rayyan. Rayyan pula memulakan langkah pertama dengan membuka pintu restoran buat sahabat-sahabat  perempuannya yang sangat istimewa. ‘ Heheh .. berlakon macam kat filem-filem sikit. Baru ada feel nak bagi surprise kat diorang’. Bisik hati Rayyan.

Sofya dan Adelia kehairanan. Kalau setakat nak belanja makan tak perlu la sampai layan istimewa macam nak layan kekasih kut. Haihh.. aneh0aneh aje laa Rayyan ni.

Seketika kemudian, seorang pelayan datang membawa sebuah kek yang kelihatan sungguh enak di meja mereka. Manakala, tetamu yang lain juga turut menyanyikan lagu ‘ Happy Birthday’ buat mereka. Sofya dan Adelia tercengang. Mereka tidak dapat memproses dengan betul apakah tindakan yang sedang dilakukan Rayyan. Jammed sekejap otak mereka berdua.

“Eh korang! Apasal ni? Takkan dah lupa kut birthday sendiri. Hahah”.
Sofya dan Adelia menepuk dahi mereka serentak.

“Alamak!! Ha’ah lah.. Adoiyyaii .. Hehe Ni semua exam puya pasal la. Kau plak tiba-tiba je bagi kejutan”. Ujar Adelia.

“Betul tu. Tapi.. apa-apa pun .. thanks eh sebab kau sanggup sambut birthday kitorang”. Sebak mula menguasai diri Sofya. Mudah betul dia terharu dengan hal-hal yang sensitif.

Rayyan senyum melebar sampai ke telinga. Dia berasa sangat bahagia kerana dapat menceriakan teman-temannya itu.

“Ye laa.. Sama-sama. Btw, aku ada hadiah nak bagi kat korang. Jap ek”.
Rayyan menghulurkan sekotak coklat kepada Adelia. Manakala, untuk Sofya sejambak mawar merah.

Sesungguhnya, Rayyan sudah kenal sangat dengan mereka berdua. Apa yang mereka suka, apa yang mereka tak suka.

Setelah selesai menjamu hidangan yang disediakan, Rayyan segera  menghantar mereka berdua pulang ke rumah. Anak-anak gadis ini harus segera dihantar supaya tidak terlalu kurang sopan kerana terlalu lama keluar.
*****
Sementara menunggu keputusan SPM keluar.. Adelia, Sofya dan Rayyan masing-masing melakukan aktiviti berfaedah seperti membantu keluarga, dan juga berniaga.

Akhir-akhir ini, Adelia menerima banyak tempahan kek cawan. Memang tak cukup tangan dibuatnya. Terkejar sana, tekejar sini. Kadang-kadang bahan yang diperlukan pun terlupa dibeli. Tapi.. semangat Adelia yang cinta akan kek cawan itulah yang membuatkan dia masih bertahan sampai sekarang. 

Walaupun keluarganya itu cukup kaya, namun hobinya yang satu itu tetap diusahakan kerana ingin belajar cara mengumpul duit sendiri.

“Dhira sayang, mama nak tanya ni. Uhmm .. kalau kamu dapat sambung belajar ke luar negara, kamu nak?” Tanya Puan Zahra.

Adelia senyap seketika. Dia harus mengerah otaknya untuk berfikir segera mungkin. Kalau ikutkan, sistem pembelajaran luar Negara memang lebih berkualiti, tapi tak sanggup lah nak pisah dengan mama ku sayang ni. Adoyaii, macam mana ni?

“Mama.. Dhira kalau boleh nak study kat sini je. Dekat sikit dengan keluarga. Tapi, Dhira tau.. mama dengan papa mesti nak Dhira belajar jauh-jauh kan?” 

Adelia  tunduk memandang kek cawannya dengan rasa sebak yang mencengkam kuat di dada.

Al maklum lah .. Adelia Nadhira anak kepada Puan Zahra dan Encik Adam ni memang agak manja sikit. Heheh,, sikit ke? Time nak pergi kem masuk hutan pun mama yang pujuk habis-habisan biar tetap pergi. Mama kata, Adelia ni mesti bergaul dengan kalau nak berjaya. Taklah macam kera sumbang kan.

“Mama dengan papa bukan apa Dhira. Kami cuma nakkan kamu mendapat pendidikan yang sangat bagus. Tapi kalau kamu sendiri pun tak rela nak pergi, mama dah tak boleh nak paksa kamu macam zaman kamu budak-budak tu lagi.”

Dua beranak ini ketawa berdekah-dekah. Teringat pelbagai kisah Adelia yang sangat melucukan kalau tak nak sesuatu melakukan sesuatu perkara itu. Kadang-kadang sampai bengkak mata sebab nangis lama sangat. Huhu.

Tiba-tiba.. kedengaran hon kereta menjerit di luar rumah mereka. Adelia segera mengangkat kaki untuk melihat gerangan yang datang berkunjung.

“Eh.. korang rupanya. Kenapa tiba-tiba datang rumah aku tak cakap awal-awal? Jemputlah masuk rumah dulu.” Kata Adelia mengundang rakan-rakannya.

“Tak apa lah Ad, kitorang singgah sekejap aje ni. Ada hal lain pulak nak settlekan lepas ni.” Balas Rayyan.

“Ha’ah.. Sebenarnya kitorang dah dapat surat tawaran sambung belajar kat overseas tadi. Tu yang nak tau kalau-kalau Ad pun dapat jugak.”

Adelia tak segera memberi tindak balas. Kalau Efi dan Sofya dah dapat surat tawaran mereka maknanya aku tak tergolong la dalam calon yang akan ke luar negara. YahoooO!!! Hahah.. akhirnya .

“Uhmm.. aku tak ada dapat apa-apa surat tawaran overseas tu lagi. Mungkin tak ada rezeki aku kut. Btw, tahniah eh!! Aku doakan korang akan balik ke tanah air dengan selamat dan berjaya.” Ucap Adelia sambil tersenyum gembira buat dua orang sahabatnya.

Sofya dan Rayyan mengucapkan terima kasih atas ucapan Adelia itu. Kemudian mereka mula meminta diri kerana urusan lain yang sedang menunggunya.

Dear diary,
Hmm.. Esok Efi dah nak berangkat daa. Tiba-tiba plak aku rasa macam tak nak kasi dia pergi. Aku rasa macam aku akan kehilangan dia untuk jangka masa yang lama. Uhh~ Adakah hatinya akan bertemu dengan hati yang lain nun di sana. Tak terbayang kalau dia pulang nanti dengan kekasih hati dan aku pula yang menunggunya bagaikan pungguk rindukan bulan.
Ya Allah.. Sesungguhnya kau cekalkanlah hatiku.. Andai dia bukan imamku, bantu aku untuk ikhlas menerimanya.. Lindungilah perjalanan dia di sana..

Adelia menutup diari kecilnya lalu disimpan di bawah bantal. Hanya doa yang mampu dititipkan agar lelaki itu selamat pergi dan pulang ke tanah air. Hati remaja memang mudah bergelora. Sekiranya diturutkan nafsu.. boleh haru jadinya.

Berkat kesabaran dan keredhaan pasti menunjukkan jalan. ‘Walau aku bukan ditakdirkan untuknya, yang pasti hubungan persahabatan kami tidak akan pernah roboh begitu saja.’ Bisik hati kecil Adelia.

3 tahun sudah berlalu..

Sudah lama diri ini tidak keluar menghibur hati. Al maklumlah .. Makan tak kenyang, tidur tak bermimpi.. Hikhik..

Adelia mengambil peluang pada hari ini untuk membeli sedikit barang keperluan di salah satu mall  yang terdekat. Dia mencuci mata melihat pelbagai jenis baju yang ditayangkan dengan harga yang cukup mencekik darah.

Alahaii.. orang perempuan sekarang lebih memilih untuk membeli pakaian-pakaian yang berjenama dan mahal. Wang ringgit dileburkan dengan senang hati. Tetapi seorang Adelia Nadhira sudah dididik untuk tidak mengikut nafsu dan amalan syaitan.

Pesanan ibu mula terngiang-ngiang di telinganya.. ‘Perempuan yang bersederhana itulah yang lebih limited edition berbanding perempuan yang menjual rupa parasnya. Oleh sebab itu, berpakaian yang sopan dan enak dipandang sudah memadai.

Adelia terus melangkah sekadar memuaskan hati melihat barang-barang yang indah dipromosikan. Setelah penat berjalan, dia mengambil tempat duduk berdekatan dengan bahagian keperluan bayi.

Tiba-tiba sahaja riang hatinya melihat baju-baju bayi yang comel itu. Sudah lah dia ini mudah mesra dengan bayi. Terutama dengan bayi yang pipinya montel. Memang takkan mudah terlepas daripada pandangan Adelia kut.
Adelia terus menilik kelengkapan bayi itu. Dia hanyut dalam khayalannya sendiri. Andai anaknya itu nanti perempuan pasti dipakaikan gaun merah jambu. 
‘Hahah mimpi la kau Adelia! Kahwin pun belum dah terfikir nak ada anak. Hadoiyaii.’ Fikir Adelia.

Mata Adelia meliar melihat barangan lain. Akhirnya tertancap pula kepada seorang wanita hamil yang ralit memilih baju bayi. Entah kenapa hati Adelia bagaikan ditarik untuk menegur wanita tersebut.

Adelia mendekati wanita itu. Kemudian dia berpaling ke arah Adelia. Kedua-duanya terkedu tidak berkelip tidak terkata.

“Aaaa!!! Sofya.. Kau balik tak bagitahu aku eh. Macam ni laa kawan.” Usik Adelia setelah merungkai pelukannya dengan Sofya.

“Weii!! Kau jangan cakap camtu. Aku sebenarnya dah 3 hari balik Malaysia. Aku memang nak call kau tapi fon aku dah hilang. Tu yang abis hilang contacts lama.” Balas Sofya.

Sungguh tak disangka dia bakal bertemu dengan Adelia di pusat membeli belah ini. Banyak yang berubah. Wajah Adelia kini tampak lebih cantik dengan sedikit make-up. Cukup natural.

“Oh ya!! Kau ni dah bunting tak cakap kat aku kan. Hishyy.. banyak betullah yang aku tau pasal kau sekarang ek. Tak apa, jom kita story-mory dekat cafĂ© sana.” Ujar Adelia. Senyumannya tak lekang sejak bertemu dengan Sofya.

Sofya mengangguk setuju. Pertanyaan Adelia itu harus dijawab satu persatu. Tambahan pula, pinggangnya mudah benar lenguh dek berdiri terlalu lama. Kalau nak bercerita dengan Adelia pasti jenuh mulut berbicara.

“Eh tunggu jap. Aku nak pergi panggil suami aku dulu. Then, kita pergi sekali ok.” Ujar Sofya lembut.

“Ahh.. Ok lah. Siapa lah gerangan bertuah yang dapat kau Diana Sofya. Hahaha.. Teringin jugak aku nak kenal.” Usik Adelia.

Sofya tersipu malu diusik Adelia. Dia terus berjalan menghampiri rak kasut kanak-kanak dan membisikkan sesuatu kepada seorang lelaki. ‘Haa!! Tu mestilah suami dia kan? Entah-entah aku kenal kut suami Sofya. Manalah tau.. kut-kut member kat sekolah dulu ke.’ Fikir Adelia. Berkerut-kerut dahinya memikirkan suami misteri Sofya ini.

Sofya kemudiannya berjalan beriringan dengan suaminya itu. Adelia tidak dapat mengenal pasti siapakah lelaki tersebut. ‘ Tapi.. Asal muka dia ni macam muka Efi ek? Pelanduk dua serupa ke? Takkan laa…’
****
Adelia menahan perasaan sayu di hatinya. Selepas bertemu dengan suami Sofya nyata mampu menggegarkan otaknya yang tiba-tiba beku dikurung dalam peti ais. Perkara yang paling dia takuti telah berlaku. Afeef Rayyan sudah menjadi suami orang bahkan bakal menjadi bapak budak. Oh no~!!!!

Penantian aku selama ni sia-sia. Rupa-rupanya mereka dah berkahwin sewaktu tahun kedua belajar di UK. Sampai hati diorang tak kasi tahu aku. Kononnya, nak bagi surprise bila balik Malaysia.

“Astaghfirullahal’azim.” Adelia mengucap panjang apabila perasaan marah dan dengki mula menyelinap masuk dalam dirinya. Dia berusaha mengusir perasaan itu. Biarlah sahabat baiknya itu mengecap gembira, asalkan jangan pula dirosakkan kebahagiaan itu semata-mata pentingkan diri sendiri.
****
“Lia yakin ke nak pergi dengan keputusan drastik macam ni? Dah habis fikir?” Tanya Puan Zahra.

Belum pernah lagi anak daranya ini berminat untuk menyambung pengajian di luar negara. Atau.. ada apa-apa kut? 

“Ibu tak yah lah bimbang. Lagipun, Lia dah fikirkan masak-masak dah.” Balas Adelia dengan tenang agar ibunya tidak begitu risau.

Flight  ke Sydney, Australia akan berangkat sebentar lagi. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman dengan ibu dan ayahnya, Adelia menunggu di tempat duduk yang telah disediakan.

Pemergiannya diminta agar dirahsiakan daripada Rayyan dan Sofya. Tidak mahu nanti sebak dirinya hendak meninggalkan mereka setelah sekian lama tidak bersua. 

Adelia memilih untuk merantau di negara orang. Sempat juga dia membawa Dslr Nikon yang dihadiahkan oleh ayahnya. Photography ialah salah satu hobi kesukaannya. Setiap kali bercuti pasti Nikon itu yang turut dibawa.

“Ya Allah.. dengan aku membawa hati ini jauh darinya, aku harap dapat membuang rasa sayang ini sambil merantau nanti. Jauhkanlah aku dari akal jahat yang ingin membina rasa benci. Pinjamkanlah aku ketenangan dan kedamaian.” Doa Adelia.

Jika kita tidak ditakdirkan dengan seseorang yang kita inginkan, pasti diganti dengan seseorang yang lebih baik darinya. Walaupun mengambil masa, tapi hadapilah ia dengan senyuman tanpa mengusutkan fikiran kita.

Adelia mula terbang di awan biru. Sungguh indah pemandangan kepulan putih dari sorotan matanya.  Fikiran Adelia mula menerawang jauh..hingga terlelap lalu hanyut dibuai mimpi sendiri.