ayt bergerak

#Future Novelist & Doctor :D

#CBDPAA

Assalamualaikum readers and bloggers.. Well title post hari ni gatal pula tangan ni taip #CBDPAA. Tau tak apa maksud singkatan 2? It is for Cinta Bersemi Di  Putih Abu Abu. Sekarang ini sinetron tu sedang ditayangkan di Malaysia. Jejaka R4 di sinetron itu semuanya kacak. Hikhik alias ganteng gitu. Ehemm Ehemmm.. dupp dapp.. :P

Walaupun banyak sinetron lain yg ditayangkan di Tv, #CBDPAA ni sajalah yg boleh tahan lama mata ni nk tengok. Kuikui... xD 

Kalau lah dapat tweet ke chat ke dgn mereka .. kn best? Kn3. Apapun, all the best to the male actors and female actors too. Gud luck okie.  :D
  






pelakonnya....

Alex @ Rizky Nazar
Luna @ Jessica Anastasya
Billy @ Kevin Lukas 
Julian @ Putra Dinata
Leo @ Febrian Putra Kusuma

Afiq Muiz Azman Shah# New Superhero :)

Assalamualaikum bloggers semua!! :) 

So, berdasarkan tajuk enrty esya kali ini ialah tentang jejaka tampan yg mula dikenali dalam bidang seni. Pelakon & Model. Afiq ni suka berdikari dan pernah berniaga burger tau :) Wah!! Esya betul2 kagum dgn Afiq ni. 

Afiq Azman

Awalnya esya tertanya-tanya siapakah pemuda kacak ini semasa melayan lagu 'Sesaat Kau Datang' yg dipopularkan oleh Ramlah Ram & Sleeq. Nak tahu tak Esya asyik tekan replay je music video semata-mata nk tgk lakonan dlm video tu. Hahahah... that music video seems like a drama. Tapi sayang, esya try search tak ada pun cerita yg berkait dgn music video tu. Hmm.. :(

Then, esya terfikir maybe pemuda tu hanya ditugaskan utk memainkan watak je. Tup-tup Afiq sekali lagi muncul dalam drama Mimpi Cinderella. Sebelum ni beliau ada dalam drama Aishiteru tapi esya tak perasan sbb tak tgk crite tu. First tgk 'MC' mcm Woahhhhh!!

Alamakk hensemnya!!! xD Hahahah.. Happy semacam pulak. Al maklumlah Afiq kan tall, uhmm.. dan memenuhi cita rasa seorang perempuan. Bagi esya lah.. :D

Apa-apa pun esya doakan supaya #Afiq mampu pergi jauh lagi dalam bidang seni yg mencabar ini. Amin3 . :P

Ok lah.. dh habis esya berceloteh .. hope readers suka dgn apa yg sy coretkan hari ini. Tata~~~ ^__^"

I Am Twilighters #



Haii Hello Annyeong semua pembaca bloggers!! Haa rasanya dah lama esya tak berceloteh ni kan? Asyik post cerita jer.. Hehehe.. ;D

Haa nampak tk tajuk entry kali ni I'm Twilighters? Memandangkan Filem Twilight Saga Breaking Dawn 2 akan keluar di pawagam pd 16 November 2012 ni, esya rasa tk sabar sgt nk tonton movie nnti. :)

Korang mesti nk tahu criter Twilight ni apa ke mendanya kn? Romantik sgt ke mcm Filem Titanic tu? Haa korang klau dh tgk filem Twilight ni dari awal smpai akhir mesti tangkap cintan punya lah.. Hahha.. Meh esya nk share apa itu Twilight.

Filem Twilight ni sebenarnya telah diadaptasikan daripada Novel Omputih tau. Stephenie Meyer yg tulis novel tu smpai digilai remaja di luar sana. Ia mengisahkan Bella yang tlah jatuh cinta dgn Edward, merupakan kaum vampire. Edward dan keluarganya tak minum drh manusia tau.. Baikkan mereka?! .. Hikhik.. Mereka hanya hidup dengan darah haiwan dan kacang soya jer.. Sbb utk mengawal nafsu mereka. Seksa..Seksa..Seksa.. :|

Tapi kaum Vampire dgn kaum Serigala Jadian ni bermusuh pulak. Edward dan Bella sama-sama mencintai tapi Jacob pulak yg bertepuk sebelah tgn. Kesian pulak dy. Jacob sgt tak suka klau Bella nk transform jadi Vampire jgak bile dy kahwin dgn Edward nnti. 

  
Oklah.. stakat ni je kut informasi pasal Romantik story of Twilight ni.. Hehehe... Daaa!! Sesape yg kaki Twilight jgak share la klau ada information pasal Twilight ni. :0 

Arigatooo.... Kamsahamnida... Bye-Bye.... Assalamualaikum.... ^_^

Ni ada sikit gmbr pelakon-pelakon utama Filem TWilight .. Enjoy okie :p




Edward Cullen @ Robert Pattinson
                         
Jacob Black @ Taylor Lautner
Bella Swan @ Kristen Stewart

Renesmee Cullen @ Mackenzie Foy
(Anak Bella & Edrward)

Done!! Hehehe I hope one day i could meet them and take pictures too. Those 2 guys are my Superheroes :)

I Love U Twilight ... Mmmuahhh!! :p

Tersuka Dia Atau Dia?


Tersuka Dia atau Dia?

 “Arween, awak ni saya perhatikan kuat bebenor termenung kalau saya tengah memberi  penerangan. Apa masalah awak sebenarnya ni? Dahla nota saya, satu pun tak tercatit dalam kertas tu. Haihh, pening la saya dengan awak ni.” Suara cikgu Suzana cukup kuat pada pendengaranku.

Parah, parah. Jangan la cikgu denda aku. Kalau tak malu aku dengan semua orang. Mana nak letak muka aku yang sememangnya tak tahan dengan wajah-wajah sinis yang memandang aku bagai melakukan kesalahan yang teramat besar dan …. lembab. 

Arween hanya mampu berdoa tika ini. Wajahnya pula rela ditundukkan daripada melihat mata garang cikgu itu.

“Sebagai ‘hadiah’atas perhatian awak ni, saya nak awak lakukan…..

“Arween Arissa!!” Lantang sungguh suara itu memanggil namanya.

Arween yang sememangnya diulit mimpi buruk tadi tersedar kembali tetapi jatuh bagaikan bantal busuk di tepi katilnya. Uihh, sakit doe belakang badan. Nasib, nasib.
Ibu Arween bergegas naik ke bilik anak daranya itu setelah beberapa kali dipanggil tidak menyahut jua. Nak harapkan anaknya itu bangun sendiri? Hmm, alamatnya tunggu matahari terpacak betul-betul atas kepala tu, baru reti nak cari makanan.

Pintu bilik dikuak selebarnya. “Astaghfirullahalazim Arween. Kamu ni tak sedar ke yang kamu tu dah betul-betul lewat ke sekolah ni. Haishh, budak ni kan. Itu lah semalam ibu dah cakap jangan berjaga lewat sangat. Sibuk sangat tengok cerita Korea tu sampai habis kan. Haa, inilah padahnya.” Panjang sungguh leteran Ibu Arween.

Arween menadah telinganya sahaja. Dengar jelah alunan muzik ibunya itu. Dengar-dengar jugak, tapi Arween lebih pandai mengelak dengan mencapai tualanya untuk mandi dengan sepantas mungkin. Kantupnya masih bersisa. Dicurahkan air sejuk di atas kepalanya.
*******
Sampai sahaja di sekolah, pintu pagar hampir ditutup. Nasib baiklah pengawas tu baik hati lagi nak bagi aku masuk. Syukur. Dengan pantas aku menuju ke kelas tingkatan 6 bawah. Aku pandang ke bawah. Tali kasut pula sudah terlepas dari ikatannya. Bahaya ni. Arween berkira-kira untuk mengikat semula atau tidak tali kasutnya itu.

Dengan tidak semena- mena, jatuh tersungkur pula dia. Apalah nasib. Tadi, dah jatuh katil, ni jatuh kat sekolah pulak.

“Eh, awak tak apa-apa ke?” Seorang pelajar senior 6 atas menegurnya.

“Bhahahah!! Lawak betullah kau jatuh tadi. Aku tau ni kau mesti tengah berangan kan sambil berlari. Hahaha.” Selar Farrish dengan sinisnya. Maklumlah anak orang kaya kan. Tahu sakat orang je kerjanya.

Cis acaner boleh jatuh pulak ni. Terasa darah merah menyerbu mukanya. Berdesing telinganya saat menedengarkan kata-kata mamat berlagak itu. Ingin sahaja dikarate lelaki tersebut sekarang juga.

Arween bangun dengan payahnya. Sakit di kakinya tidaklah sesakit mana kalau nak dibandingkan dengan hatinya yang sudah menggelegak panas ini.
Tiba-tiba ramai pelajar yang melihat adegan free ini. Dahlah tu bukan nak tolong. Tolong ketawa adalah. Huwaa!! Ibu, Arween malu sesangat ni.

Air mata yang awalnya tidak ingin dititiskan hanya kerana mamat perasan bagus itu tidak dapat dikawal juga akhirnya. Bercucuran air mataku keluar dari kolam mata. Pelajar yang tadinya riuh bersorakan aku, sudah mula reda dan bersurai.

Farrish yang perasan bagus tu pun tiba-tiba kematian suara. Aku berlalu dari situ dengan hati yang pilu. Mau taknya! Malu tahap gaban woo jatuh macam .. uhmm.. macam.. ahh! Apa-apa jelah.

Farrish melihat gadis yang paling suka diajak bergaduh sudah berlalu pergi meninggalkannya. Terkaku sungguh Farrish dengan linangan air mata yang pertama kali Arween tangiskan. Bersalahkah aku? Jahat ke apa yang aku buat tadi? Selama ni, aku kenakan dia, tak ada pula nak menangis hiba. Haihh pening-pening.

“Weii Farrish, tak baik ah kau ketawakan dia macam tu. Kan dah menangis anak orang kau buli. Hmm.. kau tanggung la sendiri kalau kau rasa bersalah kenakan dia eh. Aku tak nak masuk campur.” Ujar Rayyan selaku kawan baik Farrish. Rayyan awal-awal lagi mengangkat tangan tidak mahu mencampuri urusan perang sahabat kamcengnya itu.
*******
Waktu pembelajaran terasa sangat lambat berlalu. Sungguh Arween tidak mempunyai mood untuk menumpukan perhatiannya dalam kelas. Dia hanya membuat nota untu dipelajari kembali apabila pulang ke rumah nanti.

Asal berat sangat mata aku ni. Hadoiiyaaii. Tak boleh, tak boleh!! Jangan terlena Arween kalau kau tak nak cikgu Mariah Tanya kau soalan Sejarah dunia ni. Dahla apa yang diterangkan guru itu langsung tidak dapat dicernakan dengan baik.

Gatal pula mata aku ni nak tengok keluar kelas. Melalui tingkap aja la. Mata Arween kemudiannya bertembung dengan mata Farrish. Sungguh di luar jangkaan. Biasanya lelaki meluat itu akan membuat muka toyanya depan aku. Tapi kali ini dia hanya memalingkan mukanya dan berlalu secepatnya. Pelik bin ajaib mamat ni. Kalau sehari memang tak sah sakitkan hati aku. Ni lain pulak. Arween bermonolog sendiri.

Waktu terus merangkak ke depan. Sedang aku leka bermain dengan pen di tangan, waktu pembelajaran telah tamat. Setelah mengucapkan ucapan terima kasih kepada guru, Arween bergegas keluar dari kelas.

Langit mulai mendung. Awan hitam mula berarak untuk menghujani kawasan ini pada bila-bila masa sahaja.

Alamak macam mana ni! Aku dahlah balik jalan kaki. Tak ke haru balik sekolah jalan kaki dalam hujan. Terus dihayunkan langkahnya ke pondok menunggu  yang disediakan pihak sekolah.

Tidak lama kemudian. Guruh mula berdentam dentum. Perasaan takut menjalar di hatinya. Sudah lah aku ni takut bunyi-bunyi kuat macam tu. Macam mana ni. Huhu, nak balik rumah! Hujan mula turun membasahi bumi.

Sebuah kereta mewah iaitu Skyline merah berhenti tepat di hadapan Arween. Eh, bukankah ni kereta mamat tu, Farrish? Yang anak kacukan omputih tu? Asal dia berhenti pulak kat sini. Nak kata mari ambil awek, aku seorang je kut yang ada kat sini.
Tingkap kereta dibuka sedikit. “Awak! Naiklah kereta saya, hujan ni makin lebat rasanya. Saya hantarkan awak balik rumah. Lagipun bahaya awak tunggu sini sorang-sorang. Nanti selsema pun ya.” Pelawa Farrish dengan prihatinnya.
Arween berfikir sejenak. Ada betulnya kata-kata Farrish. Dahla dekat kawasan ni orang Indon dengan Bangla selalu lalu lepas balik kerja petang. Arween menerima pelawaan Farrish dengan berat hati untuk menumpangnya. Sekarang ni musuh dah tolong musuh ni.

Berdua-duaan dengan Farrish membuatnya rasa kekok. Hanya Dj radio yang galak berceloteh. Aku hanya mendiamkan diri sambil memeluk tubuh. Sejuk sangat.
Farrish menjeling gadis di sebelahnya itu. Macam sejuk sangat aja. Oh! Kan dah terkena tempias hujan tadi. Tiba di traffic lights, Farrish membuka jaketnya lalu dihulurkan kepada Arween.

“Gunalah. Saya tahu awak sejuk. Saya akan perlahankan air cons ni sikit.” Ujar Farrish dengan tenang.

Arween melihat Farrish seperti manusia yang lain dari yang sebelumnya. Asal dengan mamat ni? Salah makan ubat ke apa? Tetiba je baik dengan aku. Mahu tak mahu, Arween menyambut huluran lelaki itu.
******
Selepas solat Isyak, Arween merebahkan sekujur tubuhnya di atas katil empuk bersaiz kingnya. Terasa ringan mindanya untuk berfikir jernih.
Farrish Minhat….. Lelaki yang perasan bagus, aku rasa. Tetapi hakikatnya lelaki itu lah yang menjadi idaman semua gadis. Wajahnya yang nampak matang tidak nampak seperti seorang pelajar. Hidungnya pula mancung menambahkan lagi kehenseman si jejaka.

“Hishh!! Apasal aku ni. Buat tabiat ke apa?   Puji-puji dia pula. Tak boleh jadi ni.” Arween memarahi dirinya.

Elleh mengaku je lah Cik Arween, yang kau tu pun suka kan bila dia sakat kau hari-hari. Mulut memang kata tak. Tapi hati ko? Ada kau tanya?  Mengaku je Arween yang kau tu pun syok kat mamat tu. Kedengaran suara lain yang menyampuk juga.

Fikiran Arween menerawang jauh. Farrish dah hantar aku balik dengan selamatnya. Apa aku nak balas ah? Ehmm…..
Sorotan mata Arween berhenti tepat di sofa merahnya. Sehelai jaket hitam masih elok terletak di situ. Idea entah dari mana, muncul sebagai penyelesai masalah.

“Aku dah tahu nak balas camner.” Hehe.. Senyum mula mekar di wajahnya.
*******
Farrish berjalan di koridor sekolah. Hatinya tidak senang sekali dengan apa yang didengarnya tempoh hari.

“Rish, kau rasa kan .. Arween tu comel tak? Aku rasa happy je bila berbual dengan dia. Yalah, aku kan Pengerusi Kelab Catur, dia pula Pembantu aku. So, time ada perjumpaan je, aku rasa excited nak jumpa dia. Hahah, ni ke orang tua-tua kata .. terkena panahan asmara?” Luah Rayyan. Hanya Farrish teman yang paling dekat dan selesa diajak menceritakan isi hati.

Farrish cuba mengusir perbualannya dengan Rayyan yang lalu. Sedang dia ingin menenangkan diri, datang Diana yang selamba badak memeluk lengannya. Haiihh,, mentang-mentang lah Diana ini anak kawan mama Farrish yang tersayang.

“Hish! Minah ni, sekali aku straight to the point kang, tak pasal –pasal mengadu kat mama yang aku jahat dengan dia.” Gumam Farrish. Farrish menepis lembut tangannya.

“Hmm, Diana. U nak apa ni? Kalau nak suruh I teman U pergi shopping? Sorry, I tak ada mood hari ni. So leave me please.” Kata Farrish dengan tegas.
Diana yang terlebih control cun tu apa lagi. Buat –buat merajuk lah. Tarik muncung sedepa muncung itiklah. Taktik sempati dan ugutan.

“U ni kenapa dengan I sekarang? Dulu tak macam ni pun. Ke U ada perempuan lain? Huh!” Marah Diana. Sakit sungguh hatinya melihat Farrish yang enggan melayaninya seperti dahulu. Mesti ada yang tak beres ni. Aku mesti siasat puncanya. Fikir Diana.

“Diana, U jangan kusutkan kepala I boleh tak? Kita bincang hal ni lain kali ok?” Ujar Farrish dengan malasnya.

Diana pula sudah panas hatinya melihat Farrish sebegitu. Dia terus berlalu dengan perasaan sebal di hati. Kalau betullah disebabkan perempuan lain Farrish jadi macam tu… Aku tak akan biarkan dia rampas Farrish. Siap kau! Nasib baiklah mummy sudah merencanakan plan yang sempurna untuk aku. Manjadi tunang pada usia yang muda kepada Farrish sememangnya impian Diana dari kecil lagi. Impiannya bertambah cerah saat mama Farrish bersetuju untuk menjadikannya menantu.
****
Seluruh kelas tingkatan 6 atas dan 6 bawah sudah kecoh akan persiapan mereka ke dinner akhir tahun memandangkan penghujung tahun semakin hampir.
Teringat ucapan Pengetua mengenai tema majlis itu. Red and white. Gabungan warna yang cukup sempurna. Warna merah sememangnya menjadi kegemaranku. Jadi tidak hairanlah banyak pakaian harian Arween berwarna merah semuanya.

Persembahan pula terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tidak kiralah menyanyi ke, berlakon ke, semuanya dibenarkan. Haa! Sporting betul Pengetua sekolah Arween kan? Ini lah part yang best sekali kalau hujung tahun. Maklumlah sekolah ni kan antara sekolah elit yang tersenarai dalam sekolah yang berkaliber dan high-class gitu.

Arween mula untuk fokus membaca novel kegemarannya iaitu Twilight di dalam perpustakaan. Ramai pelajar yang jenis ulat buku sepertinya datang menelaah pelajaran dan menghabiskan masa di sini.

Beberapa minit telah berlalu. Suasana yang tenang dan dingin membuatkannnya menguap tanpa dia sedari. Matanya kian memberat memandangkan malam tadi dia sibuk berskype dengan Amanda, temannya sewaktu di Australia dahulu. Masa berlalu dengan pantas sekali sehingga jarum jam menunjukkan pukul 1 pagi baru dia terlelap.

Kelihatan beberapa pelajar sudah beransur pulang ke kelas masing-masing. Aku terus melihat jam di tangan. Sudah waktunya dia bergegas ke kelas. Arween berjalan menuju ke rak bacaan untuk meletakkan kembali novel yang dibacanya itu di tempat asalnya. 

Saat dia ingin berlalu pergi, terdengar suara seperti orang berbincang dengan perlahan.
Arween mendengar butir bicara mereka dengan berhati-hati agar tidak kantoi. Kemudian, ditekup mulutnya kerana tidak percaya akan apa yang didengarnya itu. Secepatnya, Arween membuka langkah untuk kembali ke kelas semula.
*******
“Assalamualaikum mama!!” Ucap Arween buat ibu tercinta.

Ibu Arween menjawab salam sambil membalas pelukan anaknya.

“So, anak mama ada apa-apa yang nak cerita dekat mama ke? Biasanya laju jer mulut Arween cerita kat mama kalau hal kat sekolah. Hari ni tak ada apa-apa pula ke?” Laju sahaja bibir Puan Anisah mengomel.

Arween hanya tersengih apabila ibunya memerlinya sebegitu rupa. Apa-apa pun, ibu lah yang paling best diajak berbual memandangkan ayah dan abangnya sibuk di pejabat setiap hari.

“Ibu, sebenarnya kan.. Hmmmm.. Malam esok Arween ada dinner akhir tahun la bu. Sebenarnya Arween memang tak nak pergi tapi kesian pula kat Nana, sebab Arween dah terjanji dengan dia.” Pujuk Arween sambil tangannya ligat memicit bahu ibunya. Heheh.. taktik mencairkan hati Puan Anisah yang garang tapi dalam hati hati ada ais.

Puan Anisah menggeleng sahaja melihatkan pertolongan terlebih rajin anak daranya ini. Kalau hari-hari biasa? Huh, jangan harap la dapat merasa picitan Arween Arissa ini.

“Okey, ibu kasi Arween pergi tapi biar abang yang hantar dan ambil sekali. Ibu bagi chance kat Arween ni pun sebab Arween dah terlanjur berjanji dengan Nana. Kalau tak, tak adanya ibu bagi green light buat kamu.” Ujar Puan Anisah yang sedang asyik membelek majalah fesyen muslimah terkini.

Arween melompat gembira di belakang ibunya. Hatinya senang sekali dapat berkumpul dengan semua rakan-rakan sekelasnya. Tapi masih ada satu masalah. Hmm.. mama boleh tolong ke tak ek? Kan tak pasal-pasal ditarik balik permit pergi dinner.

“Ehemm, ibu…” meleret panggilan Arween terhadap ibunya. Senyumnya pulak ditarik lebar. Mata pula? Haa, dikerdip-kerdipkan bagai kucing betina yang comel.Huihui terlebih pula aku! Kata Arween dalam hati.

“Hah! Nak apa lagi ni?”

“Eheheh,, masalah baju pula ibu. Tema dia Red and White. Arween tak tau sangat la pasal memilih baju yang sesuai ni ibu. Ibu tolong Arween boleh tak? Pleaseeee..”
Puan Anisah berkira-kira dalam hatinya. Dilihat Arween dari atas ke bawah. Tiba-tiba cahaya idea terbit di benaknya. Nasib baik baju itu masih tergantung dalam almari pakaiannya. Harap-harap Arween muat pakai baju tu. Fikir Puan Anisah.

“Jom! Ikut ibu naik bilik ibu jap. Ibu rasa ada satu pakaian yang sesuai untuk puteri ibu ni.”

Ditarik tangan anaknya memanjat tangga menuju ke biliknya. Lalu, dibuka seluasnya pintu almari yang menempatkan baju-baju mewah yang cantik tapi masih menutup aurat tau.

Tangannya ligat mencari pakaian tersebut. Kemudaian dicapai gaun labuh berlengan panjang rekaan temannya yang kini berada di Paris. Hatinya berbunga kembang saat 
Arween mencuba gaun itu.

Itulah gaun yang dipakai ketika bersama dengan suaminya meraikan anniversary waktu muda-muda dulu. Sungguh matanya masih melekat pada gaun merah putih yang tersarung di badan puterinya.

“Wow!! Cantiknya gaun ni ibu. Arween suka sangat. Terima kasih. Saaaayang ibu. Mmmuahh!!” Sebuah kucupan sayang dihadiahkan buat Puan Anisah yang berbaik hati memberi gaun yang cukup indah kepadanya. Bukan Arween tidak tahu bahawa gaun itu ialah gaun yang cukup berarti buat ibunya.
******
Kini sudah tiba malam yang ditunggu- tunggu buat Arween Arissa. Ditilik wajahnya di cermin besar. Ibunya betul-betul membuatkannya berasa seperti seorang puteri yang bakal ke majlis tari menari diraja. Alah.. macam dongeng Cinderella tu. Hehehe.

Dengan solekan nipis yang ibu hiaskan di wajahnya sudah cukup baik. Senyum bahagia mula menghiasi bibirnya. Terasa di awang-awangan sebentar saat bermimpikan putera idaman yang melamar dirinya. Hahah.. mengarut betul Arween ni kan? Telefon Blackberrynya menjerit minta diangkat. Dilihat pada gerangan si pemanggil menunjukkan Nana.

“Hello Nana, kenapa kau call aku? Aku dah nak berangkat ni.”

“Oo okey. Aku tunggu kau kat pintu utama tau. Kita masuk sekali. Btw, siapa yang hantar kau nanti. Heheh.”

“Hahah, tanya jugak kau soalan tu ek?  Abang aku yang hantar. Dahlah aku dah nak gerak ni. Jumpa kat sana. Daaa”.  Arween tersengih mengingatkan soalan cepumas Nana. Bukan dia tidak tahu Nana menyukai abangnya dalam diam.

Arween bergegas masuk ke kereta abangnya setelah menyalami kedua-dua orang tuanya itu. Takut terlambat, marah pula si Nana tu menunggu bagai pohon kayu tak berbuah. Huahua.

Sedar tak sedar, Arween telah tiba di Hotel Palace. Matanya pula sudah mengenal pasti kedudukan Nana. Jadi, no hal punya nak masuk. Hilang sebentar rasa gugupnya.

“Arween, nak balik nanti call abang. Kalau Arween balik dengan orang lain.. abang nak merajuk. Tak nak cakap selama sebulan. Hmm!” Pesan Asyraf dengan tegas.

“Heheh, yelah-yelah. Abang ni kan, tegas sangat. Nak Arween cari kan girlfriend? Haa, calon dah ada tau. Tuu, yang pakai gaun putih selendang merah.” Tunjuk Arween kepada Nana yang berdiri berdekatan dengan pokok bunga mawar.

Asyraf apa lagi, dicubit tangan adiknya itu. Malu tapi mahu pula dia diusik kalau berkaitan dengan gadis kecil comel seperti Nana. Macam mana tak jatuh cinta wei kalau kadang-kadang Asyraf  balik kerja je, terpandangkan wajah Nana yang sibuk menelaah pelajaran di ruang tamu. Sepasang matanya memang tidak pandai menipu orang kalau bab perasaaan ni. Pasti akan mudah terrbongkar.

Kereta Asyraf meluncur laju setelah memastikan adiknya memasuki hotel tersebut bersama temannya.
******
Arween dan Nana ,mengambil tempat di sudut dewan. Dia ingin menanyakan Nana apakah betul apa yang didengarinya itu.

“Arween, apasal kau tarik aku kat sini pula. Macam ada mission impossible la pula. Dengan gaya perisik kau ni.” Nana berceloteh.

“Aku sebenarnya kan nak tanya kau betul ke yang Farrish tu dah bertunang? Dengan Diana pula tu. Bukan ke Farrish tu anggap Diana macam adik sendiri je?”

“Entahlah Ween, aku pun baru dapat gossip tu sebab terdengar perbualan orang dalam tandas hari tu. Mungkin betul kut. Sebabnya,, bukan ke mama Farrish dengan mummy Diana tu kawan baik. So, sah-sahlah diorang nak jodohkan mereka  untuk mengeratkan silaturrahim. Hmmm.” Ujar Nana meluahkan apa yang bermain di fikirannya sejak terdengar gossip itu.

Hati Arween sakit. Ya Allah apakah rasa yang sedang bermain di jiwaku ini? Rasa tidak bersemangat pula ingin meraikan majlis ini. Tapi… takkan sebab mendengarkan gossip panas tu hilang habis semangatnya? Ibu kan sudah mendandannya dengan selendang putih bermanik-manik merah yang elok terlilit di kepalanya. Tidak akan ku rosakkan usaha ibu itu. Huh! Fikir Arween.

Majlis berjalan dengan lancar sekali.Ramai pelajar yang bersedia untuk memberikan persembahan sebagai santapan para tetamu yang hadir. Mata Arween terpandangkan Farrish yang memakai tuxedo yang cukup macho di mata Arween. Bila teringatkan si dia sudah menjadi milik orang lain, dialihkan pandangannya ke tempat lain. Sayu betul hati ini. Huhuhu.

Melihatkan Arween yang duduk termenung, hatinya dipagut rasa ingin tahu apakah yang bermain di kotak fikiran gadis jelita itu.

“Hai Arween. Jauh termenung. Ingatkan orang tercinta ke?” Usik Rayyan yang telah mengambil tempat di sebelahnya.

“Hahah, tak ada apa-apalah. Saya seronok tengok semua persembahan kelas awak.” Segaris  senyuman dihadiahkan buat lelaki yang baik melayaninya. Bukan seperti Farrish, yang sibuk mengerjakan dirinya di sekolah. Ingat Arween ni barang mainan ke apa? Sebal pula bila difikirkan apa yang telah Farrish lakukan dulu. Tetapi, pelik. Entah kenapa sudah seminggu dirinya tidak lagi menerima kata-kata dan senyuman sinis lelaki itu.

Arween meminta diri untuk ke tandas sebentar. Lama-lama boleh sesak nafasnya asyik berbual, berhenti dengan Rayyan.
******
“Farrish, I tak tahulah apa yang merasuk U bertindak berjauhan dengan I. U taukan yang I sayang sangat kat U sampai tak boleh nak berenggang walaupun seminit. Tapi, U asyik layan I kasar je sekarang. Kenapa?” Luah Diana dengan lagak yang terlebih merayu. Macamlah Farrish tu suami sah dia.

Farrish yang sudah tidak tahan dengan keadaan itu meninggalkan Diana di tepi kolam renang. Tangan yang memaut lengannya ditepis kasar. Rasanya tahap kesabaran Farrish sudah habis melayan kerenah Dian yang bermacam-macam.

Diana menghentakkan kakinya dan menangis di situ. Peduli apa dia. Saat itu juga matanya melihat sekeping gambar seorang perempuan. Sebelum Diana menarik Farrish tadi gambar itu tiada di sini. Mungkinkah dialah gadis itu? Fikir Diana yang bercelaru.
Idea jahat mula tumbuh di otaknya. Tidak disangka gadis yang pendiam dan ulat buku itu juga yang dipilih Farrish. Tak setaraf  betul dengan Farrish Minhat.
*******
Arween bingung. Tadi dia diberitahu Rayyan ingin bertemunya di kolam renang ini. Sudah tiba dia di sini, bayang Rayyan juga tidak kelihatan.

“Adoyyaiii, manalah Rayyan ni. Tadi kata nak jumpa? Mana pula dia ni.” Arween masih berkira-kira ingin pulang semula ke dewan ataupun tetap menunggu di kolam renang ini. Mata Arween masih meliar mencari kelibat Rayyan.

“Sebab kaulah, Farrish jauhi aku! Sekarang kau rasalah sebab menjadi virus antara aku dengan Farrish.” Hilai tawa jahat mula bersuara.

Belum sempat dirinya berpaling ke belakang, dirinya telah ditolak dengan kasar ke dalam kolam renang. Tangannya  terkapai-kapai mencari ruang bernafas. Sudah banyak ditelan air rasanya. Arween sudah tidak mampu melonjak, kakinya kebas. Ya Allah, selamatkanlah aku. Arween berdoa di dalam hati.

Arween dapat merasakan dirinya ditarik ke atas. Tetapi dia tidak berdaya untuk membuka mata.
*****
Mata Arween dibuka dengan perlahan. Seluruh ruangan terasa putih. Kepalanya pula masih pening.

Dikerling lelaki yang tidur di sofa sana. Titis hangat mula membasahi wajah mulus Arween. Masih tersimpan kemas ayat yang dilemparkan kepadanya sebelum dia ditolak.

‘Kenapa Diana menyalahkan aku atas kerenggangannya dengan Farrish. Aku sudah lama tidak bertekak atau bersemuka dengan Farrish.’ Sudah puas Arween mencari punca dirinya dibenci Diana. Tapi…

“Eh, Arween dah bangun?  Baguslah, nanti saya panggilkan ibu awak dulu ya. Dia risau sangat pasal awak sebab awak kan ada sakit darah rendah.” Baru sahaja Rayyan ingin keluar, tetapi pertanyaannya membuat Rayyan terpaku.

“Kenapa awak ambil berat pasal saya? Saya tahu mesti awak yang selamatkan saya daripada lemas semalam kan?” Soal Arween mencari kepastian.
Tidak lama selepas itu, muncul Farrish dengan sekotak coklat Cadburry kegemaran Arween. Tanpa segan silu, Farrish menyatakan perasaannya kepada Arween.

Rayyan pula menangis sedih. Dalam hati je laa, takkan nak tunjuk depan Arween kan?  Hmm.. ‘Lebih baik aku beredar, lagipun pasti Arween telah mengunci hatinya untuk Farrish seorang. Tahniah, Farrish. Kau memang layak.’ Fikir Rayyan. Tidak mahu pula merosakkan mood bahagia kawannya itu.

Arween masih keliru. Farrish meluahkan perasaannya kepada aku? Dia kan benci dengan aku. Apasal pula? Habis tu macam mana dengan Diana. Bukankah diorang dah bertunang? Macam –mcam persoalan yang berlegar di benaknya.

Melihatkan Rayyan sudah berjalan mendekati pintu keluar. Terus dia bangun dengan segala daya yang tersisa untuk mencegah sebelum terlambat.

“Kita semua kena bincang. Arween dah buat keputusan. Dan Farrish dengan Rayyan mesti dengar apa yang Arween nak cakapkan ni.” Ujar Arween dengan tenang.

“Arween mengaku yang Farrish memang ada dalam hati Arween. Dan Rayyan pula, Arween langsung tak berbual sangat melainkan hal persatuan sahaja.” Berhenti sebentar nafas Arween sebelum melanjutkan kata-katanya.

Farrish sudah tahu kalau dia yang akan dipilih Arween memandangkan Nana pernah memberitahunya bahawa Arween akan bercerita perihal dirinya hampir setiap malam. Jadi, hatinya tidak perlu takut untuk mendengarkan keputusan Arween itu.

Rayyan pula sudah tidak tentu arah. Sebolehnya dia tidak mahu mendengar kata-kata keramat itu dari mulut Arween. Sememangnya, dia sendiri sudah menduga dengan layanan Arween terhadapnya. Pandangannya terpaku di lantai saja. Cuba untuk berlagak tenang.

“Arween dah tersuka dengan awak!” Ujar Arween sambil jari telunjuknya ditujukan kepada si dia.
*******
Aiskirim Sundae McDonald dinikmati dengan berselera sekali. Memandangkan cuaca hari ini sangat panas, diajaknya teman tapi mesra itu ke taman memandangkan baru diketahui bahawa rumah mereka hanya berjarak selang tiga rumah sahaja.

“Awak, kenapa awak pilih saya? Saya masih tak faham. Setiap kali saya tanya awak, mesti awak mengelak. So, hari ni saya akan pastikan bahawa saya akan dapat juga jawapan tu.”

Arween tidak dapat menahan tawanya. Dikerling wajah cemberut pemuda di sebelahnya ini.

“Penting sangat kah untuk kekanda ketahui kenapa kekanda yang menjadi pilihan beta?” Soal Arween ala-ala puteri diraja. Hahah, berangan kuat betul Arween ni.
Melihatkan tiada jawapan yang disambut oleh si dia, membuatkan sekali lagi Arween membuka bicara.

“Okaylah-okaylah. Merajuk pula dia. Saya pilih awak sebab awak ni last-last minit tunjuk perasaan malu tapi mahu awak tu kat saya. Saya sebenarnya tak layan awak sebab lidah saya kelu untuk berbual dengan awak. Dan yang paling penting, saya akan cakap merapu tau. Heheh. Dah, semuanya saya dah cakap kan? Tamat. Tu je untuk awak tahu Rayyan Rifqi.” Ditarik nafas lega setelah menceritakan perihal itu.

“Saya harap sangat awaklah jodoh saya kelak. Saya faham kita tengah belajar sebab tu saya nak kita belajar sambil mencintai dengan cara berkawan tapi mendoakan kebahagiaan pasangan. Okay tak cadangan saya?” Soal Rayyan bersemangat.
Arween hanya mengangguk gembira mempunyai teman tapi mesra yang memahami situasi seperti ini. Inilah calon yang sesuai dibuat suami.Hehehe

“ InsyaAllah, saya akan sentiasa menyayangi awak dan tidak akan lalai menjalankan tugas saya sebagai seorang yang masih bergelar pelajar. Jika sudah tertulis… awaklah jodoh saya, Rayyan Rifqi. Aminn.”  Doa Arween dengan penuh kesungguhan.

The Lost Valentine

Assalamualaikum wahai bloggers semua!! :D

Korang tengok tak cerita The Lost Valentine tadi sekitar 2 petang, humm channel? esya x igt plak.. 

Criter tu mengisahkan seorang perempuan yg berumur 60 tahun lebih yang setia menunggu 

kepulangan suaminya yg bekerja sebagai navy. Suaminya terpaksa bertugas semasa perang 

dunia ke-2. Dahla masa tu isteri dia hamil. Isk isk kesian tau! :\  Rasa sedih sangat tgk 

pompuan tu tunggu kat stesen kereta api pd hari valentine setiap tahun.. inilah tumblr yg esya 

jumpa masa Caroline & Neil tu muda dulu... Sweet couple u know .. Hahahah  :) 


 

Heheh.. ok lah setakat ni je esya nk berceloteh .. skarang nk sambung baca novel Coke and Sundae II plak.. Tata :)