Rentak muzik yang rancak dimainkan bagaikan berjaya menghasut anak-anak adam dan hawa ini agar terkinja-kinja menari bebas bersama. Sungguh tidak selesa rasanya parti seperti ini buat aku yang sememangnya tidak tahan dengan bunyi-bunyi yang cukup membingitkan itu.
Dari awal lagi aku sudah
tertipu dengan Kate, iaitu kawan yang tidak seharusnya digelar kawan. Manusia
yang bertopengkan syaitan.
“Ad, you must join us. Come
on babes.. don’t show me that bored face again,” ujar Kate sambil berpelukan
dengan kekasihnya yang entah keberapa.
Dah la tu, terang lagi bersuluh membuat
hubungan sebegitu walhal kekasihnya yang lain turut melihat adegan tersebut.
Sudah menjadi trend kali ya?
Adelia bangun dari sofa yang
menempatkannya dan beberapa pasangan yang agak mabuk. Grr!! Sumpah doe!! Bau
arak campur pulak dengan asap rokok yang
semakin galak melemparkan bau sengitnya itu seperti menjerut rongga
pernafasannya. Loya ditekak juga semakin kuat dirasai.
Alunan muzik semakin kuat
menggila. Oleh itu, Adelia terpaksa mengeluarkan suaranya sama tinggi dengan
bunyi muzik tersebut untuk berbicara dengan Kate.
“Kate! I think I can’t make
it anymore. You know I can’t stand it right with all this smoke. I’m gonna get
home now. See ya!!,” laung Adelia yang menyelit di antara tetamu-tetamu yang
berkampung di rumah Kate.
Belum sempat Kate ingin
menghalang Adelia, dia sudah lesap sepantas kilat. Kate tidak bediam diri. Dia
berusaha menjejaki Adelia dengan menghubungi teman lelakinya yang sudah
bersedia seandainya keadaan di luar kawalan.
Senyumnya yang menyimpan 1001
rahsia itu sukar ditafsirkan oleh sesiapa pun. Muka yang sebenarnya polos itu
tidaklah seperti yang disangkakan.
Adelia laju mengatur langkah
keluar dari villa milik keluarga Kate. Tidak semena-mena tangannya ditarik dari
belakang. Melihatkan wajah lelaki Inggeris yang pernah menjadi buah hati Kate
membuatkan diri Adelia dihujani dengan pelbagai persoalan.
“Kate, ask me to get you
back. She will explained to you more after we get in.” Adelia menurut sahaja
kata-kata lelaki itu. Lalu berjalan masuk ke dalam villa itu semula.
Mata Adelia meliar ke
seluruh ruang untuk mencari gadis cantik, tinggi lampai itu. Ternyata Kate
terlebih dahulu menegurnya.
“Ad.. please stay here until
the party’s over. Uhmm, why don’t you stay at my room first. Once I’m done,
I’ll get you home. Okay?” Kate memohon dengan riak yang mampu mengubah
keputusan Adelia.
Adelia berasa berat hati
untuk bersetuju dengan idea Kate itu tetapi jam sudah menunjukkan larut malam.
Hendak pulang pun belum pasti masih ada teksi yang mencari penumpang di sekitar
kawasan ini.
*****
Rancangan Kate terlalu sempurna hingga tidak sabar untuk
dia laksanakan. Segala arahan telah diberikan kepada Steven, bekas teman
lelakinya itu. Fikirannya mula membayangkan bagaimanakah hari esok yang bakal
dihadapi oleh seorang Adelia.
Pintu bilik Kate dibuka perlahan. Kelihatan sekujur tubuh
sedang terlena di atas katil mewah yang cukup memukau. Aroma yang dipasang
untuk sentiasa menyegarkan bau bilik masih tegar berkhidmat.
Belum pernah Steven melihat mahkota wanita yang bertudung
litup ini. Bahkan hendak memandangnya pun tidak terlalu mengujakan. Terdapat
daya tarikan yang tidak ada pada gadis lain seperti Adelia.
Perlahan-lahan Steven bergerak menuju ke arah wanita yang
lena diulit mimpi itu. Dirinya bagaikan melekat untul terus menguraikan helaian
rambut Adelia.
Kelopak mata Adelia bergerak-gerak. Terasa ada sesuatu
yang merayap di bahagian kepalanya. Ditahan sakit kepalanya yang bukan kepalang
itu untuk membuka mata. Saat itu lah.. dirinya terkejut lalu spontan
mengeluarkan suara meminta tolong. Sungguh hina perbuatan lelaki itu.
Manik-manik mutiara menitis tanpa dipaksa. Mulut Adelia
ditutup kemas sehingga lemah untuk menjerit. Pandangannya menjadi kabur.
Barang-barang di kamar itu bagaikan berpusing tidak berhenti.
Hilai ketawa
lelaki bangsat itu terngiang-ngiang di telinga Adelia. Selepas itu.. hanyut
sudah dirinya dengan tangisan sendu yang tidak dapat didengari dek sakit kepala
yang mencengkam urat-urat di kepala.
“Aah,” terjerit kecil Adelia.Tersedarnya dia dari
bayangan gelap yang saban hari menghantui dirinya itu.
“Astaghfirullahal’azim,” mengucap panjang Adelia untuk
menenagkan jiwanya yang tidak terkawal itu. Peluh kecil mula merenik di dahi.
Dia telah mengambil flight untuk pulang semula ke tanah
air tercinta setelah hampir 4 tahun merantau di sana. Kepulangannya juga
sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya.
Pramugari yang bertugas mula bersuara memberitahu bahawa
flight ini akan mendarat sebentar sahaja lagi. Para penumpang juga diminta
bersedia.
*****
Perjalanan dalam
teksi yang dinaikinya terasa bergerak perlahan sekali bagai kura-kura yang
belajar merangkak. Tetapi sebenarnya tidak. Mata pula usah dikata, sangat berat
untuk dicelik.
Hendak memejamkan mata memang diidamkan sejak berada di
atas kapal terbang lagi. Haihh.. apakan daya, kotak fikirannya masih belum
dapat menerima kejutan demi kejutan yang dihadiahkan oleh Kate. Peristiwa hitam
itu kembali menerjah laman fikirannya.
“Ad, I invite you to my party is because I want you to
feel the joyful moment here,” ujar Kate sambil ketawa sinis. “By the way, have
fun darling,” halus sungguh butir bicara Kate yang dibisikkan kepada dirinya
ang separuh sedar.
Denyut di kepala masih menguji kesabarannya. Ikutkan hati
ingin sahaja ditarik keluar sakit yang bergendang-gendut di kepala. Bak
kepalanya ini sedang dijadikan drum yang
gila dimainkan oleh pemain rock saja. Aiyyakk!!
xD
*****
Pejam celik..pejam celik.. Sampai sudah teksi yang
dikatakan kura-kura ini membawanya ke rumah ibu dan bapa tersayang. Pak cik
teksi pula membantunya mengeluarkan beg pakaian merah jambunya yang agak berat
itu. Selesai memberi upah orang tua itu, terus Adelia berjalan masuk ke dalam
banglo mewah keluarganya.
Pintu utama dikunci rapi. Terbit pula idea bernas Adelia
untuk memberi kejutan. Kakinya dihayunkan menuju ke pintu belakang. Dilihat
ibunya sedang ralit menonton Running Man sambil mengupas bawang. ‘Ya Allah!!
Mak aku pon boleh minat dengan cerita korea? Biar betik? Haihh.. nasib laa ada
mak yang berjiwa remaja. Hahaha.’
Adelia berjengket perlahan-lahan. Tawa ibunya masih
bersisa kerana lucu melihat rancangan reality tv itu tapi tetap kedengaran kuat
dan ganas. Malah ibunya juga sempat menghentak-hentak meja lalu berkata sesuatu
kepada Haha, iaitu salah seorang pelakon yang terlibat dalam rancangan
tersebut. Ketawa ibu pula semakin menjadi-jadi.
“Mak!!!” Jerit Adelia sambil tangannya sudah mendarat di
atas bahu ibunya.
“Oii!! Ambik kau Haha masuk longkang makan bawang,”
latah Puan Zahra dengan begitu kaget sekali.
Adelia sudah ketawa terbahak-bahak mendengarkan latah
ibunya itu. Puan Zahra menarik muka masam. Sempat juga tangan ketamnya mencubit
pinggang anak dara kesayangan itu.
“Haa, elok sangatlah perangai anak gadis seorang ni.
Balik tak bagitahu langsung. Kalau tak, ibu boleh masak lauk sedap-sedap untuk
kamu,” kata Puan Zahra dengan nada yang agak kecewa.
“Alaaa ibu.
Janganlah merajuk, Ad saja je nak kasi surprise. Hmm, lagipun ibu tu
haa, ralit bebenor Ad tengok asyik duk menghadap mamat-mamat mata sepet tu. Tu
yang sampai terkejut sakan la plak. Heheh,” balas Adelia memujuk ibunya yang
pastinya terasa hati tidak memberitahu dahulu akan kepulanangan anakanda
tercinta ini. Huihui.
“Huuh.. tak adanya ibu dah tua-tua gini nak merajuk
dengan budak tak cukup matang macam kamu. Dah pergi naik atas siap cepat. Kejap
lagi kita pergi dinner dengan papa.”
“Ibu tak nak
dengar ada alasan. Jadi, sekarang kaunter pertanyaan Puan Zahra telah ditutup
buat sementara waktu ya. Harap maklum dan segera menurut perintah,” tambah Puan
Zahra dengan nada tegas persis ibu tiri yang garang nak mampos!
‘Aiyoyoyo.. baik aku siap cepat. Tak guna nak berdebat
dengan ibu pasal hal ni.’ Bisik hati Adelia.
******
Bilik besar dan luas ini masih sama sewaktu
ditinggalkannya 4 tahun lepas. Warna merah jambu membuatkan hatinya mudah sejuk
dan menenangkan sekali. Adelia mendekati
birai katilnya lalu menghenyakkan tubuh ke atas tilam empuk itu. Sedari tadi
dia terlalu asyik memerhati ruangan bilik yang indah dihiasi dengan lampu yang
bergemerlapan.
Matanya pula tertancap pada bantal gemuk merah jambu.
“Ada lagi tak barang tu agaknya? Atau ibu ada kemas pastu jumpa tak benda alah
tu? Hadoiyyaii,” gumam Adelia.
Pelbagai andaian yang bermain di benaknya. Bagi mengusir
rasa tidak enak itu pergi, terus diselaknya bantal tersebut. Syukurlah diari
kecil itu masih terletak elok di tempatnya.
Adelia kembali mengatur nafasnya. Diimbas semula apa yang
dibicarakan oleh ibu dan ayahnya sewaktu makan malam di salah satu restoran
yang cukup terkenal dengan masakan tradisional seberang. Restoran yang dihiasi
dengan lampu kelip-kelip ditambah pula persekitarannya di tepi sungai. Senada dengan itu juga, bunyi air pancut
turut menyejukkan halwa telinga setiap pengunjung yang ada.
Kata-kata ayahnya dicerna kembali.
“Ad, papa ada sesuatu nak hadiahkan kat kamu. Tunggu
kejap ya,” ujar Encik Adam lalu memberi
sebuah kotak kecil yang diikat riben merah.
“Hadiah apa ni papa?” Soal Adelia. Teruja pula ingin membuka kotak itu. Lagaknya
macam budak 5 tahun dapat hadiah hari jadi pula. Hahah.
Riben merah laju dirungkai. Lalu membuka kotak kecil itu dengan
perasaan yang ingin tahu. Jari Adelia mengangkat hadiah tersebut. Ianya segugus
kunci. Hairan Adelia dibuatnya. Nak kata kunci kereta tak mungkin lah banyak
macam ni. Kunci apa la ni agaknya.Hmmm?
“Haa, tau tak kunci apa tu?” Soal Encik Adam. Senyum
lebarnya tak pernah lupus.
Adelia menggeleng tidak tahu. Berkerut-kerut dia
memikirkan kunci apakah itu.
“Tu kunci kedai kek cawan kamu. Papa hadiahkan sebab
kamu memang nak sangat buka kedai
sendiri bukan. Lagipun kek cawan kan dah jadi kembar kamu. Tak gitu mamanya?”
Tergelak Puan Zahra mendengar usikan suaminya.
Adelia pula sudah melonjak senang mendengar kata-kata
ayahnya itu. Rezeki dah dapat, bolehlah perlahan-lahan buat bisnes kan?
Hehehe..
*******
Heykal merenung kepulan awan di atas langit biru sana.
Siapa sangka dirinya bakal terbang ke Malaysia
semata-mata untuk meluahkan cinta kepada gadis Melayu yang bernama
Adelia Nadhira.
Jejaka kacukan Inggeris-Melayu ini bukanlah tidak laku.
Malah berderet gadis-gadis muda dan seksi yang ingin berdampingan dengannya.
Hati Heykal seolah-olah tawar dan beku dengan gadis jenis sebegitu. Adelia lah
gadis yang telah memecahkan dinding ais yang menyeliputi hatinya. Kekayaan yang
dimilikinya sedikit pun tidak dipandang oleh gadis impiannya.
Telefon bimbit Heykal menjerit minta diangkat menandakan
ada panggilan masuk. Segera dirabanya poket seluar untuk menjawab panggilan
tersebut.
“Bos, saya dah dapat dekat mana gadis itu berada. Sekejap
lagi saya akan kirim alamat lengkapnya.” Ujar orang suruhan Heykal.
“Ok, thanks. Bagus kerja kau. Kalau Tuan tanya aku pergi
mana cakap kau tak tahu. Faham?” selar Heykal dengan tegas.
Orang suruhannya mengiayakan saja arahan bos mudanya itu.
Al maklumlah orang kalau dah mabuk bercinta, naga depan mata pun tak dihiraukannya. Eh
eh, melalut lebih plak aku ni. Hikhik.
****
Kedai Adelia telah dirasmikan beberapa hari lalu,
kelihatan ramai pencinta cupcakes dan muffin mula berminat untuk singgah di
kedainya. Melihatkan jualan yang saban hari meningkat membuatkan hatinya
melonjak senang.
Tak kira yang tua atau yang muda juga turut mengisi perut
yang kosong di kedainya. Kedai yang dihias dengan warna biru lembut dan susunan
lukisan mampu memukau setiap pelanggan yang datang.
Kedengaran bunyi loceng di pintu menandakan ada pelanggan
yang masuk. Kelihatan seorang budak perempuan yang comel berlari anak menuju ke
tempat cupcakes dan muffin.
“Wahh!! Comelnya kek ni. Erika nak yang ni lah,” kata
budak perempuan itu sambil melihat deretan cupcakes.
Pada masa itu juga, seorang lelaki berpakaian sempoi
datang lalu mendukung budak itu.
“Maafkan anak saudara saya cik. Laju betul dia hilang, tak
sempat saya nak cari,” ujar lelaki itu sambil tersenyum menawan. Lesung pipit
timbul di kedua-dua belah pipi lelaki tersebut.
“Kacak jugak. Alahaii, kalau lah aku ni coklat.. mesti
cair siap boleh buat air hot coklat lagi,” Fikir Adelia.
“Eh, tak pe. Lagipun anak sedara awak ni tak buat apa-apa
pun. Cuma tadi saya dengar dia nak kek cawan.”
“Uncle, Erika nak tu. Nampak sedap sangat. Erika nak beli
untuk papa jugak la. Mesti papa suka. Lagipun papa selalu kerja jadi mesti tak
makan kan uncle?” petah sungguh budak itu berbicara. Tapi masih comel
keletahnya.
Lelaki itu mengangguk. Lalu dipesannya 6 biji muffin
untuk dibawa pulang.
Sebelum beredar, Erika sempat membisikkan Adelia sesuatu.
Terang-terang Adelia terkejut beruk. Pandai pulak budak
ni berayat. Masih segar di telinganya, bahawa Erika memujinya cantik lalu
menanyakannya jika sudi untuk menjadi mama kepadanya.
*****
Bunyi air pancut betul-betuk mencuci otak Rayyan. Bunyi
tersebut bagaikan melodi yang riang bernyanyi. Teringat pula kenangannya
bersama arwah Sofya, isteri tercinta yang meninggal selepas melahirkan seorang
puteri.
Kadangkala, bermain persoalan di minda. Kenapa Adelia
pergi ke luar Negara setelah pertemuannya di tempat barang keperluan bayi.
Macam ada yang tak kena.
Kaca mata ditanggalkan. Rayyan memicit-micit kepalanya.
Terasa tenang sekali berada di rumah. Sorotan mata pula dijamu dengan kehijauan
taman.
“Papa!!” sergah Erika dari belakang.
Rayyan terkejut lalu menggeletek pinggang anaknya itu.
Gurau senda yang benar-benar mencuit hati.
“Papa,, Erika nak makan cupcakes dekat satu kedai yang
sedap ni. Papa temankan ok. Kita makan kat sana. Mesti papa suka punya,” pinta
anak kecil itu.
“Hmm, papa penat la sayang. Tapi,, ok lah kita pergi.
Lagipun, sedap jugak rasa cupcakes yang Erika beli hari tu. Kenyang papa,” Ujar
Rayyan sambil mengusap kepala anaknya.
Si kecil Erika melonjak gembira. Terus dipeluk dan dicium
papanya berulang-ulang. Ucapan terima kasih juga tak dilupakan.
****
Suasana pagi begitu menyamankan. Kedai Adelia dibuka
lebih awal dari biasa memandangkan dirinya terlalu bersemangat untuk mula
bekerja. Sang suria pula sudah tegak berdiri di celah-celah kepulan awan.
Adelia menghenyakkan punggungnya di atas kereusi sambil
mencari idea untuk mengubah resepi cupcakesnya agar lebih mantap. Bunyi loceng
pula tak semena-mena menyentak fikiran Adelia.
“Hai kakak!” Jerit anak kecil itu di muka pintu.
“Eh hai comel. Datang seorang je ke?” Tanya Adelia sambil
mencubit pipi budak tembam itu.
“Tak lah. Erika datang dengan papa. Kakak nak tau tak
papa saya kacak tau. Saya suka je kalau kakak jadi mak saya. Saya tak kisah.
Nanti boleh kakak buatkan saya kek hari-hari. Yummy umm.. lazatnya.”
Adelia tergelak mendengar celoteh anak kecil itu. Saat
itu jugalah Adelia terpandangkan susuk tubuh lelaki yang dikenalinya.
“Tak mungkin,” gumam Adelia.
******
“Kenapa pergi Australia tak cakap dengan Rayyan dengan
Sofya. Kitorang cuba call tapi mama Ad cakap, Ad dah tukar number. Kenapa ni? Kalau ada masalah kita bincang ok?” Ujar Rayyan. Perasaannya sukar digambarkan
tika ini. Hendak kata gembira, tak. Geram pun ada.
Adelia pula hanya menggeleng. Dirasakan cerita lampau itu
tak perlu untuk dibahaskan semula. Biarlah ia berkubur sama dengan impiannya
dulu.
“Sofya dah meninggal. Sewaktu,, dia lahirkan puteri kami,
Erika.” Rayyan membuka bicara kerna terlalu lama membisu.
Adelia tersentak dari lamunannya. Lalu matanya dihalakan
kepada Rayyan.
Mencari kepastian yang tidak dapat diterimanya. “Patutlah Erika
macam dahagakan kasih sayang ibu. Kesiannya.” Bisik hati kecil Adelia.
“Adelia?” panggil seorang jejaka.
Adelia memandang ke arah pintu. “Heykal? Awak buat apa
kat sini.”
“Saya datang sebab nak perjuangkan cinta saya. Dulu awak
ada cakap kan, yang saya mesi kejar cinta saya. Dan sekarang.. saya dah
buktikannya.” Lancar sekali bicara Heykal. Kenalannya sewaktu di Australia
dulu.
Rayyan pula sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Ada perasaan aneh yang menjalar hatinya. Sakit sangat melihat jejaka tersebut
bagaikan putera yang ingin melamar puterinya.
Adelia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Renungan Rayyan menjerut lehernya untuk dilihat. Heykal pula… uhh. Kelu lidahnya
untuk berkata-kata.
Sunyi sepi pula di dalam kedainya ini. Dapat dilihat dari
ekor mata Adelia yang dua jejaka ini bagaikan berhubung dalam konteks mata.
Dalam jelingan ada isyarat. Dalam isyarat ada amaran. Haiyyaaa.. Berat pula nak
tengok diorang ni macam ni.
Dirinya serasa seperti dihimpit katil-katil yang empuk
hingga tidak dapat memilih. “Mama!! Apa yang mesti Adelia buat ni?” Jerit
Adelia. Tapi dalam hati je laa.
“Err, Heykal.. Saya,, saya,, Uhmm”.Tergagap-gagap Adelia
bersuara.
Heykal pula sudah memainkan peranannya. Dia berjalan
mendekati Adelia lalu memberikan bunga kertas origami yang dibuatnya sendiri.
Adelia pernah mencabarnya untuk membuat bunga tersebut jika ingin berjumpanya.
Kalau tidak… Hump! Jangan harap laa..
“Awak ingat lagi?” Tanya Adelia. Terasa sangat dirinya
dihargai.
Rayyan pula sudah berbulu matanya hendak melihat adegan
ini. Panas pula hatinya kali ini. Agaknya kalau diukur dengan thermometer boleh
pecah merkurinya.
“Lia, saya sayangkan awak. Sayang saya melebihi dari seorang
kawan. Lagipun dulu saya berharap awak yang akan menemani saya ke UK bukannya
Sofya. Dua-dua saya sayang tapi awak lain. Tolong jangan bersama dengan mamat
ni. Please,” Rintih Rayyan.
Adelia sudah
tergamam. Maknanya selama ini cintanya tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tu
semua dah terlambat untuk mengakuinya.
Tangan Adelia menyambut tangan bakal imamnya. Rasanya
keputusan ini sudah tepat yang seharusnya dia ambil.
“Maafkan saya,” Ucap Adelia sambil berpaling dari lelaki
yang ditujunya.
*****
“Tak sangka betul abang. Yang akhirnya terbuka jugak hati Lia dengan abang ya. Abang bersyukur sangat. Maknanya selama ni usaha abang tak sia-sia.”
Adelia menggulum senyum. Kepalanya sengaja dilentokkan di
bahu suami yang sah lagi tersayang. Manja pula Adelia malam-malam seperti ini.
Angin malam yang bertiup begitu menyegat
tulang-tulangnya. Tapi… pelukan suami pastinya membantu untuk mengurangkan rasa
itu.
“Abang, Lia nak ucap terima kasih sebab selamatkan Lia
dari jadi mangsa Kate kat parti dia hari itu. Lia malu sangat sebab tu Lia
balik Malaysia tak bagitahu sesiapa. Sedih sangat sampai Lia dah tak boleh nak
fikir.
Alhamdulillah, Lia tak jadi mangsa rakus teman lelaki Kate tu.” Luah
Adelia. Kesalnya kepada Kate tinggi menggunung.
“Sudahlah Lia. Lagipun abang dengar Kate tu dah makin
teruk. Biarkanlah dia. Biar Allah saja yang membalas perbuatannya tu.”
Dikucupnya dahi isteri penyejuk hati itu.
“Iyalah Tengku Heykal Adrian yang comel,” Gurau Adelia
sambil mencubit manja pipi suaminya. Heykal pula sudah mengaduh sakit dek
jemari isterinya yang ligat bermain di pipi.
Bahagia hidupnya tidak tahu bagaimana harus digambarkan.
Betullah apa yang dijanjikan Allah. Hilang seorang tak bermakna kesepian
selamanya. Tapi diberikan seseorang yang lagi baik untuk dijadikan pasangan buat hambanya.