Cerita ini telah diedit dan diubah tajuk.. abaikan cover cerita ini :)
Bunyi guruh berdentam
dentum di luar villa milik Tengku Irfan mengejutkan Qaireen yang sedang
lena dibuai mimpi indahnya. Sudah seminggu Teratak Awana hanya dihuni olehnya
dan Mak Leha serta beberapa pengawal keselamatan yang sudah ditugaskan untuk menjaga
keamanan teratak mereka. Tengku Irfan ialah seorang ahli perniagaan yang
berjaya dan ini menyebabkan Qaireen, puteri tunggalnya selalu ditinggalkan.
Syarikat beliau sering menjadi sebutan dunia. Oleh itu, beliau tidak lari dari
kesibukan mencari harta dunia.
Qaireen mengorak langkah
ke jendela kamarnya. “Ibu, Qaireen rindu ibu.Kenapa ibu pergi cepat sangat,
Qaireen perlukan ibu sekarang”.Tutur Qaireen dengan penuh pilu sambil menatap frame gambar ibunya.Rasa rindu kepada beliau
sudah menggunung. Andai sahaja dia dapat bertemu ibunya lagi, sudah pasti
dipeluk dan dikucup penuh kasih ratu hatinya yang sudah setahun kembali ke
rahmatullah itu. Diletakkan kembali frame tersebut lalu dihayunkan langkah ke
dapur untuk membasahkan tekak yang perit rasanya.
Dicapai jus epal yang
sudah sedia ada di dalam peti sejuk lalu perlahan-lahan meneguknya.Tiba-tiba…
“Ahh!!” Qaireen terasa bahunya dipegang dari belakang. Pranggg!!!
Gelas sudah jatuh berderai di atas lantai. “Qaireen!! ,Ya Allah kamu ni
kenapa?” ujar Mak Leha yang terperanjat dengan teriakan anak majikannya itu.
“Hisyy!! Mak Leha ni, terkejut Reen tau. Yang Mak Leha buat macam tu tadi
kenapa? Ingatkan orang jahat manalah yang nak culik Reen tadi.”Balas Qaireen
yang masih belum hilang rasa takutnya. “Hah?, orang jahat mana lah yang boleh
lepas dari pengawal kita yang tengah berkawal kat luar tu. Apalah Reen ni. Dah,
pergi masuk bilik. Biar Mak Leha yang bersihkan kaca ni semua. Nanti tak
pasal-pasal pula ada yang terluka.” Qaireen mula rasa bersalah melihat Mak Leha
yang sudah terbongkok-bongkok mengemaskan serpihan kaca itu. “Hmm, maaf ya Mak
Leha. Reen ni selalu menyusahkan orang kan? Sebab tu la papa pun selalu
tak lekat kat rumah.” Sebak Reen meluahkannya tanpa memandang Mak Leha.
Air mata mula membanjiri wajah mulusnya. Mak Leha tersentak mendengar ucapan
Qaireen itu. Dirinya mula dihimpit rasa sayu. Mak Leha hanya menghantar langkah
Qaireen dengan pandangan yang berkaca. Sungguh dia mengerti akan jiwa kosong
anak itu. Sudah setahun arwah Alyana pergi, meninggalkan suami dan anaknya itu.
Tengku Irfan hanya mengisi kesedihannya dengan menyibukkan diri di pejabat. Dan
itu lah yang menyebabkan Qaireen mudah terasa sekarang. Sikapnya juga sudah
tidak seperti dulu. Hilang keceriaan Teratak Awana yang dulunya dihiasi dengan
gelak tawa mereka anak-beranak. Kini, kesuraman yang setia menggantikannya.
“Pagi Mak Leha!!”
sergah Qaireen ketika Mak Leha sibuk menyiapkan sarapan pagi. “Opocott!!, kau
makan ubi keladi, ubi keledek.. Ahaii”. Latah Mak Leha sambil memegang sandwich
di tangan.
Terbahak-bahak Qaireen melihat Mak Leha yang
galak melatah. “Hishh!! Budak ni, kalau Mak Leha ni ada penyakit jantung,
maunya terlentang kat sini. Haa! Reen larat ke nak angkat Mak Leha yang double saiz ni ke hospital?” “Hahah.. Mak
Leha ni, Reen bergurau aje laa. Lagipun, bukannya Reen yang kena angkat
Mak Leha nanti. Tu haa! Ada pak guards kita yang hensem-hensem kat luar tu
mesti berebut nak tolong Mak Leha yang masih tip top lagi ni.” Semakin
suka Qaireen bergurau-senda dengan pembantu rumah yang sudah
dianggap seperti ibu keduanya.
Terasa ceria pula pagi
mereka bersama. “Hah, Reen jangan nak melalut lah. Dah cepat sarapan. Kan
lambat pula pergi sekolah tu nanti.” Ujar Mak Leha yang tersipu malu mendengar
usikan anak majikan kesayangnnya. “Hmm, ya laa. Heheh, Mak Leha ni saja nak
malu-malu depan Reen. Hahah.. ooopss!! Jangan marah ok Mak Leha ku
sayang. Pagi-pagi yang indah ni kenalah ceriakan muka dengan senyum.Baru dunia
ni pun senyum selalu.” Mak Leha menggeleng mendengar kepetahan Qaireen yang
suka melalut berjela-jela itu. Namun itu lah sikap Qaireen yang paling dia
sukai. Mudah tersenyum gembira walaupun hatinya sunyi. “Dah dah, nanti lambat
betul-betul ke sekolah tu baru
tau. Cepat, Pak Mat dah tunggu kat luar tu.” Qaireen segera menghabiskan sarapannya. “Isyhh
Mak Leha ni, lupa eh? Reen kan pergi dengan vespa merah jambu kesayangan
Reen tu.” Mak Leha berfikir sejenak.
“Ha’ah laa. Mak Leha
ni memang suka bebenor lupanya. Hahaha, hati-hati bawak vespa tu Reen”. “Okie
dokie Mak Leha.” Ujar Qaireen sebelum mengucup tangan wanita itu. Dihayunkan
langkah ke vespa lalu menghidupkannya.
“Alhamdulillah, nasib baik
sampai tepat waktu. Kalau tak kena lah hadap muka mamat-mamat pengawas yang
menjengkelkan hatiku ini. Tu belum lagi kena ceramah yang buat aku panas.
Erghh!! Buat spoil mood aja fikir pasal benda tu.” Ketika Qaireen berpaling
untuk menuju ke kelasnya… Gulppp!! Rupanya dia telah membebel sambil
didengari oleh seorang pengawas lelaki yang sedang merenunngnya tajam.
“Aihh?! Kenapa, terkejut ke? Kalau ya pun nak merungut pasal tugas pengawas
yang poyo-poyo ni, lain kali datang awal!! Faham cik Qaireen?”. Pengawas yang
dikenali sebagai Syed Emir Izz Rayyan itu lah musuh paling ketat Soffea Damia
Qaireen. Ada aja kesalahan yang nak dicari supaya Reen rasa
terseksa. Arghh!! Tapi memang diakui lelaki itu mempunyai daya tarikan
tersendiri. Tapi kerana sikapnya yang terlalu serius membuatkan pelajar
perempuan yang lain lebih suka mengejar Syed Izz Ariq Rifqi iaitu kembarnya.
Setiap kata-kata yang lahir dari bibir manisnya itu akan membuatkan para gadis
jatuh terduduk. Seluruh warga Smartest sudah masak dengan perangai Izz Ariq
yang satu itu. Guru-guru juga telah memberikannnya gelaran Playboy Smartest.
Pantang melihat gadis yang berkulit cerah dan berdahi licin sikit pasti
‘diayatnya’, lalu terkenalah mangsanya itu.
Kantin sekolah penuh
sesak dengan para pelajar yang tidak terkawal. Mungkin sudah lapar tahap gaban
kut. Setiap hari menu makanan Smartest akan bertukar-tukar dengan hidangan yang
sangat menyelerakan lagi bersih. Hari ini menu kesukaan Qaireen iaitu
Laksa Penang yang terhidang. Perghh!! Sedap hingga menjilat ibu jari.
Qaireen mengambil tempat bersebelahan dengan Eryna Adelia, iaitu best friendnya. “Eryn, kau
tengok laksa ni. Wahh!! Kecur dah air liur aku ni nak merasa.” Eryn sudah
tersenyum melihat sahabtanya. “Hahah, kau ni macam la tak pernah makan laksa ni
sekali seminggu.” Tanpa mempedulikan sesiapa, sepantas mungkin disua laksa itu
ke dalam mulut. “Selamat tercerna kat dalam perut aku ya laksa.” Ujar Qaireen
sambil tersengih. Terburai ketawa Eryn melihat gelagat temannya itu. Haikal
yang terlihat kelibat Qaireen terus menegur. “Reen, headboy nak jumpa kau kat bilik disiplin dalam
masa sepuluh minit. Dia kata urgent.
Kalau kau lambat, dia tak teragak-agak nak denda kau”. Ucap Haiqal selaku ketua
kelasnya. “Hishh, mamat nih. Aku tengah syok makan laksa ni, time ni jugaklah
dia nak buat hal dengan aku. Erghh!!” Tidak semena-mena, dihentakkan kuat
tangannya ke atas meja.Boleh tahan juga perit di tangan tapi tak
sebanding dengan hatinya yang sudah terbakar. Kalau diukur dengan thermometer mungkin sudah pecah dibuatnya.
“Err, kau pergi aja laa jumpa dia. Nanti kena denda lagi susah. Ok?
Lagipun, mana lah tau memang ada benda penting yang dia nak cakap kat kau.”
Disebabkan Eryn, digagahkan juga badan ini bertemu dengan ‘Tuan Monster
Jerk’ itu.
Sampai sahaja di bilik
disiplin itu terus dipulas tombol pintunya. “Hah!! Ada apa kau nak jumpa
aku ni? Dah la orang tengah rehat. Cepatlah!”.Laju sahaja kata-kata tersebut
meluncur keluar dari bibir mugilnya sebaik sahaja dikuak pintu bilik itu.
‘Alamak!! Salah terjah la pula, Hishh! Perlu ke kembar dia yang
‘seekor’ ni ada juga. Menyemakkan mata saja. Eh, dia main kenyit-kenyit mata
pula.Kan aku tumbuk mata tu jadi juling, baru padan muka kau!!’ Jerit
Qaireen dalam hati. Dia cuba berlagak tenang agar tidak ketara sangat
kegelisahan yang mula menguasai diri ini. Izz Rayyan memulakan bicara. “Amboii,
sopannya awak. Dah la masuk tak bagi salam. Islam ke apa awak ni?
Sekurang-kurangnya ketuk lah pintu tu dulu. Dah la membebel
macam mak nenek tua.” Tersentap hati Qaireen dengan butir bicara musuhnya.
Qaireen menjegilkan mata bundarnya. ‘Ceyhh!! Mak nenek tua? Buta ke
apa mamat ni. Aku yang masih muda ni disamakan dengan mak nenek tua kerepot?
Puihh!! Memang kena pakai cermin mata dah headboy ni’. Qaireen mengutuk ‘Tuan
Monster Jerk’ itu habis-habisan dalam hatinya. Izz yang menyedari akan
kemerahan wajah gadis itu segera bersuara. “Saya tau awak tengah kutuk saya
kan?” Qaireen memandang tepat ke dalam anak mata lelaki yang paling tidak
disukainya itu. Geramnya bibir ini hendak membalas kata.
“Ha’ah!! Memang aku
tengah kutuk kau pun. Kalau boleh, aku nak sangat karate kau sekarang. Huh! Monster Jerk. Gumam Qaireen.
Izz Ariq hanya selesa menjadi pemerhati antara perang dingin abang
kembarnya itu bersama gadis yang dirasakan sangat comel macam kartun Teletubbies. “Hmm, ada apa awak
nak jumpa saya.Masa rehat dah nak habis ni”.Tanya Qaireen yang mahu sepantasnya
keluar dari tempat yang merimaskan dirinya itu. “Uh, saya nak awak parking
elok-elok sikit vespa merah jambu awak tu. Vespa tu dah menghalang motosikal
orang lain nak keluar. Saya terima banyak aduan pasal hal ni.” “Hmm, ya
lah.” Balas Qaireen dengan malas. Izz Ariq sudah tersenyum-senyum melihat muka
garang Qaireen. Abang kembarnya memang sengaja ingin mengenakan gadis itu.
Sampai sahaja di kelas.
Eryn menyoalnya tentang kenapa dia dipanggil tadi. “Baguslah kalau macam
tu. Setakat hal vespa kau kan senang aja.” “Memanglah. Tapi aku rasa aku
dah parking elok-elok tau vespa tu. Aku pasti, mamat ni memang saja aja nak
cari kesalahan aku la.” Qaireen melepaskan rasa tidak puas hatinya itu.
“Ermm, mungkin dia suka kau kut.” Bagaikan serangan halilintar mendengar
perkataan keramat itu. “Tak mungkin!!” ‘Tuan Monster Jerk’ itu
adalah musuh dia sampai bila-bila. Kecuali Izz Rayyan datang meminta maaf
kepadanya. “Okey-okey, aku tau kau tengah stress ni. Apa kata kita
ulangkaji kat taman datin petang nanti.” Qaireen hanya mengangguk setuju.
Tidak dapat hendak mengeluarkan suara tatkala tekaknya terasa kering sekali.
Petang itu mereka belajar
bersama kerana peperiksaan SPM sudah semakin hampir. Eryn makin tidak betah
dengan keadaan itu. Sudah tepu otaknya menyelesaikan soalan Add-Maths yang
bagaikan racun berbisa. Begitu membunuh jiwanya. “Oii, Reen!! Kau ni tak
bosan ke menghadap buku tu dari tadi. Aku boleh jadi gila kau tau tak, kalau
tak ada orang nak berbual dengan aku.” Ujar Eryn dengan sedikit lantang.
Qaireen lantas melihat wajah manis sahabatnya yang sudah bertukar
menjadi kusut dan sebal. “Okey, kita rehat kejap.” Qaireen dan Eryn
berbual-bual sambil melayan lagu-lagu Kpop kegemaran mereka menggunakan Ipod
masing-masing. Awan mendung kelihatan mula berarak dengan pantas. Mereka
secepatnya beredar untuk pulang ke rumah.
Seorang wanita yang cantik
bertudung sedang membantu Mak Leha menyediakan makan malam. Tengku Irfan pula
hanya duduk memerhatikan wanita yang baru dinikahinya siang tadi. Tanpa
pengetahuan Qaireen, Tengku Irfan telah mengambil satu keputusan drastik tanpa
menanyakan pendapat puterinya dahulu. Bagi Mak Leha yang sudah lama mengenali
perangai Qaireen, berasa terkilan kerana pasti anak majikannya itu akan berjauh
hati. Deruman enjin vespa Qaireen mula kedengaran dari luar villa. Qaireen yang
baru sahaja melangkah ke dalam villa berasa aneh apabila melihat seorang wanita
yang tidak dikenalinya sedang bergurau mesra dengan ayahnya. Hancur perasaan
Qaireen tiada siapa yang tahu. Kolam air matanya sudah penuh dan bakal deras
gugur. Mak Leha yang melihat Qaireen segera menyapanya.
“Reen! Mari makan sekali.
Papa Reen pun ada ni.” Tengku Irfan segera menoleh ke arah pintu utama. Niatnya
ingin memperkenal Dalila Hayfa, mama baru Qaireen terbantut tika melihat wajah
permata hatinya sudah lencun dengan air mata dah badannya juga basah dek
terkena hujan. “Tak apalah Mak Leha. Reen tak lapar. Lagipun papa bukannya tak
boleh makan kalau Reen tak ada pun. Dan perempuan kat sebelah papa tu pun,
boleh menghiburkan papa macam yang Qaireen tengok tadi. Qaireen naik atas dulu
Mak Leha.” Terkelu lidah Tengku Irfan. Tujuannya menikahi Dalila hanyalah
kerana dia tidak mahu Qaireen hilang kasih seorang ibu. Belum pernah Qaireen
bersikap sebegitu. Dalila yang melihat anak tirinya sudah berlari ke bilik
berasa bersalah. “Kasihan Qaireen, aku tidak seharusnya berada di Teratak Awana
ini.” Fikirnya.
“Papa dah mengkhianati
mama. Tak ada orang lain yang boleh tinggal kat Teratak Awana dengan kita.
Qaireen tak akan terima perempuan tu sebagai ibu tiri.” Bisik Qaireen dengan
penuh marah. Hal ini terlalu pantas berlaku. Mudahnya ayah berkahwin lain tanpa
mengambil kira pendapatnya. Perkara yang sama masih berlegar-legar di
fikirannya. Dia khuatir akan sikap mama tirinya nanti. Mungkin akan berlaku
tidak adil dan papanya pula akan menyebelahi perempuan itu. Qaireen terlena
dengan perut yang lapar dan air mata yang masih bersisa.
Tengku Irfan tidak dapat
menumpukan perhatian dalam mesyuarat yang diadakan tadi. Semua pekerja sudah
sedia maklum yang Tengku Irfan ini seorang yang komited dengan kerja. Hari ini
lain benar reaksinya. “Irfan, kau ni kenapa? Aku tengok macam ada masalah.
Mungkin kau boleh cerita kat aku. Sekurang-kurangnya dapat melegakan kau
sikit.” Tegur Dato’ Syamil. “Hmm, anak aku si Qaireen tu. Sejak aku kahwin
dengan Dalila, dia macam anggap aku tak wujud kat villa. Aku sedih tau Mil.
Qaireen tu lah satu-satunya yang arwah Alyana tinggalkan untuk aku.” Balas Tengku
Irfan. Sememangnya perlakuan Qaireen berubah mendadak kebelakangan ini. Hanya
dengan Mak Leha dia membuka kata. “Berat juga masalah kau ni. Alah, lama-lama
nanti okeylah tu. Qaireen tu berhati lembut. Aku yakin suatu hari nanti dia
dapat terima kenyataan.” Tengku Irfan hanya mampu berdoa agar sikap ceria
Qaireen tidak akan terus lenyap.
“Hai, boleh saya duduk?”
Tanya Izz Ariq kepada Qaireen. “Duduklah, bukannya ada nama saya pun kat kerusi
ni.” Izz Ariq tersenyum mendengarnya. “Dari tadi lagi saya perhatikan, awak ni
ada masalah ya? Kalau awak sudi, ceritalah. Ia dapat mengurangkan sedikit beban
awak tu.” Qaireen memandang lelaki itu. Akhirnya dia menceritakan juga
apa yang selalu bermain di fikirannya. Izz Ariq banyak memberi
nasihat agar tidak terlalu berfikiran buruk terhadap ibu tirinya itu.
Namun, bagi Qaireen dia tidak akan memanggil wanita itu mama kerana mamanya
hanya ada satu yang telah lama kembali kepada penciptaNya. “Saya akan cuba.
Terima kasih ya Ariq sebab awak dah tenangkan saya. Saya tak sangka awak pun
ada ayah tiri.” Izz Ariq tidak membalas kata-kata Qaireen sebaliknya hanya
tersenyum. Memang diakui, Izz Ariq dan Izz Rayyan juga sulit untuk menerima
orang baru dalam keluarga mereka. Tetapi mengenangkan kebahagiaan ibu mereka
jelas terpancar membuatkan mereka akur. Ibunya juga berhak untuk merasa
kebahagiaan setelah pemergian orang yang tersayang. Lagipun, ayah tirinya
sangat baik melayan mereka. Dalam ketegasan mendidik, terselit juga rasa
sayang.
Kelihatan Puan Dalila dan
Tengku Irfan sedang menunggu Qaireen untuk menjamu makan malam bersama. Puan
Dalila sudah bertekad yang dia ingin menyelami perasaan anak tirinya itu
sedalam mungkin. Qaireen yang memerhatikan dari belakang dinding berasa gusar
untuk meneruskan langkanhya ke meja makan. Terasa janggal sekali. Digagahkan
juga diri ini ke meja makan kerana kesian melihat wajah suram kedua-dua orang
tuanya. “Eh! Reen mari duduk sebelah papa. Dah lama kita tak berkumpul macam ni
kan.” Ceria sekali wajah ayahnya. Qaireen hanya mampu tersenyum melihat ibu
tirinya menghulurkan lauk kepadanya. Tengku Irfan yang banyak berceloteh.
Qaireen pula lebih senag mendengar dan ketawa tatkala ayanhya melawak. Suasana
seperti ini lah yang paling dirinduinya. Terasa seperti mamanya berada dekat
sekali. Qaireen sedar, dia sudah salah menilai ibu tirinya. Dia akan segera
meminta maaf nanti.
Puan Dalila sedang duduk
berdua dengan Tengku Irfan di buaian yang indah terhias. Mereka berbual-bual
sambil merenung jauh ke atas langit. Melihat bulan yang masih terang dan
bintang yang cantik berkerdipan. Qaireen mengambil peluang ini untuk
menjernihkan hubungan mereka berdua. Qaireen mengambil tempat di hadapan buaian
tersebut. “Ermm, papa.. Reen nak minta maaf sebab dah terkasar bahasa dengan
papa hari tu. Reen betul-betul tak sengaja. Dan, err.. umi,, maafkan Qaireen
juga ya. Sebab dah banyak kali Reen buat umi susah hati. Reen dah dapat terima
umi sebagai ibu tiri. Reen harap sangat, papa dan umi tak marah kat
Reen ya.” Sebak Qaireen menuturkannya. Dikucup juga tangan kedua-dua ibu
bapanya. Puan Dalila dan Tengku dengan baik. “Kami tak marahkan Reen pun. Malah
kami juga dah lama maafkan Reen sayang. Papa rasa keluarga kita dah lengkap
kembali dengan adanya senyuman Qaireen buat papa dan umi.” Tengku Irfan memeluk
erat anaknya. “Terima kasih ya Reen, sebab sudi terima umi dalam hidup
Reen.” Sebak Puan Dalila berkata kepadanya.
Malam itu menjadi saksi
akan kemesraan yang mula terjalin dalam keluarga Tengku Irfan. Sepasang mata
yang asyik memerhati adegan itu hanya mampu berdoa agar kebenaran bakal
terbongkar juga nanti. Diseka manik jernih yang mula membanjiri muka dengan
hujung baju.
Pub penuh sesak dengan
manusia yang sudah tersesat menuju ke arah keburukan. Air kencing syaitan
diteguk oleh remaja-remaja di situ sehingga beberapa botol. Muzik yang
dimainkan juga membuatkan para pengunjung terkinja-kinja menari sambil
berpelukan dengan bebas. Seorang lelaki gempal datang menyapa Puan Dalila yang
sudah separuh khayal. “Hey, amacam hidup kau lepas dapat orang kaya tu?
Hahahah.. Aku dapat bayangkan, betapa nikmatnya hidup kau yang sekarang
ni.” Senyum jahat mula mekar di bibir Dalila.
“Kau tau tak Bad, aku dah
plan macam-macam tau. Aku nak pergi melancong luar negara, shopping, spa dan
lain-lain lagi. Aku tak nak sia-siakan lombong emas depan mata aku. Sekarang
ni, mereka anak beranak dah percayakan aku sepenuhnya. So, aku rasa kita
dah boleh jalankan langkah kedua kita. Muahahah.” Badrul pula menyokong
rancangan Dalila. Dengan menggunakan harta Dalila, dapatlah dia berfoya-foya
selepas ni. Rancangan itu sudah lama terangka kemas di kotak fikirannya. Hanya
perlu menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.
Dalila dan Badrul mula
merencanakan sesuatu yang pastinya membuatkan Tengku Irfan melutut dan merayu
di kaki mereka. Sasaran utama mereka ialah Qaireen. Semestinya Tengku Irfan
bakal mengorbankan apa-apa sahaja demi anak tunggalnya itu. Badrul dan Dalila
mula berpesta sakan setelah bersepakat untuk menjalankan misi tersebut.
Qaireen membuka helaian
demi helaian surat khabar yang baru dibelinya. Pelbagai jenayah yang
menggerunkan berlaku di luar sana. Seram sejuk dibuatnya. Hujung minggu Qaireen
hanya diisi dengan membaca novel dan mengulangkaji pelajaran. Rasa rindu sudah
sarat ditanggung Qaireen. Tengku Irfan sudah seminggu ke luar daerah atas
urusan kerjanya.
Puan Dalila dengan
ramahnya mengajak Qaireen untuk keluar berjalan-jalan bersamanya. Perjalanan
mereka mengambil masa yang sangat lama hingga membuatkan Qaireen terlelap.
“Umi, kita kat mana ni. Tadi.. umi kata nak pergi jalan-jalan kan. Kenapa kita
boleh sampai kat tempat hutan yang sunyi macam ni.” Ujar Qaireen yang
terpinga-pinga . Puan Dalilah tidak menjawab pertanyaan anak tirinya itu.
“Umi... Jomlah kita balik. Qaireen tak selesa lah macam ni.” Rengek Qaireen
yang jelas ketakutan dengan persekitaran hutan itu. Puan Dalilahsudah tidak
dapat menahan amarahnya yang kian memuncak. “Hoii!! Kau ingat, aku suka sangat
ke nak buat baik dengan kau. Untuk pengetahuan kau ya budak, aku bawa kau ke
sini sebab… Muahahah!! Aku nak culik kau la bodoh.” Sengaja
dihaluskan suara untuk menakutkan Qaireen. Hilai tawa Puan Dalila persis orang
yang tinggal di Tanjung Rambutan. Peluh mula membasahi badan Qaireen. Dikuatkan
semangatnya untuk membuka langkah seribu.
Puan Dalila dapat meneka
apa yang difikirkan Qaireen. ‘Huh! Jangan harap kau boleh lari keluar
dari hutan macam ni.’ Desis hatinya. Kelibat Badrul semakin mendekat dengan
kedudukan mereka. Badrul datang membawa tali dan kain kecil.
“Eh!! Lepaskan aku la!”
Teriak Qaireen sekuat hati. “Hoi!! Lebih baik kau diam sebelum tangan aku ni
naik atas muka kau tu.” Suara garau lelaki gempal itu mampu mematikan rontaan
Qaireen untuk terus menjerit meminta pertolongan. Hatinya resah. Moga-moga
rancangan jahat ibu tirinya sempat dihalang.
Tengku Irfan sudah
berkerut- kerut mukanya. Panggilan buat Qaireen semuanya tak diangkat. Hati
kecilnya kuat mengatakan yang Qaireen sedang menghadapi musibah. Mak Leha
menguatkan langkah untuk berdepan dengan majikannya . Tembelang yang satu
itu harus segera dibocorkan.
“Apa! Tak mungkin Mak
Leha. Dalilah tu sayang sangat dengan Qaireen walaupun dia hanya anak tiri. Mak
Leha jangan cuba nak buruk-burukkan dia ya.” Berubah sudah nada
percakapan Tengku Irfan. Marahnya membuak-buak apabila ada orang yang
memperkatakan isterinya. Perbualan mereka berhenti di situ apabila ada
panggilan masuk untu Tengku Irfan.
“Sayang.. maafkan I ya. I
terpaksa culik anak U ni.” Dilembutkan suaranya. “Hahahah.. I nak U
sediakan duit tebusan sebanyak RM 1Juta. Sanggup ke tak sanggup? Mestilah
sanggupkan. Lagipun U kan pernah cakap yang harta U yang paling bernilai sekali
ialah anak U kan. So, tak ada masalah la kan nilai 1 Juta tu kalau nak
dibandingkan dengan nyawa anak kesayangan U ni. Hahah.” Berdesing telinga
Tengku Irfan mendengarnya. Panggilan yang disangka bakal menenangkan hatinya
ternyata salah sama sekali.
Diraup kasar wajah yang
semakin kusut itu. Tengku Irfan kebingungan sama ada ingin melaporkan hal ini
kepada pihak polis ataupun tidak. Nyawa Qaireen lebih bernilai jika
dibandingkan dengan hartanya yang menggunung itu. Sungguh tak dijangka,
perempuan yang disangka baik itu ialah manusia bertopengkan syaitan.
Rasa bersalah mula
menjalar di hati. Tengku Irfan berasa gagal sekali dalam menjaga Qaireen.
Satu-satunya permata hati yang ditinggalkan oleh arwah isterinya.
Malam mula berlabuh.
Qaireen sudah lelah untuk terus menjerit lagi. Tekaknya begitu haus sekali.
Dalam hati, Qaireen memanjatkan doa agar dirinya terselamat dari bahaya ini.
“Hoi! Bila laki kau nak serahkan duit tebusan tu? Aku dah tak tahan ni tau. Dah
la kat sini banyak nyamuk, panas lagi. Hurgh!!” Keluh Badrul. “Hey!! Kau
ni tak reti sabar ke hah! Aku pun panas jugak kat sini. Lepas dapat je
duit tu nanti, aku nak kau campakkan budak perempuan tu dalam gaung.” Dalilah
menjeling sekilas ke arah Qaireen yang pengsan akibat tamparan keras Badrul.
Hatinya berbunga riang menantikan wang yang bakal menjadi miliknya.
“Assalamualaikum Amir.
Boleh tak Amir datang rumah uncle sekarang? Ada hal penting uncle nak
minta tolong dengan Amir. Okay, uncle tunggu tau.” Talian ditamatkan. Semoga
rancangan yang satu itu berhasil.
Tengku Irfan menyambut
kedatangan anak sahabatnya itu dengan mesra. Diceritakan masalah yang sedang
membelenggu dirinya saat ini. “Macam tu lah Mir. Uncle dah buntu sangat
sekarang ni. Kalau boleh uncle memang nak pergi serah je duit tu, tapi itu
bermakna mereka bebas daripada hukuman.” Amir mengangguk setuju. Otaknya ligat
mencari idea untuk menolong lelaki pemurah itu.
Di tangan Tengku Irfan
sudah dibimbit dua briefcase penting itu. Lankah terakhir
sampai di sebuah rumah usang yang bercahaya malap. Kelibat seorang manusia
semakin menghampirinya dalam keadaan samar-samar.
Briefcase mula bertukar tangan. “Aku tak faham, kenapa kau sanggup buat
keluarga aku macam ni. Qaireen tu budak lagi tau. Kenapa kau libatkan dia
hah! Menyesal aku kahwin dengan kau la perempuan!” Dihamburkan saja
kemarahan yang sudah lama bersesak di dada. Namun kemarahan lelaki itu hanya
dibalas dengan bibir yang semakin galak senyum sinis.
“Duit kau dah dapat. Mana
anak aku?” Tajam menikam pandangan Tengku Irfan terhadap Dalilah. Dalilah masih
berlagak tenang walaupun keadaan sekarang semakin tegang. “Hahah..
Anak? Aku
dah suruh orang pergi campakkan dia jauh-jauh dari dunia ni.” Tengku Irfan
jelas berubah riak mukanya. Wajahnya mencerlung ke arah perempuan di hadapan. Nama Amir dilaungkan dengan
lantang sekali. Dalilah begitu terkejut melihat sepasukan polis sedang menuju ke
arahnya. Dia segera berlari dengan sepantas mugkin. Tidak mahu dihabiskan sisa
hidupnya di dalam penjara yang jijik tempatnya.
“Hishh!! Manalah si Dalila
ni. Takkan duit tak dapat kut. Sia-sia je la aku menjaga budak ni.” Qaireen
hanya mendengar butir bicara lelaki itu. Semoga dirinya dilindungi oleh yang
Maha Kuasa.
Beberapa orang anggota
polis memecah masuk ke dalam rumah usang itu. Badrul yang masih mamai itu tidak
sempat mengacukan pistolnya ke arah mangsa tebusan. Inspektor Amir datang
membuka ikatan tali di kaki dan tangan Qaireen. Dia dibawa pulang dengan
selamat kepada Tengku Irfan yang sudah menunggu kepulangan anak tersayang.
Doktor Afifa ralit
memeriksa pesakit yang sudah tidak asing baginya. “Macam mana keadaan Qaireen
doktor? Dia ok ke?” Tanya Tengku Irfan. “Qaireen tak apa-apa Tengku. Dia hanya
kepenatan dan mungkin agak terkejut dengan apa yang dah berlaku pada dia.”
Tenang sahaja butir bicara doktor muda itu. Tengku Irfan menarik nafas lega.
Pagi yang sungguh indah
ditemani dengan kicauan burung-burung kecil. Tengku Irfan mengambil cuti hanya
untuk meluangkan masa yang sudah lama dihabiskan dengan kerja. Dua beranak itu
menikmati sarapan pagi dengan gembira sekali. “Papa, sarapan kali ni, Reen buat
sendiri tau. Hehehe.. Cuba papa rasa salad buah ni. Haa!.. confirm menjilat sudu.” Terburai ketawa
Tengku Irfan dengan tingkah laku puterinya. “Ye lah, anak papa buat salad buah
mesti sedap punya. Sama sedap masa arwah ibu kamu buat dulu.” Qaireen mengukir
senyum. Kenangan mereka bersama datang menjengah di kotak fikiran. Resipi salad
buah ibu Alyana memang tiada tandingan.
“Papa, macam mana dengan
umi Dalila? Ada apa-apa berita pasal dia tak?” Akhirnya terluah juga keinginan
untuk bertanya perihal yang satu itu. Tengku Irfan termenung seketika. Lama
keadaan itu berlarutan. Qaireen berasa serba salah telah mengubah mood gembira mereka tadi. Hanya ketegangan
yang datang bertamu. “Tak apalah papa. Abaikan soalan Reen tadi ye.”
“Inspektor Amir ada bagi
tahu perkembangan tentang kes tu. Badrul memang dah kena hukuman yang setimpal.
Cuma, kalau perempuan tu…. polis masih menjejaki dia.” Tengku Irfan menjawab
juga persoalan di benak anaknya itu. “Papa, maafkanlah umi ya. Dia jadi macam
tu mesti terkena pengaruhnya. Lagipun, Reen juga dah maafkan dia.” Redup
anak mata Qaireen menatap papanya. Mencari sedikit kemaafan. “Reen.. Sekarang
ni pun, papa tengah belajar untuk memaafkan dia. Insyaallah..” Qaireen memeluk
erat papanya. Dipanjatkan doa buat ibu tirinya agar segera pulang ke pangkal
jalan.
Tamat