Malam yang indah ditemani dengan sinar bulan dan bintang-bintang yang bergemerlapan di langit hanya dipandang sepi dengan jiwa yang kosong.Bagi Raisya Darwisyah ini lah hari yang sangat menyedihkan buat dirinya.Seharusnya, malam ini dia sudah bergelar sebagai seorang isteri.Entah kenapa, bakal suaminya hanya mengirimkan surat yang mengatakan bahawa dirinya tidak dapat meneruskan hubungan ini kerana telah menemui seseorang yang lebih baik daripada Raisya. Walaupun terdapat kata maaf yang diselitkan dalam isi surat itu, hatinya begitu hancur dengan sikap Dzakwan Amsyar yang tidak memikirkan akan maruahnya yang bakal menjadi buah mulut saudara-mara di kampung dan juga jiran tetangga.
“Am, kenapa Am sanggup buat Sya macam ni.Apa salah Sya?!!”.Raisya menjerit sekuat hati di dalam bilik pengantin yang sudah terhias cantik.Kerana terlalu mengikut emosi yang bercampur dengan marah dan sedih, Raisya mengamuk dengan melempar ‘frame’ gambarnya bersama lelaki yang dulunya menghiasi hari-harinya dengan senyuman. “Arghhhh!!!!, aku benci kau Am!!.Benci!!”.Teriakan kuat Raisya telah mengejutkan saudara-mara yang berada di ruang tamu rumahnya. “Bang, kenapa dengan Raisya tu.Menjerit-jerit macam orang histeria”.Ujar Puan Laila dengan cemasnya. Tidak lama selepas itu, bunyi pula kaca yang berderai jatuh dari bilik Raisya. “Ya Allah!!, Bang anak kita”. “Apa kena dengan Raisya ni, cepat kita ke bilik dia”. Balas Encik Firdaus yang semakin khuatir dengan puteri kesayangannya itu.Saudara- mara yang lain semua sudah terpinga-pinga akan kelakuan Raisya.
Setelah pintu dikuak, alangkah terkejutnya ibu bapa Raisya apabila melihat anaknya yang berlumuran darah di tangan.Kini baju pengantinnya sudah dibasahi dengan cecair merah manakala wajahnya pula sudah lencun dengan air mata.Hilang seri wajah Raisya yang pada mulanya cantik dengan sedikit sentuhan alat solek.Raisya seperti orang yang hilang arah di mata Puan Laila dan Encik Firdaus.
“Astaghfirullah Raisya!, kenapa ni nak?”. “Ibu!! Am tinggalkan Sya. Dia tak nak teruskan majlis perkahwinan ni.Sya malu ibu.Sampai hati dia buat Sya macam ni.Sya rasa nak lari jauh-jauh dari sini bu”.Teresak-esak Raisya menerangkan perbuatan Amsyar yang sangat kejam meninggalkan dirinya yang terkontang-kanting dalam majlis pernikahan mereka. Encik Firdaus yang mendengar penjelasan anaknya berasa sangat marah dan kesal dengan Amsyar yang sudah dianggap anak sendiri itu.Tapi apakan daya, perkara sudah berlaku.Mahu tidak mahu, majlis ini harus dibatalkan walaupun akan meninggalkan kesan terhadap keluarganya.Pelbagai umpatan pasti jelas kedengaran nanti. “Abah akan batalkan perkahwinan kamu. Esok Abah dengan ibu pergi bersemuka dengan keluarga Amsyar”.Kamu bertenang dulu, mungkin ada penjelasan yang logik kenapa Amsyar bertindak sedemikian”. Tenang Encik Firdaus menasihati anaknya walaupun dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.
Seperti yang dijangka, jiran-jiran Raisya mula melemparkan pelbagai persepsi. Ibu bapa Raisya pula pergi bersemuka dengan besan tak jadinya itu.“Aku nak tahu kenapa Amsyar tega meninggalkan Raisya di hari majlis pernikahan mereka!!”. “Sabar Firdaus, aku sendiri pun bingung dengan tindakan drastik Amsyar.Setahu aku, Amsyar memang sangat -menyayangi Raisya.Perkara ini betul-betul di luar jangkaan aku”. “Sudah lah Syam, aku tak akan pernah memaafkan perbuatan Amsyar itu.Aku malu dengan jiran-jiran yang sudah membuat pelbagai cerita.Aku kecewa dengan anak kau Syam.Aku harap kita tak akan berjumpa lagi”.Segera ibu bapa Raisya beredar dari rumah besan tak jadinya itu.Terasa sakit sangat akan hal ini. “Maafkan aku Firdaus, aku terpaksa rahsiakan alasan Amsyar membatalkan perkahwinan tu.Aku sudah berjanji dengannya”.Sebak Encik Syamrul menuturkannya. “Sabarlah bang, saya percaya suatu hari nanti mereka akan faham kenapa kita buat macam tu.Lagipun Amsyar perlukan sokongan kita bang.Dia pun pasti sakit menahan rasa melepaskan Raisya”. Sedih mereka apabila mengenangkan nasib Amsyar yang hanya berpeluang untuk hidup 3 bulan sahaja bermulai sekarang kerana telah disahkan menghidap penyakit kanser hati tahap kronik.
Gambar Raisya, kekasih hatinya itu ditatap dengan penuh sayu. Hubungan yang sudah lama terjalin akhirnya terpaksa dileraikan. “Am, kenapa Am membuat Raisya berprasangka buruk terhadap Am.Kesian dia mama tengok.Mama ada juga dengar, yang sekarang Raisya dah jarang bercakap dan asyik berkurung je dalam rumah”.Amsyar tersentak mendengar kata-kata mamanya. “Biarlah dia kecewa sekarang ma,daripada dia harus hidup dengan lelaki yang akan menyedihkannya.Am tak tahu nak hadapi Raisya kalau dia tahu penyakit Am nanti”. Perlahan Amsyar menuturkannya sehingga sebak Puan Aisyah melihat keadaan anaknya.
Sudah dua bulan, peristiwa yang sedih itu berlaku. Raisya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah rehat milik keluarganya yang berada di atas bukit. Suasananya yang nyaman mungkin akan dapat menenangkan hati Raisya yang masih terluka akan kejadian itu. “Sya, aku nak pergi kedai buku jap, kau ada nak pesan apa-apa tak?”.Tanya Dinie kepada sepupunya yang sedang termenung di balkoni. “Uhmm, tak kot. Lagipun kejap lagi aku pun nak keluar pergi melukis dekat sungai”. “Ouh. Ok, aku ‘chow’ dulu ek.Daa”.
Alat-alat yang diperlukan untuk melukis dibawa bersama Raisya mendekati sungai.Mindanya terbayang akan peristiwa lalu.Tanpa sedar, dia telah melukis wajah lelaki yang suatu ketika dahulu menjadi bintang di hati.Titisan hangat mula laju membasahi pipi gebunya.Tipu jika hati ini tidak menyayanginya lagi. “Aku harus belajar lupakan dia.Kalau dia boleh lupakan aku dengan mudah, aku pun boleh.Ya!! Aku mesti kuat dan aku tak boleh lemah”.Tegar pendirian Raisya.
“Mama, Papa, Am rasa masa Am dah hampir.Am nak mama serahkan diari dan CD ni pada Raisya bila hari jadi dia yang ke 23 nanti.Cakap pada dia yang semua Raisya nak tahu tentang kenapa Am tinggalkan dia, ada dalam diari ni.Tolong sampaikan amanat Am ya ma”.Sebak kedua-dua ibu bapa Amsyar.Belum sempat melihat anaknya itu berkahwin sudah dipanggil dengan yang Maha Esa. “Am jangan bimbang, mama dengan papa pasti akan serahkan diari ni pada Raisya”. “Thanks pa, ma.Allah~”.Amsyar pergi meninggalkan alam dunia menuju ke alam barzakh.
**2 bulan kemudian**
Encik Syamrul sedang bersiap untuk ke pejabat.Dilihat isterinya yang asyik melayan perasaan sendiri di meja makan.Sungguh dia mengerti bahawa sekarang isterinya itu masih belum dapat melupakan Amsyar, putera mereka.Keletah Amsyar yang dulunya periang dan suka berguraulah yang menceriakan suasana Teratak Kasih mereka. “Syah, jauh awak termenung.Abang yang dari tadi tengah breakfast ni pun awak tak layan”.Sapa Encik Syamrul yang ingin memulakan bicara dengan isteri tercintanya itu. “Hmm, tak ada apa lah bang.Saya ni kadang-kadang rasa rindu dekat Am.Yelah, sunyi je rumah kita ni tanpa dia”.Tutur Puan Aisyah perlahan sambil menahan mutiara jernih yang cuba mengalir. “Sabarlah, Syah.Lagipun kalau awak asyik bersedih aje, Am pun tentu sedih melihat keadaan kita”. Puan Aisyah memang merelakan akan kepergian anaknya tapi sisa rindu masih bertakhta di hati.Terlintas di fikirannya tentang diari yang harus diserahkan kepada Raisya pada hari lahirnya nanti. “Bang, hari lahir Raisya esok kan?, saya ada amanat yang harus disampaikan kepadanya.Pasal Amsyar”. Encik Syamrul mengangguk faham. “Tak apa nanti kita pergi jumpa Raisya.
Sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan, Raisya melukis dengan penuh perasaan.Dia benar-benar leka dengan pemandangan di atas bukit yang begitu mempesonakan. Tiba-tiba, benda alah yang satu itu mula kedengaran.Raisya segera mencapainya tanpa melihat nama si pemanggil. “Assalamualaikum”. Lembut Raisya menjawab panggilan tersebut. “Waalaikummussalam, Sya malam ni kau balik awal sikit eh, aku ada benda penting nak bagitau kau.Ok, jumpa malam nanti”. Talian diputuskan tanpa sempat Raisya membalas bicara sepupunya Dinie. ‘ Eh minah ni, call aku pastu cakap dah la laju macam kereta api.Haisyyyhh, kereta api pun tau nak berhenti’.Raisya bermonolog sendiri.Sudah arif benar dengan sikap sepupunya yang suka memberi kejutan.
Raisya tersedar dari lamunannya yang telah melayang jauh, akibat terdengar suara yang garau menegurnya. Dah la masa tu dia tengah berbaring memandang langit yang biru. “ Awak ni siapa?, dah la awak pergi la jauh-jauh, saya tak ada mood sekarang nak layan orang”.Raisya mengelak dari terus ditenung oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. “Ouh, maaf kalau saya dah mengganggu ketenangan awak.Saya selalu nampak awak dekat sini.Adakalanya, awak menangis, senyum sendiri, dan banyak lagi lah”.Ujarnya yang mahu menarik perbualan dengan gadis di hadapannya. “Ek?!!.So selama ni awak perhatikan saya la?!!”.Teriak Raisya dengan wajah yang sudah merah dan bila-bila masa sahaja akan meletup. “Saya minta maaf.Saya Cuma ingin berteman dengan awak.Btw, I’m Asyraf Fawwaz Danish”. “Maa aiihh!! Panjangnya nama.Habis tu saya nak panggil awak apa?”. Tersenyum Asyraf melihat Raisya yang semakin berminat berbual dengannya. “Well, call me anything you like.Tapi biasanya kawan-kawan panggil saya Asyraf.It’s up to you”.Kata Danish sambil mengenyitkan mata ke arah Raisya.Zappp!!! Terasa bagaikan ingin luluh jantungnya melihat mata nakal lelaki itu sedang merenungnya.Darah gemuruh sudah mulai menguasainya.Peluh juga sudah merintik di atas dahi. ‘Aku mesti cepat-cepat pergi dari dia ni.Maunya aku tak boleh nak tidur malam ni dengan senyuman ‘Hot’nya yang jarang berada di pasaran lelaki idaman ‘Malaya’. Wahh wahh!!, jauhnya aku melalut. Raisya berbisik di dalam hati. Tanpa sepatah kata, Raisya berlalu dengan mengayuh basikalnya ke rumah. “Heii tunggu!! Nama awak apa!!? Soalan pemuda itu dibiar tanpa jawapan.
Sebuah kejutan hari lahir yang diadakan untuk diri Raisya hanya mengundang sedih yang selama ini cuba untuk dia lupakan. Dulu Amsyar lah yang selalu menyediakan pelbagai kejutan buat dirinya. Setiap kali tiba hari lahirnya, Amsyar pasti mengajaknya ke taman yang dihiasi dengan lilin-lilin. Dia juga akan menyanyikan sebuah lagu yang akan membuatkan tidur Raisya tidak terlena.Di rumahnya, kelihatan ibu bapa Amsyar juga turut hadir.Mereka datang mendekat seperti ingin berkata sesuatu. “Raisya, maafkan kami sebab terpaksa merahsiakan hal ni daripada kamu nak.Ini semua permintaan terakhir Amsyar.Kami ada amanat yang harus diserahkan kepada kamu”. Masih terngiang-ngiang kata-kata Puan Aisyah ketika menghulurkan sebuah diari yang berwarna biru tua dan sekeping cakera padat kepadanya.Berat rasa hati Raisya untuk menyambut huluran wanita yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.Masih terselit rasa hormat walaupun sudah lama tidak berhubung dan bertemu dengannya. “Dalam diari tu, Am dah tulis kenapa dia mesti tinggalkan Sya.Sya bacalah ya.Am berasa tak layak untuk berdampingan dengan Sya kerana hidupnya tak lama”.Sambung Puan Aisyah setelah Raisya menyambut hulurannya.Tersentak Raisya apabila mendengar ucapan itu.Terasa seperti guruh yang berdentum di hatinya.Mata Raisya mula berkaca. Terus dihayunkan langkah ke tempat yang selalu menjadi penyejuk hatinya,
Sambil duduk di atas batu besar berdekatan dengan anak sungai, Raisya perlahan-lahan membuka diari tersebut.
‘Assalamualaikum ‘Pelangiku’ Raisya..
‘Maafkan ‘Hujan’ sebab pergi meninggalkan ‘Pelangi’ yang pastinya sangat terluka. Lebih baik begitu daripada ‘Pelangi’ terpaksa menderita seumur hidup dengan seorang lelaki yang umurnya sudah tidak lama lagi. ‘Hujan’ tak dapat memberi kebahagiaan dan menemani ‘Pelangi’. Saat ‘Pelangi’ membaca diari ini, ‘Hujan’ sudah tiada lagi. ‘Hujan’ gembira dengan kenangan yang yang telah kita ciptakan dulu. Oleh itu, ‘Hujan’ tak kan pernah melupakan ‘Pelangi’ yang hadir dan membawa berjuta kemanisan dalam hidup ‘Hujan’. Walaupun ‘Hujan’ pergi, tapi ‘Hujan’ akan tetap hadir dalm ingatan ‘Pelangi’. Sekiranya hujan mencurah, anggaplah ‘Hujan’ sedang memerhatikan diri ‘Pelangi’.Carilah lelaki yang lebih baik daripada ‘Hujan’, yang dapat menceriakan hidup ‘Pelangi’. Janganlah anggap perpisahan ini sebagai suatu kelukaan. Tapi perpisahan untuk menguji kita. Baiklah, setakat ini sahaja coretan ‘Hujan’. Berjanjilah dengan ‘Hujan’ bahawa ‘Pelangi’ akan mencari lelaki yang dapat mencurahkan sepenuh kasih sayangnya.Di sini, ‘Hujan’ sertakan satu video. Mainkan video ini disaat ‘Pelangi’ bersedih.
‘Hujanmu’ Amsyar ;)
Titisan hangat laju menuruni dari tubir mata Raisya. Terasa sebak bercampur sesak di dada apabila membaca diari Amsyar.Sungguh terharu akan kasih sayang yang ternyata belum terhapus dari diri lelaki itu.Andai lelaki itu belum pergi, dia rela untuk menemani saat-saat akhir Amsyar biarpun hanya seketika. Terus didakap erat diari tersebut.Matanya mendongak ke arah langit yang mendung. ‘Sebentar lagi pasti hujan turun.Pelangi pun akan muncul’.Gumam Raisya.
Dari jauh Asyraf memerhatikan gadis yang disapanya beberapa hari yang lalu.Secara tidak sengaja dia tertangkap gambar Raisya Sekali lagi, mutiara jernih gadis itu jatuh berguguran dan membuatkan dirinya tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam. ‘Kenapalah kau ni suka sangat sedih.Andai saja aku dapat menghiasi bibirmu dengan senyuman manis’. Sudah banyak gambar gadis itu yang diambil secara senyap-senyap. Jika tidur Asyraf terganggu, dia akan menjadikan foto Raisya sebagai peneman.
Raisya berbaring di atas katilnya sambil merenung dinding.Dia berusaha mencari idea untuk lukisan terbarunya.Terlintas di fikirannya akan CD yang Amsyar berikan untuknya. Terus ditarik laci yang menyimpan pelbagai jenis barang berharga miliknya. Diambil CD tersebut lalu dimainkan dalam ‘lappy’nya. Video dimainkan, kemudian.. “Pelangi, lagu ini saya persembahkan khas untuk awak sebab saya tak berpeluang untuk memberi hadiah istimewa sempena hari lahir awak. Awak dengar ya”. Ujar Amsyar sambil melemparkan senyuman manisnya dengan muka yang sedikit pucat. Gitar mula dipetik dan kedengaran suara Amsyar yang mendayu-dayu menyanyikan lagu kesukaannya iaitu ‘Saat Terakhir’.
‘Di bawah batu nisan kini,
‘Kau telah sandarkan, Kasih sayang kamu, Begitu dalam,
‘Sungguh ku tak sanggup,Ini terjadi kerna ku sangat cinta,
‘Inilah saat terakhirku melihat kamu,
‘Jatuh air mataku, menangis pilu…
Raisya menghayati setiap bait-bait lagu tersebut. Terasa begitu dalam maknanya.
Sambil mengambil angin pagi, Raisya cuba untuk mendapat inspirasi baru bagi lukisannya.Saat itu dia disapa dari belakang. “Morning sunshine!!”. Sergah Asyraf. ‘Cehh!! :p Dia ni lagi.Haihh, spoil mood aku betullah’, gumam Raisya. “Oopps., awak macam tak suka je saya kat sini.Hmm, tak pe lah saya rasa lebih baik saya pergi je kan?”. Baru selangkah Asyraf berganjak, Raisya bersuara. “Alahaii, tak kan awak dah merajuk kut.Saya ingat girls je kuat merajuk.Tak sangka la plak awak ni lebih teruk rajuknya.Hahaha”.Terburai ketawanya melihat lelaki terbut tertunduk malu. “Hmm, awak saya err..”. Raisya pantas memintas. “Copps!!, Call me Raisya.Full name, Raisya Darwisyah”. Asyraf tersenyum melihat Raisya yang sudah mula berbicara dengannya. “Apa kata kita pergi jalan-jalan kejap.Tengok keindahan alam semula jadi kat sini”.Raisya pantas bersetuju.
Raisya mengimbas kembali kejadian petang tadi.Bahagianya rasa apabila dekat dengan lelaki yang masih baru dikenalinya.Sehari suntuk mereka menghabiskan masa. Makan-makan, ambil gambar dan sebagainya. Tercuit hatinya dengan kemesraan lelaki yang dipanggil Asyraf itu. Berderau darahnya apabila teringat saat dia hampir tergelincir ketika meniti batu-batu besar di sungai. Cekap tangan Asyraf menyambutnya.Ketika itulah mata mereka bertembung.Bagaikan terkena panahan petir cinta.Tangan Asyraf masih kemas di pinggangnya.Kedua-duanya masih terpaku dan tidak terduga akan hal ini bakal terjadi.
“Asyraf, kenapa mama tengok dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk je.Ke ada something yang mama tak tau ni?”.Tegur Puan Adleen yang aneh dengan sikap anaknya itu. Asyraf yang mendengar teguran ibunya itu masih murah dengan senyuman. “Heheh, tak ada apalah ma.Saja nak ceriakan muka ni ha. Tiba-tiba je rasa nak senyum selalu”.Ujar Asyraf sambil memeluk ibunya. “Hmm, mama dah lama makan garam Asyraf.Mama dapat rasakan yang kamu tengah fall in love kan?”. Serta- merta berubah air muka Asyraf apabila ibunya dapat mengesan perasaan cintanya yang sudah semakin lebat merindu. “Jangan lambat sangat, nanti kena sambar dengan orang lain, kamu jugak yang menangis tak berlagu nanti.Haa,, macam apa lagu yang mama dengar tu, ‘Jangan tunggu lama-lama, Nanti lama-lama dia diambil orang”. Berdekah-dekah Asyraf mendengar nyanyian mamanya. “InsyaAllah ma, tak lama lagi mama akan dapat menantu yang baik dan penyayang”.
Petang seterusnya, Asyraf ‘berpicnik’ dengan Raisya di bukit berdekatan dengan air terjun. “Awak, saya ada benda nak bagitahu awak”.Asyraf bersuara.Raisya pula mula fokus mendengar kata-katanya. Kemudian, Asyraf mengeluarkan sebuah kotak kecil berbaldu merah hati lalu menyuakannya kepada Raisya. Jelas riak terkejut yang dipamerkan Raisya. “Sudikah awak menjadi sebahagian dari jiwa saya?.Jujur saya kata kan, saya memang tak pandai nak bermadah pujangga dengan perempuan.Kehadiran awak begitu menceriakan hari-hari sepi saya. Apa pun jawapan awak saya terima dengan hati yang redha”. Raisya terpaku sebentar dengan lamaran Asyraf.Melihat kesungguhan lelaki itu dan perasaan cinta yang sudah mula tumbuh dalam dirinya membuatkan Raisya segera memutuskan untuk…
“Saya terima nikahnya, Raisya Darwisyah Binti Ahmad Firdaus dengan mas kahwinnya tiga puluh lima ringgit dibayar tunai”. Dengan sekelip mata Raisya telah sah menjadi seorang isteri. Tetamu yang hadir semua mengatakan bahawa mereka bagai pinang dibelah dua. “Cewahh!! Cayalah Sya, akhirnya kahwin jugak kau ek.Alahaii, aku ni bila lah pulak orang tu nak masuk meminang”. Ucap Dinie dengan kuat agar Ikhram ‘teman tapi mesranya’ itu terasa. “Ye lah sayang oii, minggu depan saya hantar rombongan meminang.Kalau saya mintak kahwin terus, awak jangan nak suruh bertunang pulak”. Terbeliak mata Dinie mendengarnya.Padahal ucapannya tadi hanya sekadar usikan. Adegan usik mengusik terhadap raja sehari ini pula membuatkan mereka tersipu malu. “Terima kasih sebab sudi menjadi suri dalam hidup abang.Saya berjanji akan menjadi suami yang baik untuk awak”.Bisik Asyraf selepas menyarungkan cincin pernikahan mereka di masjid As-Salam. “Saya juga akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk abang”. Balas Raisya.
“Senang hati saya ni bang, tengok Raisya dengan Asyraf tu.Akhirnya kebahagiaan tu dapat juga dia rasai”. Ujar Puan Laila. Encik Firdaus mengangguk setuju.Syukur apabila dapat melihat senyuman anaknya lagi. ‘Am, Sya dah kahwin. Tetapi Sya akan tetap mengenang Am sebagai cinta pertama yang pernah hadir dahulu. Asyraf ialah lelaki yang tepat untuk Sya bersama. Semoga perkahwinan ini menjadi yang pertama dan terakhir dalam hidup Sya’. Tutur Raisya ketika memandang ke arah langit yang biru. … TAMAT … ^^”
P/s: kalau ada yang kurang saya minta maaf,, kerana saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :D