ayt bergerak

#Future Novelist & Doctor :D

Jangan Merajuk Ya Sayang

BE MINE!! ^_^


   “Morning papa!!”, sergah Nelli dari belakang.

Tidak semena-mena tersedak Dato’ Haridz yang sedang makan akibat kenakalan puteri kesayangannya itu.

“Nelli tak baik buat kat papa macam tu”.tegur Datin Suraya.

“Heheh, sorry papa, mama.Nelli janji tak buat lagi, promise!”.

Sesungguhnya Dato’ Haridz dan Datin Suraya sudah faham benar akan perangai anak bongsunya itu.

“Nelli, kamu berangkat dengan papa ke sekolah ok.”

“Hmm?, papa tak ada meeting ke?”.

 “Aneh, tiba-tiba je papa ni nak hantar aku pergi sekolah,bukankah selalunya terkejar-
kejar masa.Maklumlah ahli korporat yang berjaya kan”.Fikir Nelli.

“Ah, kebetulan papa tak busy hari ni,so tak salahkan kalau papa nak hantar buah hati papa ni ke sekolah hari ni?”.

“Oooo, Nelli lagi suka kalau papa yang hantar.Tiap- tiap hari pun tak apa.Heheh”.
Nelli cuba bergurau senda dengan papanya, maklumlah hari ini baru dia berpeluang untuk berbicara dengan papanya.

“Haa, sudah sudah lah tu, ni kalau asyik bercakap je dari tadi alamatnya lewat lah kamu ke sekolah Nelli”. Spontan Nelli memandang jam tangan Swatchnya.

“Alamak!! Nelli dah lambat ni”.
Segera Nelli menyalami tangan ibunya sebelum berangkat ke sekolah.

“Haihh, Nelli Nelli kamu ni kan selalu je kelam kabut tau”.

“Heheh,relakslah ma, nanti kalau Nelli dah kahwin, insyaallah perangai kelam kabut ni dah tak ada dah”. Sempat lagi Nelli berloyar buruk dengan mamanya.

“Thanks pa sebab hantar Nelli hari ni”.Ucap Nelli setelah tiba di perkarangan sekolah.

“So k dear,ok lah cepat masuk kelas nanti kena denda pulak anak manja papa ni”.

“ Hishh papa ni, Nelli tak manja pun ok”. Eh aku ni tak manja ke? . Haha, ok mungkin sikit.Bisik hatinya.

Setibanya di kelas 5 Sains 2, aku mengambil tempat di sebelah Lisya, kawan baikku.Seperti biasa kalau guru belum datang, mulalah pelajar-pelajar 5 Sains 2 membuka gerai pasar malam.Ewah-ewah,diorang kalau buat bising, kalah dengan pak cik mak cik yang berteriak beri diskaun tau.

“ Fuhh bosannya,” keluh Nelli.

“Eh, Sya aku nak pinjam nota Sejarah kau boleh tak?, sebab aku tak sempat nak catat la hari tu”.

“Oh, nota tu nanti rehat aku bagi kat kau ok”. Nelli mengangguk setuju.
Cikgu Safiah kemudian masuk dengan seorang pelajar lelaki. ‘Hmm, murid baru kut.Gila!! Hensemnya mamat ni.Alahai dah la muka cute macam drummer CN Blue tu.Sah! Aku tak boleh nak tidur malam ni’.Nelli berkata-kata dalam hati memuji pelajar tersebut.

Pelajar perempuan pula sudah mula berbisik-bisik ingin mengetahui tentang jejaka tampan di hadapan mereka.

“Baiklah class, kenalkan ni pelajar baru kita.Sila perkenalkan diri kamu dahulu”.Ujar cikgu Safiah kepada murid itu.

 “Saya Zariel Hakimi dan saya harap kalian dapat menerima saya di sini.” Selesai memperkenalkan diri, Zariel melangkah ke tempat yang telah tersedia.
Kringg!!! Sekarang masa untuk pulang ke rumah.

“ Hisyy patut tak aku tegur Zariel.Nak ke tak nak eh?.Tapi nanti kalau aku tegur then dia dingin dengan aku macam mana”.Nelli berkira-kira dalam hati sama ada ingin menegur ataupun tidak.

“Ah, lain kali je lah”. Nelli menangguhkan dulu hasratnya untuk berkenalan dengan Zariel a.k.a Minhyuk si jejaka Korea.
Selepas makan malam, Nelli terus naik ke biliknya untuk membuat kerja sekolah.

“Yess!! Dah siap pun kerja ni”.
Nelli bersorak keriangan kerana dapat menjawab semua soalan dengan yakin sekali.

“Hmm, dah lama aku tak petik gitar ni.Entah-entah dah tak ingat kat mana nak letak jari.”Nelli bermonolog sendiri.

Terus diambil gitar kesayangannya itu untuk dimainkan.Nelli memetik lagu kenangan hidupku nyanyian Geisha yang sangat sesuai dengan mood jiwangnya malam ini.Walaupun Nelli berjiwa Kpop tetapi ketika mood jiwangnya datang, lagu jiwang-
jiwang sebegini lah yang menjadi peneman hati.

‘Jika ku hadir untuk disakiti, biarlah ku pergi, jauh dan sendiri.’

Nelli menyanyikan bait-bait lagu tersebut dengan penuh perasaan.Fikirannya melayang terhadap Zariel Hakimi.Lelaki yang berjaya menggetarkan perasaannya saat mata mereka bertembung di dalam kelas tadi.Seperti terkena renjatan elektrik apabila Nelli melihat mata redupnya.Apakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?.Nelli akhirnya terlelap dengan perasaan yang dia sendiri kurang pasti.

Nelli berjalan menuju ke kelas sambil membaca buku Kimianya.Di tangannya juga terdapat kertas kerja yang harus diserahkan kepada guru memandangkan tarikh akhir menghantarnya adalah hari ini.Tiba-tiba..Bukk!!!.

Kerana terlalu asyik membaca, tanpa sengaja Nelli telah terlanggar seseorang.Habis berterabur kertas kerjanya.Dengan segera dia mendongak untuk melihat siapa yang dilanggarnya.

“Hoii!!, kau ni mata letak kat mana ah!?” jerkah Zariel.
Habis basah bajunya yang terkena air minuman yang dibeli di kantin sebentar tadi.Tersentak Nelli apabila ditengking sebegitu.Dia cuba untuk meminta maaf tetapi mulutnya bagaikan terkunci apabila Zariel terus- menerus memarahinya.

Terasa titisan hangat mula mengalir dari tubir matanya.Nelli hanya tunduk menahan sindiran yang dilemparkan kepadanya.Zariel mula dihimpit rasa bersalah melihatkan manik jernih yang cuba disembunyikan oleh gadis di hadapannya ini.
Sungguh Nelli tidak kuat lagi untuk mendengar, lalu dia berlari ke arah bilik air yang berdekatan.

Di situ dia menangis semahu-mahunya.Baru pertama kali ini dia dimarahi di depan warga Maher.Bagaimanakah dia dapat menghadapi mereka semua selepas ini.
Zariel berasa gelisah.Serba tak kena jadinya.Sungguh dia tidak berniat untuk memalukan gadis yang bernama Nelli itu.Kebetulan pada masa itu dia sedang kesal terhadap Kirana, merangkap sepupunya.

Mana taknya, Kirana memaksa Zariel untuk menemaninya ke birthday party yang dibuat oleh temannya. Zariel kurang selesa untuk ke parti seperti itu.Lebih-lebih lagi, dia tidak mahu membazir masa dengan sewenang-wenangnya.
Itu lah yang membuatkan Zariel menghamburkan kemarahannya kepada orang lain.Dan orang itu ialah gadis yang disukainya dalam diam.

“Sya kau pergi mana? Tiba- tiba je menghilang”.Tanya Amir selaku ketua kelas.

“Oh, aku pergi teman Nelli ambil surat kebenaran pulang”.

“Laa kenapa pulak? Dia sakit ke? Aku rasa dia elok je tadi”.

“Entahlah Amir, aku pun tak tahu kenapa”.

Zariel terkedu mendengar perbualan mereka.Pasti Nelli sangat malu sekarang hingga membuatkan dia mahu pulang.

“Ah!! Ini  semua salah aku”. Zariel tiba-tiba menghentak mejanya. “Kenapalah aku bangang sangat marahkan dia sampai macam tu sekali. Betapa bodohnya aku. Arghh!!”. Zariel terus menerus menyalahkan dirinya.

Dua hari kemudian,5 Sains 2 dikhabarkan dengan berita mengejut tentang perpindahan Nellisa Insyirah Dato’ Haridz.Semua tertanya-tanya akan hal tersebut.Apabila ditanya kepada Elisya, sahabat baik Nelli, jawapannya juga menghampakan iaitu dia sama sekali tidak mengetahui apa-apa tentang hal ini.

Hal ini jelas menguatkan lagi rasa bersalah Zariel Hakimi Dato’ Irfan terhadap gadis tersebut.

5 tahun sudah berlalu.Namun rasa bersalah terhadap gadis yang telah meragut separuh jiwanya tidak pernah luntur. Dia sudah bertekad untuk tidak mencintai gadis lain selain pengarang jantungnya, Nellisa Insyirah.

Kini, Syarikat Mega Holding kepunyaan Dato’ Irfan akan diserahkan kepada Zariel yang baru menamatkan pengajiannya di London. Zariel lah satu-satunya harapan Dato’ Irfan  untuk meneruskan perniagaan keluarga mereka.Syarikat tersebut sangat terkenal sebagai empayar bisnes yang banyak menerima tender serta hasil kerja yang berkualiti.

Zariel Hakimi tiba di pejabat ayahnya, lalu melangkah keluar dari perut kereta Porsche Carrera Gt kesayangannya dengan penuh gaya menuju ke dalam Syarikat Mega Holding. Wajah Zariel mampu mencairkan semua gadis yang melihatnya.Semua pekerja perempuan terpana apabila melihat Zariel yang sedang menuju ke bilik Dato’. Sunyi sepi sebentar syarikat tersebut dengan kehadiran Zariel Hakimi iaitu bakal peneraju Syarikat Mega Holding yang seterusnya.

Tokk!! Tokk!!. Pintu diketuk dari luar.

“Masuk”,ujar Dato’ Irfan.
Zariel mengambil tempat di hadapan ayahnya.Dato’ Irfan memulakan bicara.

“Riel, papa rasa dah sampai masanya papa serahkan syarikat kita ni pada kamu.Lagipun papa nak temankan  mama kamu tu pulak”.
Ucapan Dato’ Irfan mengundang tawa di hati Zariel.

“Yang kamu ketawa ni, kenapa?. Papa tengah serius ni”.
Dengan tawa yang masih bersisa, Zariel membalas.

“Papa, kalau ya pun nak bermanja dengan mama tak perlulah nak  cover ayat ‘temankan mama’ tu. Haa! Cakap je dengan Riel yang papa tu sebenarnya nak bermanja-manja dengan mama.  Kan senang”. Dato’ Irfan hanya tersengih mendengar kata-kata Zariel.

“Pandai juga anak aku ni meneka rupanya ya”.ujar Dato’ Irfan dalam hati.
‘Memang aku rindu ingin menghabiskan masa dengan Qhalisya, sudah terlalu lama aku hidup dengan kerja hingga terlupa akan dirinya’.Bisik hati kecil Dato’ Irfan.

 Zariel yang melihat air muka ayahnya terus menukar topik perbualan.
“ Oh ya pa, siapa yang akan bantu Zariel untuk memahami selok-belok syarikat kita ni?”.

“Yang tu Riel jangan bimbang.Papa dah arahkan P.A. papa untuk bantu Riel dalam hal syarikat ni”. Zariel mengangguk faham akan kata-kata ayahnya.

“Lisa, masuk bilik saya sekarang”.
Dato’ Irfan memanggil P.A. nya melalui interkom. Nellisa tiba dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir manisnya.

“Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu Dato’?”.

“Lisa, kenalkan ini anak saya Zariel Hakimi”. Ujar Dato’.
Lisa kaku melihat orang yang dimaksudkan Dato’.  

‘Tidak ku sangka akan bertemu kau lagi Zariel Hakimi’.bisik hati Nelli.
Zariel bagaikan tidak percaya melihat gadis yang berdiri di hadapannya kini.Doanya telah termakbul agar dapat bertemu semula dengan gadis yang telah lama dicarinya.

“Saya Nellisa Insyirah dan sayalah yang akan membimbing Encik Zariel mengenai  apa- apa yang encik ingin tahu tentang syarikat ni”.
Nelli cuba berlagak santai walhal perasaannya sedang bergolak sekarang saat bertentang mata dengan Zariel.  Sama seperti di zaman sekolah dahulu.

“Baiklah, papa keluar dulu Riel. Oh ya Lisa, tolong tunjuk ajar anak saya ni ya. Hanya awak harapan saya”. Ujar Dato’ Irfan penuh mengharap.

“ Insyaallah Dato,’ saya akan membantu Encik Zariel setakat yang mampu”. Balas Nelli.

“Thanks. By the way Riel, kamu jangan pulak nak usik Lisa ni ya. Lisa ni pekerja kesayangan papa tau”. Kata Dato’ Irfan memberi peringatan.

“Yang tu Riel tak janji pa”.Ujar Zariel sambil tersenyum melirik kepada Nellisa.
Melihat senyuman menggoda Zariel membuat Nellisa menjadi tak keruan. Dapat dilihat dari ekor matanya yang Zariel sedang mentertawakannya.

“Ada-ada aja lah kamu ni Riel. Tak apalah, papa keluar dulu”.Dato’ Irfan keluar meninggalkan mereka berdua.
Sekarang tinggal Zariel dan Nellisa di dalam ruangan Dato’ Irfan.Kedua-dua membisu tanpa sebarang kata. Nellisa hanya tunduk memandang lantai  manakala Zariel sedang menatap wajahnya yang terselindung itu.

“Aii Cik Nellisa, hensem sangat ke lantai yang awak asyik duk pandang tu?. Daripada awak termenung tengok lantai tu baik awak tatap muka saya ni haa”.
Niatnya hanya ingin mengusik Nellisa yang jelas kekok dengan situasi mereka. Jelas kelihatan pipi Nelli merona merah. Spontan dia mendongak melihat wajah bosnya itu.

“Hishh mamat ni!! Tadi suruh aku hadap muka dia, sekarang main kenyit-kenyit mata pulak”. Bentak Nelli dalam hati.

“Ehem!! Encik Zariel ni sakit mata ya?. Saya rasa baik encik letak Eyemo dekat mata tu.Biar penyakit mata encik tak merebak kat orang lain”. Dengan selamba Nelli melepaskan kata-katanya. ‘Wahh , nampaknya dia nak main loyar buruk dengan aku.Takpe..Kita tengok siapa yang menang Nellisa Insyirah’. Bisik hati Zariel.

“Eh, tak adalah. Saya ni sihat tau.Tak ada penyakit berbahaya pun lagi.Lagipun, kalau awak lah orang yang pertama berjangkit dengan penyakit mata saya ni.. lagi saya suka. Boleh kenyit-kenyit mata bersama. Tak gitu?” Ujar Zariel sambil menghadiahkan senyuman yang cukup manis jika nak dibandingkan dengan gula melaka untuk pengubat hatinya.

Terbeliak mata Nelli mendengar kata-kata bosnya. ‘Hisyy!! Bos aku ni betul ke tak betul ni? Ada hati nak suruh aku main kenyit-kenyit mata dengan dia.Uwekkk!! Tak hingin laa Bos’. Namun ucapan itu hanya terluah di dalam hati.

“Tak apa la Bos. Saya keluar dulu. Lagipun kalau saya duk melayan Encik Zariel yang entah apa-apa cakapnya, baik saya pergi buat kerja saya yang melambak lagi kat luar tu. Segera Nelli bangun dan menuju ke pintu.

“Nellisa Insyirah, kau telah membawa separuh jiwaku dahulu dan kini engkau kembali lagi.Tidak akan ku lepaskan kau lagi wahai pujaan hatiku”.Zariel bermonolog sendiri.

“ Nelli, kamu ni bila nak kahwin?. Mama dengan papa bukannya makin muda. Nak tunggu kamu cari calon suami? Alamatnya kempunan la mama nak dapat cucu”. Ujar Datin Suraya.

“Uhukk!!!!”. Habis tersembur makanan yang baru hendak ditelan oleh Nelli. Datin Suraya segera memberikan air kepada anaknya itu.

“Hisyy, kamu ni.. mama baru cakap pasal menantu dengan cucu dah tersedak”.

“Kalau ya pun mama nak cakap pasal suami tu Nelli boleh tahan lagi, ni mama cakap pasal cucu, maunya Nelli ni tak tersembur makanan ni”.Balas Nelli dengan nada yang sedikit memerli.

“Hmm, mama dah buat keputusan. Kamu dah mama jodohkan dengan anak kawan mama. Orangnya baik, sopan pulak tu. Kali ni.. kamu jangan nak kecewakan mama ya Nellisa”.Terus mati selera Nelli untuk menjamu juadah yang ada. Laju saja kakinya dihayunkan ke kamar. Nelli terlelap dengan linangan air matanya.
*******
“ Bang, hari tu saya terjumpa dengan kawan lama saya, Suraya. Lepas tu , kitorang cakap la pasal menantu ni. Rupa-rupanya anak dia yang perempuan tu still available la Bang.Budaknya saya tengok.. ok. Cantik, ayu dan sejuk mata memandang. Saya dah risik anak dia untuk Zariel”. Terang Datin Suraya.

“Awak tak bincangkan hal ni dengan Zariel dulu ke?” Tanya Dato Irfan.

 “Hmm.. kalau nak tunggu Zariel yang cari? Jawabnya  lambat lah saya dapat timang cucu ni Bang”. Faham benar Dato’ Irfan dengan isterinya yang tidak sabar untuk menimang cucu. Mana taknya, kawan-kawan mereka semua sudah bercucu-cicit. Kadang-kadang terdetik di hati ni hendak mendukung cucu sendiri.

“Zariel, mama nak cakap sikit dengan kamu”.

“Apa dia ma?” Tanya Zariel dengan penuh musykil melihat wajah serius mamanya itu.

“Mama dah tetapkan perkahwinan Zariel dengan anak kawan mama. Diorang pun dah setuju”. Ujar Datin Qhalisya dengan tenang.
Bagaikan dihiris belati tajam di hati Zariel. Dia berasa sangat terkejut dengan berita yang disampaikan oleh mamanya.

“What!!.Eh mama ni mesti main-main je kan?”
Namun, Datin Qhalisya hanya menggeleng tanpa sebarang kata.

“Ma, Riel tak kenal pun dengan siapa bakal isteri Riel.Macam mana mama boleh senang-senang pergi merisik anak diorang”. Zariel mendengus perlahan.

“Mama tak kira Riel. Mama harap kamu tolong jangan hampakan mama. Tolonglah dengar kata mama ni. Mama hanya ada kamu seorang je Riel”.
Halus sahaja luahan Datin Qhalisya pada pendengaran Zariel.Tak mungkin dia mampu menolak keinginan mamanya yang begitu mengharap.

“Ahh!!! Kusutnya fikiran ni. Bukankah hati aku sudah dimiliki oleh gadis yang bernama Nellisa Insyirah sahaja”.Jerit Zariel di dalam hati.
******
“Aku terima nikahnya Nellisa Insyirah Binti Irfan dengan mas kahwinnya tiga puluh tujuh, tiga puluh lima sen tunai”.
Dengan sekali lafaz sahaja Nellisa Insyirah telah bergelar seorang isteri yang sah kepada suami yang belum dikenalinya.Air matanya jatuh berguguran saat kalimah tersebut diucapkan. Kata-kata itu lah yang ditunggu- tunggu oleh setiap wanita di dunia ini apabila ikatan suci sudah terjalin.

“Eh, bukan tadi aku sebut Nellisa Insyirah ke? Tak mungkin Nellisa aku”. Bisik hati kecil Zariel.
Sekarang tiba upacara pembatalan air sembahyang.  Zariel mendekati perempuan yang halal baginya itu untuk menyarungkan cincin pernikahan mereka.Zariel dapat merasakan kegelisahan isterinya itu kerana saat Zariel memegang tangannya, ia sangat dingin seperti ais.Nellisa mendongak untuk melihat suaminya.

“Awak?”
 Hanya itu yang terluah saat mata mereka bertembung.Jelas kedua-duanya terkejut dan tidak menyangka akan hal ini.

“Zariel.. Nelli. Sekarang kamu berdua dah sah jadi suami isteri.Papa harap kamu dapat memelihara ikatan yang suci ini hingga ke akhir hayat kamu berdua”.Tenang Dato’ Haridz berbicara.

“Dan harapan mama, cepat-cepatlah kamu berdua dapatkan kami ni cucu ya. Kan Bang?” Kata-kata Datin Suraya telah mengundang tawa semua orang.

“Zariel kalau malam ni pun on je ma.Tapi tak tahulah kalau orang tu”.
Nellisa yang jelas malu dengan bicara suaminya segera menghadiahkan satu cubitan di pinggang Zariel.

“Aduhh!! Tangan ketam betullah isteri abang ni ya”.
 Zariel menyeringai saat dicubit Nelli. Semua sudah tertawa melihat pasangan bahagia ini. Semua mata tertumpu kepada Nellisa. Dadanya berdegup kencang manakala pipinya pula sudah merona merah.

“Sudah- sudah lah tu. Kesian mama tengok Nelli tu. Malu lah dia kalau Riel asyik usik dia macam tu”. Bela Datin Qhalisya.
Selesai makan malam, Zariel mengajak isterinya ke gazebo berdekatan dengan kolam ikan.

“Nelli, abang tak tahu macam mana nak mula.Tapi first sekali, abang nak minta maaf sebab marah-marah kat Nelli masa kat sekolah dulu tu. Abang betul-betul tak sengaja. Dan yang sebenarnya abang dah jatuh cinta dengan Nelli sejak zaman sekolah  lagi. Tapi abang menidakkan perasaan itu kerana takut terganggu dengan pelajaran abang”.Panjang lebar Zariel menerangkan penjelasannya.
Nellisa yang mendengar begitu terharu akan pengakuan suaminya. Sedang Zariel menyambung bicaranya, Nellisa meletakkan jari di bibir suaminya.

“Abang, Nelli percaya pada abang. Nelli dah boleh nampak dengan kesungguhan abang memberi penjelasan yang berjela-jela tu”.
Tersenyum Zariel dengan tindakan isteri yang disayanginya itu.

“Dan Nelli nak abang tahu yang.. Nelli pun sayang abang. Saranghaeyo  my love.

tamat...